Skip to main content

Hai..hai..hai

kembali bekerja :)
rindu kat meja aku dan juga kertas yang menimbun atas meja
yelah sangat............

kakak ada kat rumah.
ikut kami balik masa balik kampung sabtu lepas
tapi kena hantar balik la sebelum buka sekolah ahad ni

plan aku kena hantar kakak balik sabtu ni
tapi sib baik mak ikut adik balik semalam
so tak payahla aku hantar kakak
hehe..jimat tenaga

beli tiket balik untuk kakak dan mak jumaat nanti

nak citer pasal cuti balik kampung
pasal jem sana sini dan sinun jugak.huhu..
dan cuti-cuti bawak mak ayah tido kat kameron
tapi ada keje kena setel..
sambung kendian la

Comments

Kakcik Seroja said…
Kakcik tak jadi balik kampung... :(
Unknown said…
sakan ko cuti ye...aku pun sakan sampai lupa janji nak hantar tudung semalam..hampeh!! haha..
cheqna said…
keje keje hehehehe
Kakzakie Purvit said…
Baru naik kerja juga kakak hari ini. Tapi tak sibuklah sangat... masih boleh bw sebanyak mungkin...
NenetPenne (NP) said…
kerja dulu yer...hiksss
emarieys said…
kami balik kampung tak alami jem..suke sangat
Zareda Norman said…
mesti dh hilang rindu kat kakak tu..
Unknown said…
Salam,
Untungnya emak masih ada ..
Irfa said…
KAK CIK..
kami balik kg..semalaman je pastu bawak mak ayah cuti ke kameron tido semalam..pastu terus balik umah..rasanya banyak masa kami abis atas jalan raya je..

RAI..
aku tunggu gak ko kol..aku pun semalam baru sampai umah.penat pun lom abis lagi ni.huhu
Irfa said…
CHEQNA..
keje la sementara masih ada keje ni
hehe

KAK ZAKIE..
saje je buat macam banyak keje..
pagi mmg sibuk sikit..perang baru boleh angkat muka..kalau tak tunduk je la
Irfa said…
NET..
okey,,keje dah setel :)bw time

MAMAEMA..
kg belah mana tu tak jem?kami jem nak masuk tol karak.huhu

KAK ZAR..
kakak simpan banyakkkkkkk citer nak story kat umie :)
Irfa said…
UNCLE LF..
alhamdulillah..mak ayah masih ada dan masih sihat walafiat..cuma selagi boleh mengembirakan hati mereka
Anaasuria said…
cuti2 yang panjang, yang kalao takde plan gi mana2 terpaksalah dok umah aje macam saya...
Aidah said…
Waah bestnya gi jalan2 sambil balik kampung ya. Akak balik kampung duduk rumah je sbb PD jam teruk.
Irfa said…
Anaa..
saya pun.disebabkan anak duk kg mulai tahun ni so makin kerapla kami balik kg :).
Irfa said…
KAK AIDAH..
rasanya mana2 tpt pun jem teruk..
patutnya bawak roti ari tu.boleh gak sapu ngan 'jem' itu.hehe

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')