Skip to main content

Hepi Besday Yang Ke 7 Buat Abang..The Only Hero

2 hari lepas (9hb) besday adik dan hari ni (11hb) Jan 2011 adalah besday abang..yang ke 7 tahun.diorang dilahirkan dalam bulan yang sama..dulu penah buat lawak nak tempah kek dengan 2 design (sebelah corak ben10 dan sebelah corak barbie).ada ke orang nak terima tempahan kek camtu?emm kan bagus kalau aku boleh buat kek sendiri..boleh je buat kek tapi tidakla bercorak sebegitu



gambar di snap masa dalam pantang si hero..umur kakak masa tu 4 tahun.(kakak dan abang pantang di kampung..adik sorang je yang aku pantang kat rumah sendiri..anak2 dah besar dan si kakak dah sekolah susah nak tinggal rumah).

dia anak paling besar yang aku lahirkan.kakak 3.25 kg..adik 3.3kg dan dia adalah pencipta rekod baby paling besar aku..4.4kg..kelahiran normal.bila ingat balik rasa macam tak percaya walaupun size paling besar tapi dia paling senang dilahirkan.masuk labour room dengan bukaan 5cm tanpa rasa sakit pun.alhamdulillah..

zaman membesarkan dia 'sedikit'menguji kesabaran kerana dia punya pe'el suka menyentap walaupun hanya benda remeh..dan dia juga boleh melalak sampai 1 jam non stop.aku penah buat2 pekak dengan tangisan sampai dia berenti sendiri w,pun mak aku marah sebab biarkan anak melalak.abis tu aku nak buat camner?dipujuk pun tak makan saman..lagi dimarah lagi kuat dia melalak...last2 aku tukarkan tangisan itu menjadi lagu yang sedap di dengar :).alhamdulillah..sejak dia jadi 'abang'..banyak perangai yang dah berubah.sekarang ni lagilah..cuma dia dan adik je kat umah,apa je nak minta tolong boleh suruh dia.dia juga boleh diharap jaga adik.

mengaji masih baca iqra.bila la nak abis ni?solat subuh paling dia suka sebab 2 rakaat je..terbalik kan?orang dewasa pun ramai tak suka solat subuh,sayang nak selak selimut.

abang ada tanya 'umie nak buat besday abang ker?' jawab aku 'kita tunggu kakak balik rumah baru buat besday yer.sian kakak takde'sekarang aku elakkan ke tempat yang selalu pegi dengan kakak.nak gi Jusco atau Giant pun rasa serba salah sebab kakak takde sekali.semalam masak ikan keli..tengah cuci ikan keli pun rasa nak menitis air mata..kakak suka ikan keli sambal.huhu(parah aku ni..camner la kalau kakak besar nanti belajar kat oversea atau kawen orang jauh).

berbalik citer hero,yang sebenarnya dia baru sekali sambut besday,masa umur 4 tahun..umur 1-3 kami tak pernah celebrate besday dia.masa 4 tahun kami beli kek dan celebrate bersama atok dan makwan kat kfc alamanda..itu lah sekali..lepas tu masa besday dia 5 tahun aku dalam pantang.tahun lepas lupa kenapa kami tak buat apa-apa untuk dia..dia pun lupa selalunya..sekarang ni dah berakal sikit baru tahu makna hari lahir.

PAGI NI..kami seperti biasa akan solat subuh sama-sama,lepas bagi salam aku doa kuat-kuat bagi dia dengar..

YA ALLAH YA TUHANKU.
HARI NI HARI LAHIR ANAKKU MUHAMMAD IRFAN YANG KE 7 TAHUN.AKU POHON PADAMU YA ALLAH,JADIKAN ANAKKU INI ANAK YANG SOLEH..ANAK YANG TAAT PADA PERINTAH ALLAH..TAAT PADA AGAMA DAN TAAT PADA KEDUA IBUBAPA.BUKA PINTU HATINYA UNTUK MENERIMA PELAJARAN.SEMOGA ANAKKU INI BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.AMIN

pusing belakang tengok dia sengih je..kelakar pun ada.penah terbaca dalam artikel,kalau nak berdoa biar anak-anak itu dengar..harap2 betul artikel yang aku baca tu..anak-anak sekarang tak macam anak2 zaman aku dulu..so didik anak kenalah ikut peredaran masa..tapi jangan sampai anak hilang hormat pada kita sebagai ibubapa.

kalau salah kena tegur dan marah juga
kalau buat baik..jangan kedekut beri pujian
sekurang-kurangnya anak-anak itu tahu yang ibubapa sayangkan mereka.
sayang tapi simpan dalam hati dengan harapan anak itu paham dengan sendiri mungkin dah tak sesuai zaman ini..(maaf kalau tak setuju dengan cara aku).

ops..citer pasal sekolah agama petang..dia masih lom paham ertikata 'abang duduk je kat sekolah,tak payah balik tengahari sebab kelas petang mula jam 2.30 petang..umie dah bagi duit lebih tu untuk abang makan tengah hari.abang balik pukul 6 petang tau '

TAPI..tetap jugak balik rumah pengasuh dan duit lebih pun tetap jugak habis walaupun pengasuh dah bagi makan tengah hari..

nampak gaya aku biarkan je la dia balik tengahari dan kesekolah semula waktu petang.asalkan driver tu tak lupa ambik dia pegi dan balik.

apapun abang..umie sayang abang sangat-sangat

Comments

Kakak! Abang! Selamat harijadi! Semoga membesar jadi anak yang soleh, cemerlang dan sentiasa igt pada jasa umie dan abah!

=D
MOKCIK AZWA said…
Happy birthday to cik abang irfa dan hero juga..Azwa aminkan doa Irfa..Amin amin amin..

mujur tak lupa besday dorangkan. Azwa thn lepas, sebab bulan oktober ada tiga besday..Aman, cik abe dan hadi..boleh terlupa besday cik abe..adoiii...

Kakak dok dgn tok dia ker?? memang sedey kan..tapi sabar..sabar...
Irfa said…
FARA..
mekasih acik fara :)

KAK AZWA..
eh..tang mana saya kata besday cik abe?today bday hero je..bulan Jan ni ada 3 orang tersayang sambut hari lahir 8hb,adik lelaki.9hb si kenit Hajar dan 11 si hero Irfan
Kakcik Seroja said…
Happy birthday Abang dan happy belated birthday Adik. Semoga kalian memebesar dengan sempurna, sihat dan soleh. :)
Irfa said…
KAKCIK..
tq fr yr wish ;)
potpetmama said…
irfa; Happy BF untuk anak2..semuga dirahmati Allah dan menjadi anak2 yg beriman berilmu dan beramal, insya'Allah
Irfa said…
PPMM..
mekasih :)
lieynanilaz said…
hepi besday abang...touching plak aku baca entry ni walau aku belom kawen...hehe.
Angah said…
happy birthday dear Irfan..semoga membesar dengan sihat menjadi penjaga yang baik kepada kaka dan adik, juga ibu..

Anak bujang aku tahun ni baru ada birthdate..suka sangat dia..
Irfa said…
LIENANILAZ..
mekasih..touching ker?tang mana yang touching tu..cer citer ;)

ANGAH..
mekasih acik angah untuk doa itu :)
sedih lak baca entry ni...apa2 pun happy belated bday!

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')