Skip to main content

Cerita DiSebalik Foto Itu

PAGI TADI..
kelam kabut yang amat.huhu.rasa nak nanges pun ada.dahlah 'tukang pujuk' takde.tapi sebagai SuperMak..semuanya setel walaupun ada adegan airmata.hehe

siapa lagi kalau bukan si hero,semalam baru dapat buku teks..ada yang dah berbalut(terima kasih pada mak ayah pelajar tahun lepas yang balut buku) tapi ada juga buku baru yang belum balut (eh!buku baru memang la belum balut) so abis kaki tangan diguna pakai untuk balut buku itu.aku memang tak suka balut buku..bukan takde yang readymade punya pembalut tapi bagi aku tak berapa kemas.hehe

pagi ni katanya ada Pendidikan Jasmani kena pakai track suit dan baju putih takde gambar..memang ada selai baju tu tapi biasa la kalau dicari memang tak jumpa.aduh,menyirap je aku rasa bila aku kata 'abang pakai jelah baju skolah nanti petang umi beli baju sukan tu yer'.tetiba dia bantai melalak macam kena pukul.

aku apa lagi 'dah tak payah nak melalak.nak skolah ke tak nak?kalau tak nak pakai tak yah gi skolah la.bukan cikgu pukul pun kalau abang tak pakai baju tu.nanti abang cakap la umie beli petang ni'.

tahu pulak dia nak gi sekolah.bangga jugak la dalam hati w'pun takde baju sukan dia masih nak gi skolah.buatnya dia suka sebab takde baju sukan tak payah pegi skolah lagi haru.

yang kenit pulak aku tengah huru hara ngan si abang dia pulak tumpang dua kaki melalak panggil aku kat bawah.dah pasang citer katun pun masih gak melalak.dia ni sekarang banyak pe'el..tetiap pagi melalak nak ikut aku pegi keje.

sila tengok gambar kat bawah ni.dalam 3 anak aku,abang dan si kakak tak penah lagi buat adegan camni..samada kat umah ataupun dikhalayak ramai.dulu bila tengok anak orang aku cakap dalam hati 'kalau anak aku la buat pe'el camni memang aku tak layan.aku tinggal je'

cash Allah bagi..dalam 3 anak tu dapat lah sorang anak yang pe'el camni.gila ko nak tinggal anak tengah melalak melolong tu.kenalah jugak pujuk kan?dah anak aku.





KALAU KORANG TERER..CER TEKA APA KISAH DISEBALIK GAMBAR INI?

nanti aku akan cerita apa yang berlaku sebenarnya sebelum publish citer baru..nak cuba silakan?eh..takde hadiah yer.hehe

OKEY..NI JAWAPANNYA

kejadian berlaku di Jayen,Nilai minggu lepas.aku masuk sebab nak beli barang sikit.letak dia dalam troli.tetiba tak jadi sebab fikir nak beli kedai biasa je.malas nak beratur sebenarnya :( so aku keluarkan dia dari troli.apa lagi ngamuk la member.dari dalam sampai keluar dia melalak tak makan pujuk.

sampai je pintu keluar dia menggelongsor dari dukungan aku..dan berlari nak masuk dalam.kuat jugak kederat budak umur 2 tahun ni.tapi bila dia tengok aku tak layan dia,pandai pulak dia pusing balik kat aku tapi tak ku sangka dia buat aksi meniarap sebegitu.so far tak penah tengok dia buat camtu.orang keliling dah pandang tapi kami laki bini boleh pulak gelak-gelak(yelah gelak la sbb ini pestime ada anak perangai cam ni)..bila dah gelak lagi dia sakit hati.siap ambik gambar dia.lagi kuat dia melalak ;)

aku sebenarnya bukan penyabar sangat.pada aku budak-budak ni lagi dilayan lagi lemak.kecik-kecik mungkin nampak comel la buat aksi camni..besar sikit ko buat lagi memang kena la..so far sekali tu je la aku tengok dia buat (ops..si abang tak sampai hati tengok adik nanges siap gi ambik troli bagi adik..so sweet kan?)

kejadian dan tempat yang sama..aku jalan depan sikit dan zasssssssssss kaki jerlus dalam longkang.sib baik tak patah kaki.huhu..sakitnya sampai sekarang.nampak lebam pun belum hilang.kalau patah aku saman itu Jayen atas kecuaian mereka menutup lubang kat longkang itu (tak nak pulak saman diri sendiri kerana jalan tak pandang kiri kanan..main redah je.hehe)

okey...selesai

Comments

Kakzakie Purvit said…
Hihihi... mestilah kakak nak ketawa dulu. Gelihati kan. Itulah dia anak kerenah dia kita kena sabar...

Kakak rasa adik nak beli benda yg tak dapat itu yg dia sanggup guling atas kakilima...
kasihibu said…
hehehehe...kiut!!!
anak akak buat perangai gitu memang akak tinggalkan, kira jalan jauh sikit tp masih dia nampak dan kita nampak dia
lelama dia bangunlah terpa dekat kita
hahahahaha...memang kejam kan?

ialah dah pujuk elok elok tak jalan jugak, kita saiko dia balik ;p
misya said…
anak sya pun selalu buat peel macam, tu kalau dia tak dapat apa yang dia nak.
Aidah said…
Muahahaha. Gelak keji sebab akak dah lepas fasa anak kena rasuk incredible hulk ni. Anak akak dulu tak melalak tapi dia punya lasak kemain hebat. Sampai dah dekat 5 tahun pun akak suruh duduk dalam pram lagi sebab tak larat nak kejar dia satu shopping mall.

p/s Akak saspek, besok dah besar budak ni akan jadi pembersih dan cukup rajin mop lantai. Hehehe.
Lady Windsor said…
Ya Allah Irfa sempat u ambik pic ya...cute tau! Kalau I ada dalam scene tu mesti I gelak sebab anak kaw2 golek guling maknya sempat snap pic...funny but it will be sweet then...kan! Hikhikhik...comel senario tu...sian kenit, meh auntie babap mak dia:)
Zareda Norman said…
Uisshhh adik buat perangai nak dapata kawan kot?
La, dia nak toys...ko tak bg ke? Atau nak jajan, ko tak bg? Ish...

Aydin pun pnh je berguling tgh2 supermarket. Pastu bile aku meradang, babab tangan die...die pi bantai melalak sekuat hati! Adehhh!
Dapat kubayangkan suasana rumah irfa pagi-pagi macam suasana rmh saya gak, ank saya yg kecik sebaya ank irfa time kita nak siapkan kakak, nak siapkan diri time tu dia nak berdukung, dari saya msk bilik air sampai saya keluar tak abis lagi berdendang..masa nilah nak tumbuh tanduk..rasa nak berhenti kje 24jam..
Gambar last tu anak saya pernah gak buat camtu dia xnak duk dlm troli.nak jalan kuar msk kedai org buat mcm rumah sendiri
izawani said…
Hehehe... bagus dok adooo... Anak akak, kalau dengan akak, dia tak berani sangat nak merajuk, sebab akak tinggal (nyorok kat mana mana... tengok kelaku mereka jer !)

Tapi, kalau dengan abah mereka... memang mereka suka buat perangai... sebab abah diorang layan...

Eh... tolong tanya Zar tu... apsal la blog dia invited saja... susah la camnih !
Kayna said…
merajuk ke... alalaa..
lyzaCR7 said…
Salam kenal...

Hahahaha..maaf saya gelak dulu.. hehehe..tapi alaaa kiutnya aksi anak sebegitu...hehe...

Dulu saya pun penah gak terdetik kat hati, klau nampak anak orang guling2 kt org ramai, memang saya akan bg penampar je..Allah bayar cash..cuma dia tak buat aksi guling2..dia buat aksi merajuk..padan muka saya..:P
NenetPenne (NP) said…
konon mcm mak nak layan la tu eh? tapi mak lagi horror pi amik gambar pastu tepek kat blog..ha ha ha...
Anaasuria said…
hehe.. IRfa cute pulak nengok dia buat aksi kuak kupu2 atas lantai tu...

2 tahun ok ler lagi, dimahapkan..
Elly said…
kalau aku dah meroyan kat situ. Ini mesti kena pujuk baik baru dia ok...kalau jerit lagi dia keras macam batu kan. Ini dah perkara biasa bagi aku....muahahahaha
Mak Wardah said…
Comel betul anak Irfa...Ini perkara biasa bagi kami.
Unknown said…
aku pun sama macam ko irfa..bukan penyabar sangat..tapi dengan atiqah kitorang memang kalah.. pandai je dia buat benda salah tapi nampak comel..nak marah tapi dalam hati dok rasa "comelnya anak aku ni" hahaha..so in the end tak boleh nak marah sepenuh hati..spoil jadinya budak kecik tu..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')