Skip to main content

Day Trip To Saigon,Vietnam Part I

sambungan entri ini

pagi tu jumaat..aku bersiap macam nak gi keje..hero ke sekolah cam biasa tapi masa aku tengah bersiap dia ada tanya 'umie nak gi mana pakai macam ni?'sambil pandang aku atas bawah.kalau keje haruslah pakai baju kurung atau slack dan kemeja.tapi pagi tu pakai jeans+tshirt+cardigan je..mesti la dia pelik kan.aku cakap 'hari ni opis umie ada sukan' hahaha.tak baik tipu anak,kang citer betul banyak lak soklan cepu gangsa yang keluar.hantar kenit pun cam biasa je.akak pengasuh sampai hari ni tak tahu jumaat tu aku takde kat Malaysia.

dipendekkan citer,maka kami ber6 pun berlepas ke Saigon dengan flight jam 9.15 pagi waktu malaysia.vietnam ngan m'sia beza 1 jam yer..kalau kita 9.15 diorang 8.15 pagi la.sampai sana jam 10.40 pagi..antara kami itu aku adalah orang yang pertama kali ke sana.3 dari kami memang buat bisnes.so 3 orang je termasuk aku dan 2 orang kakak tu yang saja nak jalan-jalan.aku jadi jurugambar tak bertauliah semua benda nak di ambik gambar..kena sound ngan pegawai imigresen yang berpakaian macam uniform PKM.(tak tahu apa itu pkm sila gugel). masa nak cop pasport.nebes kejap.sampai je turn aku terus aku angkat tangan kat dia sambil cakap 'sorry.first time'.sib baik dia senyum je.emm nak gurau ngan ai le tew.

setel urusan imigresen..collect bagasi dan kami cepat-cepat ambik taxi ke tempat tujuan..jalan adalah jem sebab diorang tengah sibuk nak menghias bandar nak sambut CNY..oh baru tahu diorang sambut CNY.sana sini bunyi hon dan motosikal adalah kenderaan yang paling banyak.ops..kami ambik Vinasun Taxi,kata orang yang pernah kesana ini teksi paling murah sebab guna meter.

OPS..citer kelakar masa nak kuar dari arrival hall..perasan macam artis bila tengok ramainya orang menunggu penumpang keluar.kata kawan 'diorang ni mmg suka melepak kat airport..macam orang melepak kat shopping komplek gitu'.

satu je tabik ngan diorang ni.driver taxi kami pun sama gak.sabar sungguh.hon itu bukan tanda marah tapi hon nak bagi orang jalan..cuaca pun lebih kurang kat sini jugak.dah kata masih asia tenggara.(kotla ada salji.hehe)

destinasi utama adalah tempat menjual baju kurung cotton siap.labuci penuh.mak oh mak..aku terkesima.sumenya cantik-cantik..rambang mata.tapi pilih punya pilih hanya mampu beli 3 pasang utk aku dan sepasang sorang untuk anak dara.(ops..sedondon untuk raya kami 3 beranak..ai like).nak raya nanti cuma beli baju melayu untuk cik abe dan hero je la..boleh caye ke ni?ala kalau aku pakai sekarang pun bukan orang tahu.hehe

emm aku nak menghayati perjalanan ini.so aku akan tulis sikit-sikit supaya aku ingat setiap kejadian.boleh?esok aku letak pic sikit buat penyeri cerita :)

Comments

NenetPenne (NP) said…
my sista kat immigresen pi snap gambar i, sekali pegawai tu kata, delete, delete now, cannot take photo... menggagau dia delete..
ha ha ha...
takut wey...
NenetPenne (NP) said…
yang paling best masa kat airport, terbaring jer pompuan2 tidor atas simen...dengan seluar pendeknya.. ohhh gitu rupanya culture depa
emarieys said…
bestnya pergi jalan-jalan luar negara,,nanti letak pic banyak2..
Irfa said…
Net..
oh igt ai je yg kena.perkara yang takleh lupa kat sana ialah bab bercakap.macam ayam ngan itik.
adoi..sakit perut bila igt balik
Irfa said…
MAMA EMA..
kena tapis gambar dulu baru letak.
ai kan pemalu yg amats ;)

NET..
member kata diorang mmg saja je datang lepak kat airport.ada rasa macam artis bila nak keluar tu mak ai..ramainya orang tengok..sib baik tak buat lambaian ratu kat depan tu
Irfa said…
FARA..
kata day trip,harusla balik ari,sampai umah jam 10.30 malam rasa macam nak patah pinggang.tapi tak serik..tunggu offer nak pegi lagi.hehe
Nieda said…
Alahai akak tak sabar nak dengar cerita gi makan angin ni. Bubuh gambar byk sikit boleh? Hihi...
Rumah Kuning said…
wah...bestnya jln2 n shopping. luar negara pulak tu....
Lady Windsor said…
HI, day trip? Tsk..hebat! I belum sampai Saigon..cantik tak? Halal food senang ke? Sorry banyak tanya, belum pernah sampai kan...:)
Aidah said…
Hebat Irfa, pergi vietnam macam pegi Ipoh je. Tapi seronok kan kalau sesekali pegi day trip jauh2 naik kapaitobang macam ni. Akak pun nak try lah. Hehehe.
Biarlah rahsia said…
irfa...nak ikut boleh?
Irfa said…
NIEDA..
gambar ada.semalam lupa bawak kamera.ari ni lak bawak kamera tapi usb lupa bawak.huhu..lambat la kot baru letak gambar.saya citer je la dulu ;)

RUMAH KUNING..
saya jer jalan-jalan,yg sopink orang lain.hehe
Irfa said…
LW..
kami pegi mmg tujuan beli barang je so takde la edisi jalan-jalan cari makan..makan kenyang2 dalam kapal dan siap bawak roti sbb tahu waktu sgt suntuk sebab kejar masa nak balik flight jam 7.30 malam.negara nya lebih kurang kita je cuma sangatlah banyak moto sana sini
Irfa said…
KAK AIDAH..
boleh je..bila2 masa pun boleh..
sediakan ongkosnya krn mesti banyak bende nak di borong :)
Irfa said…
KAK BIE..
boleh pegi..nak gi bila tu?bayar tiket utk saya sekali boleh tak?tak mahal pun
Cikja said…
irfa nape tak beli banyak2 & jual kat sini...aku boleh tolong beli..:) lain kali kalau ko pegi aku nak kirim boleh?...
Deqna said…
wah.... semata-mata shopping tuh..hebat tuh.. balik hari pulak tuh...

sila sambung cpt... :P
Irfa said…
CIKJA..
lama ko menghilang.sibuk ker?aku ada gak niat nak meniaga,kalau ada kedai untuk letak barang lagi bagus.boleh sesapa tolong?ko nak kirim apa?kalau aku pegi lagi aku inform yer

DEQNA..
okey..dah sambung.pi baca cepat..
dah ending pun :)tapi gambar kendian
Cikja said…
busy urusan dunia je..
kirim cotton lah dengar ko citer mcm best je..hiks...

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')