Skip to main content

Cuti-Cuti Cameron Episod 2

okey dah abis iklan :)
lepas sejuk-sejukkan lidah makan eskrem stoberi itu..siap solat zohor semua kami berpisah.kami balik KL ikut Tapah dan mak ayah serta adik-adik balik ke Kelantan semula..ikut Gua Musang.waktu lebih kurang jam 2 petang.

berbalik cerita kami,pusing Tanah Rata nak makan nasi tapi semua kedai penuh so kensel.singgah taman yang ada replika buah-buahan tu..sambil makan goreng pisang dan cucur sayur..sedap le pulak akak tu goreng cucur..harusla ambik gambar dengan replika buah itu sebagai kenang-kenangan







agak-agak matahari dah makin menegak..aku pun dah berpeluh dengan baju panas itu(motif pakai baju panas ialah stok baju aku dah abis dan cardigan yang plan nak pakai masa balik tetiba koyak tang lengan..huhu.terpaksa la pakai baju panas itu..macamlah sejuk sangat)

lalu depan Cameron Valley banyak bas tengah turunkan penumpang.nak singgah malas nak cari parking..so snap picture dari kejauhan je lah



nun menghijau ladang teh..tetiba teringat citer Ombak Rindu yang lisa gaduh ngan aaron nak clash tu :)

onthe way turun dari Cameron ke Tapah kami singgah beli petai.malam tu aku tido sambil menahan sakit tekak akibat memakan petai itu (sila salahkan petai).ada banyak gerai orang asli sepanjang jalan..ada yang jual petai , madu , rebung tapi aku singgah beli petai je.ingat nak beli tudung saji tapi mana nak sumbat pulak.takkan nak suh anak-anak riba kot :) so lupakan je



sampai Tapah singgah makan kat satu kedai Mee Rebus Tapah.adakah restoren itu yang masuk tv dalam rancangan Warung Kita?aku pun tak pasti..lama sungguh tunggu order hampir-hampir aku nak kensel order dan ajak cik abe makan kepsi je.huhu.sib baik la menu tiba dan rasanya tak mengecewakan.dah lapar semuanya sedap

lepas makan kami cik abe ajak pusing-pusing Tapah Dan Bidor tengok sekolah lama dia..(imbas memori silam kah?hehe)





kata cik abe 'sebagai anak polis..bila ayah pindah balai kami kena pindah.so asikla pindah sekolah je..besfren pun takde'..

akhirnya kami selamat tiba rumah mil jam 8.30 malam..tido sana malam tu dan esoknya baru balik rumah

watammat......tetiba je ending :)apa-apapun percutian yang menyeronokkan

Comments

muslimah rempit said…
ikut nasib gak bapa polis tu...
Kak So pulak dok satu tempat jer dari lahir sampai abah nak pecen, baru dapat pindah hehehehe....
cheqna said…
bila la cheqna ni nak bercuti jugak..
tunggu selesai majlis la =)
lieynanilaz said…
sukalah tengok replika buah-buahan tuh!!
Yellow said…
sempat lagi ko posing atas buah buah tu ek? nasib baik tak kemek buah buah itu! hahahaha
Irfa said…
KAK SO..
ha'ah ikut nasib lah kan.xsemua anak polis ada pengalaman pindah randah :)suka suki je saya buat statement itu

CHEQNA..
takpe..x lari cameron di kejar :)

LIENANILAZ..
rasanya sy pegi dulu tak nampak pulak replika..baru buat kot

YELLOW..
sbb aku dah check buah tu dibuat dari simen..tu berani duduk.kalau plastik atau polisterin konfem aku duk bawah je :)
Aidah said…
Dah lamaaa akak tak ke CH. Last time pergi masa kursus zaman U dulu iaitu 20 tahun lepas. Haru kan. Tengok gamba je lah dan dengar citer orang sbb husband akak tak berminat nak drive jauh2. Uhuks.
Irfa said…
KAK AIDAH..
uish..lama tu 20 tahun,cuba la pujuk mana tahu cik abang nak pegi..akak drive la bagid ia duk sebelah :)
Dinas Aldi said…
Dulu masa pi Cameron, pernah makan carrot goreng. Sedap la pulak. Dah lama tak pi Cameron, best nih!
[z@ck] said…
oh my! petai! my favourite!
Balqis Nazid said…
kalau pergi time cuti memang bercinta dengan jammednya.
So far pergi time wekend atau hari weeksday jer..
berkali2 pergi masih teruja kan...
nyaman jer sana..
tak yah sibuk2 nak berecond2 bagai.. ha..ha..
Zareda Norman said…
Kak zar pun pernah beli petai kat situ.. Hehehe
Irfa said…
KAK DINAS..
oh karot goreng?tak jumpa pulak tapi kami makan cendawan goreng tu.sedap dan tak puas makan..hehe

Z@CK..
my feveret too ;)

BALQIS NAZID..
masalahnya kita hanya akan gi cuti bila anak cuti skolah..lainlah anak2 kecik belum skolah boleh la bercuti bila2 masa kan..

KAK ZAR..
blog akak selalu citer beli petai ;) jeles saya bukan senang nak dpt petai fresh dan mata petai besar ibu jari camtu
Unknown said…
aku baru nak komen sama cam yellow.. hahaha..aku cuti CNY dok kat rumah je sudahnya..nasib baik ada member datang..hilang gak boring..hehe..
Luna said…
dua2 sekolah tu aku tau. aku rasa mcm ada kawan kat situ. tapi masalahnya aku tak tau nama laki ko, jd x bolehlah nak tanya. hahaha

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')