pagi ni serba tak kena.
sbb semalam kena cucuk utk kancing gigi.
sudahnya nak angkat lengan pun sakit,belah kanan pulak tu.huhu
kisah PENUH DISINI
saja nak apdet kisah myhero.
dulu dia x pandai dan mmg xlayan PS2.
kalau ayah dia layan PS2 tu pun dia buat derk jer.
sekarang member dah pandai..apa taknya,kat umah pengasuh dia kawan ngan anak bongsu kakak tu..suka main PS2.
dan sekarang ni,dia pantang nampak muka ayahnya.
x kiralah ayah baru balik keje ker dan belum pun hilang penat.
ayat pertama dia ialah
'ayah..pasang games ni'..tgn dah siap sedia cd games pilihan dia.
nak tak nak terpaksalah ayahnya melayan kehendak heronya.
aku mmg delah..sbb aku mmg x tau pun psl PS2.
usahkan nak main,nak pasang pun aku x reti dan x berminat nak belajar.
lihatlah aksinya semalam.
umie mc sbb chk up,dia pun sama nak 'cuti' dr pegi umah pengasuh.
ayat dia malam sblmnya 'umie work tak esok?kalau umie x work..abg x nak pegi umah maklong'..amboi,kemain lagi.


punyalah khusyuk mengadap..mandi pun belum

dah puas duduk,baring pulak..
sengeh je sbb angin baik hari ni
CITER KAKAK..
hari ni hantar buku teks..sib baik takde buku yg hilang.semua cukup.
----------------------------------------------
E-MEL TO SHARE..
Touching story
MAAFKAN CIKGU
Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun lalu.
Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah.. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang
baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya
tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya
hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali menganggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.
Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati
menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di
depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah
berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu
sambil menahan airmata yang mula tergenang. “Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah.
“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sekolah sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut sekolah yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya.
“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul
kamu?” ” Emak saya berpesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.” Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya
setakat yang termampu.
Cerita-cerita begini boleh membantu melembutkan hati kita yang keras. Kata seorang guru lain teman saya,
Sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan amalan perkara-perkara berikut;
i. Banyakan Solat sunat
ii. Amalkan puasa sunat
iii. Banyakan berzikir
iv. Amalkan bersedekah
v. Mengusap rambut anak yatim
vi. Mendengar cerita-cerita kesusahan orang lain
vii. Membantu orang susah
siyes..airmata aku menitis membaca e-mel ni.





9 comments:
salam kak
ye betul kanak2 lelaki dgn ps2 mcm isi dgn kuku...sekali hadap makan pn tak ingat..heeee...
PS tu ni memang mengasyikkan bagi budak2...anak2 tiri akak kalau datang rumah akak siap bawak PS2..mujur Hani takdelah jenis suka sangat main...sekadar tengok dan main sikit2 jer...kisah kat email tu memang sedih kan...
Bila anak bercuti sekolah, rumah riuh kembali ....
seronoknya hero kenit main PS2 yerr...mokcik tak sabar tunggu cuti sekolah, bleh la anak2 dtg pjaya.
sedih kisah budak skolah tu yer...
anak2 akak, masih kecil..cuma gila pada cd upin ipin..dok pasang tu setiap kali pulang dr nurseri hingga time masuk tido...
seronoknya..abang..ummi ade kat umah..email tu memang sedih dik..akak dah tau dah..dulu kat tv pun ade cerita vietnam...dan cerita turki ke ape tak ingat..kisahnya sama..tunggu yang sekolah pagi balik..yang sekolah petang pulak baru bolih pi sekolah...
lama tak singgah sini...
huhuhu, cucuk tu mmg sakit. masih ku teringat
SALAM NANI..
anak org lain mgkin kot.tp anak akak ni,baru2 ni jer dia berminat.
sblm ni x pandai pasang pun..
SALAM KAK WA..
saya pun pelik pd org yg addict ngan ps2 ni sbb mcm saya cepat gelabah plus kurang sabar xleh main..baik saya layan novel.hehe
SALAM ABG LONG..
lg seminggu je skolah.pastu cuti.
kenapa mak ayah pun xleh cuti sama?kan best..:-)
SALAM KAK AZWA..
wah seronoklah akak ye.x lama je lagi.sabar yer..
SALAM KAK OREN..
sblm ni suka layan dvd harry potter dan mcam cd lagi..sampai puluh2 kali diulang tayang.siap hapal dialog lagi..skrg beralih kat ps2 pulak..budak2
SALAM KAK ERNA..
emm rasa macam penah tgk..sedih kan?
SALAM ZINO..
xpe.saya paham.lain kali singgah le lagi :-)
SALAM MAKSU..
ikhlas cakap sy mmg terlupa macam mana sakitnya cucuk tu,kalau dah tahu atleast saya bersedia.ni langsung x ingat..huhu,almaklumlah lama x peknen
Post a Comment