Skip to main content

Kata Wardina 'Mereka merompak “perasaan selamat” saya'


tadi baca kat OHBULAN tentang tulisan Wardina Yang Rumahnya Kena Rompak Itu.kata Wardina, Mereka merompak “perasaan selamat” saya.sejujurnya..aku rasa sebak.bila dalam keadaan begitu pada siapa lagi harus kita berharap jika bukan padaNYA.syukur juga mereka sekeluarga selamat.aku suka wardina dari dulu hingga kini walaupun bukan peminat fanatik.bagi aku dia ni seorang yang tegas dengan cara tersendiri.

tak dapat bayangkan kalau itu terjadi pada keluarga kami.Nauzubillah.'perasaan selamat itu' adalah satu perasaan yang tak boleh dijual beli dimana-mana.pengalaman sendiri 14tahun dulu aku kena ragut oleh 'mat motor' yang kononnya bertanya arah jalan.dengan ikhlas aku membantu siap explain lalu jalan mana dan jumpa traffic light mana nak kena belok rupa-rupanya ada niat tersembunyi.rantai pemberian mak aku di ragutnya(hikmah disebalik kejadian itu aku terus bertudung).

rantai itu bukannya mahal.rasanya mungkin tak sampai rm500 (rega dulu la..tapi emas sekarang amatlah mahal). tapi rantai itu 'hadiah' dari mak aku.aku dah pakai sejak zaman sekolah..dan hilang sekelip mata.tapi aku bersyukur yang hilang itu cuma 'harta dunia' yang boleh dicari.syukur aku selamat w,pun ada sedikit calar kena kuku peragut itu.

sampai sekarang..aku 'rasa tak selamat' bila pandang atau selisih ngan orang bermotor.tak baik kan?tapi perasaan itu bukan dibuat-buat.kalau naik kereta kat traffic light..ada motor kat belah kiri aku..aku cepat2 pandang pintu keta dah lock ke belum?handbag aku kat mana?..*maaf kalau ada yang baca blog ni yang bawak motor terutamanya*..

pesanan aku,baik-baik bawak motor yer..pada yang merompak rumah Wardina itu moga terbuka hatinya nak pulangkan balik cincin pusaka.kalau takut nak pulangkan secara bersemuka..letak la dalam mailbox pun boleh kan?emm..mana tahu kalau ada rezki boleh dapat balik kan Wardina? (macamlah dia baca blog aku)

Comments

Aidah said…
Alhamdulillah Irfa tak jatuh masa dia ragut rantai tu. Perasaan tak selamat dan takut tu akan lama kita rasa kalau jadi situasi mcm tu. Duduk rumah sendiri pun rasa tak betah lagi.
Unknown said…
sekang nie kat mana mana pun dah tak selamat,kenalah kita berhati hati, macam macam cara orang nak merompak,mencuri...walhal dok dalam rumah pun tetiba dah di umpil leh si perompak cam kes wardina tuh...!
Irfa said…
KAK AIDAH..
kalau di ingat kembali pun sy boleh rasa seram sejuk..bayangkan masa sy jerit takde sapa pun dtg tolong.sbb mmg tgh hari terik semua org keluar bekerja.apa2 syukur Allah masih pelihara saya

KAK LIENDA..
rasa macam nak pindah duk planet lain.hehe(gurau je)
mummY daniSha said…
samela...kalau tgh jalan,kalau ada motor,akan stop dan bg motor jalan dulu heheheee.....mesti dlm hati dierang pk " muke aku mcm penyangak ke" hehehehe
Ibu Lala said…
Takutkan zaman sekrang ni. Macam macam hal yang tak diduga boleh berlaku. Mintak Allah lindungi kita dan keluarga selalu especially anak2 yang tak tahu apa2.

Hi salam kenal..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')