Friday, December 30, 2011

Entri Terakhir Untuk Tahun 2011

Assalamualaikum dan Selamt Pagi

Syukur dengan rahmatNYA atas apa yang berlaku. Syukur dengan usia yang dipinjamkan olehNya sehingga saat ini.

YaAllah..moga aku masih diberi peluang untuk bernafas dengan sihat dan walafiat dimuka bumiMu ini lagi untuk tahun akan datang.Amin

Bila pandang balik ke belakang..setahun sudah berlalu,banyak perkara pahit dan manis sudah aku lalui.ada ketika macam tak percaya aku telah lalui semua pahit manis itu hingga kini.semua itu adalah kenangan yang tak mungkin berulang kembali kerana masa yang sudah lepas hanya boleh dikenang tapi tak boleh diulang balik.hidup mesti di teruskan.

* Blog ni bermula Jun 2006 tapi entri lama sudah simpan masuk peti besi, hanya untuk tatapan sendiri sahaja*

Tahun Baru 2012 akan menjelma samaada kita suka atau tak suka.jam itu terus berdetik dan tak mungkin undur ke belakang. Selamat tinggal 2011

(macam skema je ayat perenggan2 diatas tu,aku ke yang menulis ni?)huhu

Okeylah korang.. maaf kalau ada salah silap.insyaAllah tahun depan kalau ada umur jumpa lagi (paham-paham la kalau esok sabtu lepas tu ahad dah tahun baru 2012. aku cuti sampai 3hb untuk orientasi si hero masuk darjah 1. kalau dah tak keje maknanya tiadalah internet dan tiadalah apdet blog). kalau diizinkan Rabu depan la baru apdet blog).



babai 2011 dari cikenit (gambar budak kenit demam semalam,kat klinik sebelum masuk ubat bontot).. malam tadi dah tak panas sangat badan macam malam sebelum tu. demam nak masuk tahun baru kot



Tayang gambar mandi manda di Peedee Ahad lepas

take care semua :)