Friday, January 6, 2012

Kering Darah Sekejap

hari ni Jumaat..
hero balik jam 12tgh hari.semalam balik jam 1 tgh hari.aku dah plan nak call akak pengasuh jam 12.20 untuk check hero dah sampai ke belun tapi lupaaaaaaaaaaaa sgt.(hari ni adalah hari pertama hero naik van ke sekolah..kan semalam tak jadi kes tunggu van tak sampai2 tu)

buat keje (yelah sangat konon bz sampai lupa tengok jam)..bila aku tersedar jam dah 12.45..cepat-cepat kol akak tu dan katanya 'irfan lom balik lagi'..laju je jantung aku mengepam darah.call cik abe bagitau dan dia kata 'dont panic my dear'(tipu la) dan dia akan call kawan (jiran kami).kecuaian sendiri ialah lupa ambik no tepon driver van tu pagi tadi.huhu.call jiran sib baik ada sorang jiran yang anaknya satu van dengan hero..katanya anak dia dah balik.semakin laju jantung aku mengepam darah.

baru je nak kuar air mata (aku kan drama Queen)..akak pengasuh call 'irfan dah sampai..kejap tadi.mungkin van trip kedua'.lega macam baru lepas buang air besar yang dah lama tak membuang.sangat busuk perumpamaan itu.

okey..dah lega hati ni baru boleh gi makan ..babai

8 comments:

Yellow said...

fuuhhhhh!!! lega...!

Aidah said...

Irfa, akak pun macam tu jugak dulu masa anak akak baru darjah 1. Ada sekali anak akak tak de dalam bas bila bas berhenti depan rumah. Pucat muka akak rasa macam nak menapak laju2 ke sekolah walaupun jauh. Alhamdulillah driver tu baik, dia cakap dia akan pusing semula sekolah dan amik anak akak masa tu jugak. Rupanya dia dan 2,3 org kawannya tertinggal sebab cikgu lambat lepaskan. Jadiknya akak faham perumpamaan Irfa yang last tuh, tepat sekali. Hehehe.

kakcik said...

Biasalah, ibu mana yang tak gelabah bila anak tak sampai pada waktu yang dijangkakan. Jangankan anak baru masuk sekolah, kakcik yang anak dah bekerja ni pun risaunya tetap sama. :)

Pok Amai-Amai said...

Ko bt aku senan perut baca entri nie. Darah aku pun kene pam gak sbb cite saspen ko! Ishh, isau wehhh!

jedi said...

risau bila jadi camtu..

Kakzakie said...

Jangan kata Irfan yg baru tahun satu. Anak kakak yg tahun dua tahun lepas pun sampai kakak balik tinggalkan ofis semata-mata nak cari dia. Kisahnya dia naik kereta jiran kakak, lepas tu jiran kakak pulak singgah kedai beli sayur, itu yg lambat....

MamaEma said...

memang boleh buat debar lah..bila anak tak sampai-sampai....mujur selamat sampai

[z@ck] said...

hahaha.sayang anak punya pasal smpi kering darah =P