Friday, December 30, 2011

Entri Terakhir Untuk Tahun 2011

Assalamualaikum dan Selamt Pagi

Syukur dengan rahmatNYA atas apa yang berlaku. Syukur dengan usia yang dipinjamkan olehNya sehingga saat ini.

YaAllah..moga aku masih diberi peluang untuk bernafas dengan sihat dan walafiat dimuka bumiMu ini lagi untuk tahun akan datang.Amin

Bila pandang balik ke belakang..setahun sudah berlalu,banyak perkara pahit dan manis sudah aku lalui.ada ketika macam tak percaya aku telah lalui semua pahit manis itu hingga kini.semua itu adalah kenangan yang tak mungkin berulang kembali kerana masa yang sudah lepas hanya boleh dikenang tapi tak boleh diulang balik.hidup mesti di teruskan.

* Blog ni bermula Jun 2006 tapi entri lama sudah simpan masuk peti besi, hanya untuk tatapan sendiri sahaja*

Tahun Baru 2012 akan menjelma samaada kita suka atau tak suka.jam itu terus berdetik dan tak mungkin undur ke belakang. Selamat tinggal 2011

(macam skema je ayat perenggan2 diatas tu,aku ke yang menulis ni?)huhu

Okeylah korang.. maaf kalau ada salah silap.insyaAllah tahun depan kalau ada umur jumpa lagi (paham-paham la kalau esok sabtu lepas tu ahad dah tahun baru 2012. aku cuti sampai 3hb untuk orientasi si hero masuk darjah 1. kalau dah tak keje maknanya tiadalah internet dan tiadalah apdet blog). kalau diizinkan Rabu depan la baru apdet blog).



babai 2011 dari cikenit (gambar budak kenit demam semalam,kat klinik sebelum masuk ubat bontot).. malam tadi dah tak panas sangat badan macam malam sebelum tu. demam nak masuk tahun baru kot



Tayang gambar mandi manda di Peedee Ahad lepas

take care semua :)


26 comments:

Yellow said...

aku jugak, maaf kalau ade silap salah selama mengomen blog ko.. hehehe...

selamat tahun baru, semoga dirahmati selalu!

potpetmama said...

irfa; selamat thn baru 2012; sama2 tingkatkan prestasi dan pencapaian yg lebih baik utk tahun baru; selamat bercuti...tq kerana rajin jebguk juga blog akak yg sempoiiii tu..

fieda said...

tahun 2011 dah nak berakhir dah...

fieda said...

semoga tahun 2012 akan membawa seribu pengertian buat kita semua..

MamaEma said...

selamat berjumpa di tahun baru irfa..

Pok Amai-Amai said...

Beb, aku nak baca g entri ko utk pembukaan 2012 tau! Ko jgn g memane tau! aku tugu ko kat Happy Irfa nie.

=p

Lady Windsor said...

Selamat tahun baru HI, semoga akan lebih success ...

Rai said...

maaf sebab aku yg ajak ko pegi blogger gathering lastnya aku yg tak pegi..huhu...

jumpa tahun depan lah ye..haha..

aNIe said...

Irfa...sama lah kita... maaf jika ada terkasar bahasa tersilap kata...

Selamat Tahun Baru dan selamat bercuti...jumpa di tahun hadapan...Insyaallah

Kakzakie said...

Adik demam sebab main air di PD ye. Tak apa masih boleh senyum tu...

p/s: Kakak pun sama kalau cuti mesti blog/internet pun cuti juga...

Mie said...

Sila jangan pandang belakang... :)

Cik Ina Do Do Cheng said...

hantar hero tahun 1 : ). selamat bercuti , semoga budak kenit cepat sembuh ye.

zaman cik ina sekolah pakai papan hitam/hijau tulis ngan kapur.

[z@ck] said...

selamat menyambut tahun baru akak. =)

Aidah said...

Demam2 pun menten senyum manis. Rasa tak percaya dah habis setahun kan.

Liz Rohaizat said...

selamat tahun baru :)

Angah said...

Kejap je abis 2011 kan..tahun baru bukak buku baru..

diana said...

selamat menempuh tahun 2012 yang pastinya lebih mencabar..semoga kita sama2 dapat mengharunginya..

diana said...

selamat menempuh tahun 2012 yang pastinya lebih mencabar..semoga kita sama2 dapat mengharunginya..

Adzrien Shoppe said...

minggu depan memang minggu yg sgt sibuk juga utk kak liza.. selamat melayan anak2 bersekolah. he..he..

zino said...

salam tahun baru....

luahfikiran said...

Salam,
Selamat Tahun Baru . Mendoakan moga kita semua sentiasa dalam perlindungan Allah

MULAN said...

happy new year...

happy, healthy & dirahmati always..!!

Mak Su said...

selamat tahun baru 2012.

selamat tinggal 2011 :)

akuzle ayu said...

hoh! besh banget cuti2an... sebayaler ank kedua awk ngn ank sulung kiter yea?

Mak Wardah said...

Sama2 bukak buku baru tapi for me buku tahun lepas berhutang lagi. Pening den...

Mak Piah said...

Pengembaraan di dunia Happy Irfa bermula...

:-)