Thursday, January 5, 2012

Alfatihah Untuk 'Pah' dan Aku Jadi Supermak

MALAM TADI jam 8.30 malam dapat call dari fil bagitau yang 'PAH' nenek cik abe(belah ayah) telah kembali menemui PenciptaNYA.Arwah memang dah sangat uzur dan hampir tak kenal sesapa pun,sebijik macam arwah nenek aku dulu..muka pun lebih kurang jugak.tinggal kulit dan tulang je,isi pun dah takde..memang sangat panjang umur.

setelah berbincang itu ini akhirnya cik abe balik sorang dengan family di Cheras.aku dan anak-anak tak ikut.tadi call cik abe..diorang selamat sampai ke Lenggung,Perak jam 3.00 pagi tadi.

dan PAGI NI aku jadi SUPERMAK..sepatutnya,cik abe memang cuti dan akan hantar hero pegi dan balik sekolah.tapi kerana hal kecemasan yang tak dijangka itu..plan pun kena tukar.aku okey je..(bila hal kecemasan berlalu..bersyukur juga aku boleh drive sendiri..huhu).

sebenarnya kami plan nak suh hero naik van sekolah mulai minggu depan.minggu ni takpelah kami hantar dan ambik..tapi sebab cik abe takde dan aku juga sayang nak ambik cuti lagi, (kena jimat wei..bulan 12 lambat lagi) so pagi ni bangun awal sikit dari biasa..tunggu van sekolah lalu depan umah..*(dah tepon malam tadi kakak van kata tunggu je depan umah dalam 6.50 pagi dia akan lalu)*..hero dah eksited nak naik bas sekolah..kejut bangun jam 6.00 pagi tadi laju je dia bangun dan solat subuh.bekfes roti bakar letak kaya dan segelas milo.

6.30 dengan aku sekali tercongok depan pagar sampai jam 7.00..usahkan batang hidung akak tu..tayar van sekolah pun aku tak nampak.bila aku call katanya dah lalu tapi tak nampak pun aku.emm..biar betul akak ni,kata tahu umah aku yang mana satu.malas nak bising2..kebetulan jiran nak hantar anak aku suh la hero tumpang dulu.dan aku tunggu van lain yang lalu..memang bukan rezki akak van tu nak dapat duit aku rm45 sebulan maka rezki itu jadi rezki pemilik van lain..dia caj rm50 pegi balik.

aku nak citer ni bukan pasal DUIT semata-mata.KESELAMATAN ANAK PERGI DAN BALIK SEKOLAH itu lebih penting dari DUIT.bayar lebih sikit asal anak aku pegi dan balik sekolah dengan selamat (teringat masa kakak darjah 1,tersilap naik bas..hilang sekejap sampailah driver tu perasan ada sorang budak tak turun-turun dari bas dan kendian di hantar semula ke sekolah) kes tu buat aku macam nak berenti keje hari tu jugak untuk uruskan anak-anak sendiri.


pagi ni pun lambat lagi (semalam pun sama ..huhu)..kena ke sekolah sebab masih ada buku yang perlu dibeli..tu ari takde stok (padanlah muka suka buat keje last minute).

lepas beli apa yang patut..aku lalu depan kelas hero,wah!suara dia paling kuat dengar menjawab soalan cikgu..baguslah abang.abang kena berdikari dan kalau boleh lepas 3 minggu nanti dapat masuk kelas A untuk kelas tetap(sekarang dia ditempatkan dalam kelas C..cikgu letak dulu sementara sebab belum tahu pencapaian murid-murid itu..lepas 3 minggu akan ada ujian untuk menentukan kelas sebenar).moga berjaya heroku sayang

5 comments:

Yellow said...

semoga berjaya, selamat di dunia dan akhirat..:)

kakcik said...

Moga Abang berjaya di dunia dan sejahtera di akhirat. :)

lieynanilaz said...

walau penat jadi supermak tapi ia pemgalaman berharga...:)

Fida Ghazi said...

nasib baik driver bas tu jenis orang baik2..pulangkan anak kat sekolah kan irfa...

kadang2 pon rasa nak berenti kerja.. uruskan anak2..tapi ekonomi tak mengizinkan..

kita jadi mak bapak.. memang harapkan yang terbaik untuk anak2.. tak kisahlah berpenat lelah! asalkan anak berjaya..dunia akhirat.

Aidah said...

Betul tu Irfa. Akak ni haa, walaupun Arif dah form 1, akak tetap risau dia naik van pergi skolah starting hari ni. Suruh tepon akak time recess, tak de pun dia call. Sibuk makanlah agaknya tu. Tak pelah, Irfa, satu hari kita kena lepaskan jugak dia utk berdikari, kan. Semoga semua selamat.