Thursday, January 5, 2012

Jika Umur Panjang Dan Bila Aku Dah Tua..

Jika Umur Panjang Dan Bila Aku Dah Tua..aku akan jadi ibu(sekarang pun dah jadi ibu kan?hehe) dan insya Allah akan jadi mentua dan juga nenek.semoga impian itu tercapai

aku mintak sangat jika saat itu tiba aku akan jadi mentua dan nenek yang disayangi oleh menantu dan cucu.moga aku tak jadi mentua yang cerewet dan membuat anak menantu serba salah.

-AKU NAK jadi mentua yang disayangi menantu dan aku nak menantu tak sabar nak balik menjenguk aku tiap kali cuti

-AKU NAK jadi nenek yang sentiasa memberi pujian positif untuk cucu-cucu ku..aku nak diorang ada 'kenangan yang manis' pada neneknya sampai la aku menutup mata.

DAN..

-AKU TAK NAK jadi ibu yang 'bising' bila anak aku nak bawak family bercuti kemana sampai kena 'tipu sunat' bila nak pegi bercuti.bukan selalu pun setahun sekali je..nak bawak semua orang tak mampu..dan kalau mampu pun bukan nak ikut..ada je alasan :(

-AKU TAK NAK jadi ibu yang 'ambil berat' pada 'isu remeh temeh' membuat anak dan menantu serba salah untuk jaga hati aku.

akhir sekali aku nak jadi NENEK YANG ANGGUN :-) DIMATA ORANG-ORANG YANG AKU SAYANG.
boleh? (sambil membayangkan rupa aku bila bergelar nenek)

9 comments:

potpetmama said...

irfa; bole aje..we r who decide who w r and wat to be...mudah2an

misya said...

sama je wish kita

Aidah said...

Semua yang Irfa tulis tu ada yang pernah dilalui dan ada jugak yang pernah berlaku pada keluarga akak. Tapi bab last tuuh, akak rasa kalau dah puluhan tahun dibasahi wudhu', pasti nenek itu anggun.

Biarlah rahsia said...

InsyaAllah..k.bi pun harap dpt jd nenek dan mertua yg baik juga bila tiba ms bergelar nenek nanti. Tak mau fussy fussy cerewet2.

ainnoraini said...

sama la jugak nak jadi mertua yg tak cerewet..takut kalau cerewet sangat menantu pun tak suka...

Cik Sibuk said...

sama la kita. ai nak jadi MIL yang rock! hehee

Acik Erna said...

Dik..lambat lagi mu nak jadi nenek..akak ah hampir dah..tapi belum ada calon menantu je..
kawan2 yang nak jadikan kan akak besan dah ramai..he he

lieynanilaz said...

semoga impian itu akan menjadi kenyataan....:)

Cik Ina Do Do Cheng said...

cik ina tengah membayangkan muka ko yang anggun semasa pegang title nenek : )