Skip to main content

Kakak Disana,Abang Disini

KISAH KAKAK DISANA..

tadi ma call dari kampung bertanya khabar dan ucap hepi besday untuk sikenit Hajar.sambil2 tu bercerita kisah kakak.masih di hantar oleh atok pegi dan balik sekolah..belum lagi berpeluang nak naik bas.kata mak aku 'bukan tak nak bagi naik bas tapi kakak takde kawan.semalam katanya 'waktu rehat kakak pegi perpustakaan sorang-sorang lagipun kakak dah kenyang'.mak aku cakap memang pastikan dia sarapan takut dia lapar kat sekolah.beza sungguh cucu ngan anak akan?aku dulu bagi duit je..tak nak makan sudah :)

last week dia call dan bercerita pasal Rancangan Makanan Tambahan (RMT).punya lah eksited bercerita.'cikgu suruh makan dulu sebelum masuk kelas.kakak makan nasi goreng dan ada tembikai pastu minum air soya.kakak harap hari2 boleh makan macam ni'.

alahai anak (zaman aku dulu pun cikgu suruh makan RMT sbb aku kurus..mungkin cikgu ingat aku tak cukup makan).sampaikan kena dengki ngan sorang budak lelaki katanya kat cikgu 'cikgu.dia anak orang kaya.kenapa dapat makan RMT?'.hahaha..kaya celah mana la mak ayah aku tu..rumah besar tak semestinya kaya..memang rumah besar la sebab bapak aku tukang rumah..oh kenangan sungguh waktu membesar dahulu.

kata mak lagi 'bukan takde orang nak kawan ngan dia,tapi dia je yang pendiam sangat'.apa taknya,perangai peramah abis dibolot oleh umienya.huhu

KISAH ABANG DISINI..

aduhai anak..masih belum paham arahan walaupun berbakul aku berpesan.huhu

hari ni dah mula sekolah agama..sesi petang mula jam 2.30 petang.jadual dah di bagi minggu lepas.kelas agama hari isnin selasa dan khamis.aku pesan tak payahla balik lepas sekolah.tunggu abis kelas agama baru balik,siap bagi duit lebih untuk makan tengah hari..angguk kemain laju.penyudahnya aku call pengasuh katanya 'Irfan ada balik rumah..baru lepas mandi'.aku cakap ngan dia 'abang balik kenapa?kan umie cakap balik petang lepas skolah agama jam 6.00 nanti'.boleh dia jawab 'abang balik la sebab abang nak mandi'.huhu..konfem la ponteng kelas agama petang ni sebab ramai budak taman tu memang tak balik..terus sambung kelas petang.nampak gaya aku kena mintak anak jiran yang besar sikit suh tengokkan dia

Apdet 10Jan2012NotaIbuJari:
-balik petang semalam.pengasuh kata hero pegi sekolah agama..lepas mandi dia pakai balik baju sekolah dan naik van ke sekolah agama..aku terharu.dia sungguh berdikari.aku bajet dia memang tak pegi sekolah petang sebab dah balik umah mesti tak tahu nak naik van lagi..rupanya dia tahu apa yang patut dia buat,dah besar anak umie rupanya :P

Comments

yani-pali said…
kenapa kakak sekolah kat kampung lak kak?
oren said…
mesti rindu kat kakak kan? takpalah irfa, itu utk kebaikan masa depan dia..pilihan dh dibuat, kena redha dan sabar sajalah..

akak suka perenggan yg tulis, umah besar tak mestinya kaya..dulu, akak selalu pikir kalo umah besar, keta besar, mesti kaya..

tapi bila tgk diri sendiri, tak kaya jugak..nih dok pulun jimat cermat..lambat lagi nk gaji..huhuhu...
Cik Sibuk said…
saya pon baru nak tanya soklan yg sama..yani-pali dah tanya..hehehe

rmt 1st time dengar...masa saya sekolah dulu tak ada kot program tu..
Yellow said…
haih....

caner aku nak pesan kat anak aku esok ek?? angguknya lajuuuuu!!!! biler tanya balik, jawabnya? meleret....:) penyudahnya?

haih la budak.........
Irfa said…
YANI..
susah akak nak jawab.tapi rasanya setakat ini..itulah yang terbaik untuknya.akak dah buat solat minta petunjuk permudahkan urusan kalau itu terbaik untuk dia..so far semua okey..cuma umie je yg tak okey..malam sabtu yg lepas sampau tersedu2 nanges teringat kat dia.
cik abe pun tak terkata krn dia juga rindu sama anak sulungnya itu
(mak ai..pjgnya jawapan)
Irfa said…
KAK OREN..
saya tak nyesal hantar kakak balik kg.cuma rindu ni je susah nak hilang..datang tiba2 rasa nak pecah dada :( bab duit tu rasanya semua org sama je kot.
Alahai Abang! Notty die ye? Balik umah nak mandi ye? Tp sape ade kat umah klu die blk mandi?
Irfa said…
CIK SIBUK..
soklan pertama cik sibuk tu sila baca kat jawapan untuk Yani yer :)

pasal program RMT tu sy tak pasti kat bandar ada ke tak..tp kt kg mmg ada..program tu nak pastikan anak2 bersarapan sebelum mula belajar.percuma lagi :)makan sedap lak tu zaman saya dulu siap intai pepagi menu apa..kalau hari menu tak best saya bagi kad makan tu kat kawan suh gi makan.hehe
Irfa said…
YELLOW..
aku igt kena tulis dalam buku kecik kot ..letak dalam poket dia tapi tahle menjadi ke tak..silap hb buku tu pun hilang juga atau lupa baca.huhu
Irfa said…
FARA..
eh tak la,dia bukan balik umah aku.tapi balik umah pengasuh la..
nanti kena pesan ngan anak jiran suh ajak dia masa tunggu kelas petang.tengok la esok camner
Aidah said…
Hihi. Dia buat keputusan sendirilah tu. Kan maknya kata suruh berdikari. Kenangan betul anak2 ni kan. Hehehehe. Anak perempuan memang susah sikit agaknya nak buat kawan sebab anak akak ni masa memula pindah dulu pun camtu. Masa rehat dia pegi surau tak pun pegi perpustakaan.
-Sara- said…
kenapa kakaknya kat kampung kak?
Irfa said…
KAK AIDAH..
itu saya apdet tgh hari lepas call pengasuh..sy igt mmg dia tak pegi la skolah agama sbb saya dah bgtau driver van tu pegi dan balik je.cerita lain bila sy balik keje,
pengasuh kata dia pegi semula ke sekolah agama petang tu..van tunggu.tak sangka dia boleh berdikari

psl kakak tu..semalam sy call kakak tanya nape tak berkawan?katanya nanti kakak kawanlah..
sekarang ada 1 je kawan nama asyiqin.hehe
Irfa said…
SARA..
kakak dah besar,tak nak duduk umah pengasuh lagi malu katanya..nak duk rumah sendiri akak tak percaya..lagipun bahaya budak baya tu duk rumah sorang2..so dia pilih duk kampung :)akak la yang merindu
Zareda Norman said…
kdgkdg kita tak jangka keupayaan anak anak.. kita ingat diakecik hopeless tapis ebenarnya dia dalam proses belajar dan get them some space.

macam kak zar ni pun, ika dha darjah 5 pun kak zar stil intai intai dia kat sekolah.. padahal dia dah ketgori senior dah.. siap bantucikgu kawal murid tahun 1.. kak zar je over.. ehheheh
Irfa said…
KAK ZAR..
nak gelak pun ada.kawan tu dah darjah 5 pun kak zar..kena intai lagi ker?kalau dia tahu mesti dia marah.hehe

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')