Skip to main content

Maka,Rindu Pun Bermula

baru jap tadi hantar kakak dan mak aku naik fligt balik Kota Bharu.huhu.dan mulai hari ni akan bermula la detik-detik rindu dalam hati umie,ayah,abang dan adik.Insya Allah..cuti sekolah bulan Mac baru jumpa balik



mok..umie..kakak (3 generasi) kalau ada nenek aku cukup 4 generasi



pepagi tadi kami bergambar sedondon 3 beranak..(konon baju raya tapi cik abe kata pakai je.lambat lagi nak raya..so pakai jelah) dan sikenit melalak masa hantar umah pengasuh gara-gara pakai cantik-cantik tapi kena tinggal..cian dia

tadi kakak cakap ngan aku yang dia pelik kenapa orang suka tanya 'sekolah kat kampung tak rindu umie ker?'.katanya 'mestilah kakak rindu.tak payahla tanya macam tu'..aku jawab 'sabar la kakak.mulut orang bukan boleh tutup.orang pun selalu tanya umie tak rindu ke hantar anak duk jauh.tapi kakak tak payah fikir sangat hal tu.janji kakak tahu apa yang kakak buat dan kakak tahu apa tujuan kakak sekolah kat kampung.jauh mana pun kakak duduk rindu dan kasih sayang umie,ayah dan adik-adik pada kakak hanya Allah yang tahu'.

Comments

Deqna said…
wah dah rasmikan baju baru tu yer..pandai pilih, saiz ok sumer, lawa pun lawa
Anaasuria said…
waah, dasyat gak preparation..baju raya dah siap tuu.. hehe..
Lady Windsor said…
o yeahh sedondon tau..kelaszz...saya pernah berangan nak pakai sedondon tapi sampai kini hajat belum tercapai...hwaaa..

HI, kakak skul kat kampung kah? Laa saya dok ingat dia balik bercuti saja..sorry sebab terlepas follow..

ya kesian dengan kenit...pakai cecantik finally kena hantar ke situ..sian tau! hik..
Yellow said…
kan aku dah cakap.... takde makna nya baju raya beli awal awal ni...!!! hehehehe
Irfa said…
DEQNA..
emm dah tak jadi baju raya dah.akak dan adik size just nice tapi si kakak tu kena cepat2 pakai sebab dia cepat tinggi.takut raya dah senteng.

ANAA..
dah pakai so nampak gaya raya kena beli lain la(harap-harap encik yang suruh pakai tu baca la komen ni..keh keh keh)
Irfa said…
LW..
jiran2 pun pelik nampak kami anak beranak bergambar pepagi :)

kakak mmg skul kat kg mulai tahun ni dan insya Allah sampai darjah 6
(2 tahun la sampai upsr).
Irfa said…
YELLOW..
kan?aku pun tak percaya pada diri sendiri masa beli baju ni..hahaha
Aidah said…
Cantik baju raya tak jadi. Hehe. Rindu mak pada anak mana boleh lawan. Sampai tua pun mak akak masih rindukan akak terutama kalau lebih 2 minggu tak balik jengok dia, siap peluk lama2 lagi. Dua minggu lagi ada cuti panjang, thaipusam dan maulud nabi. Boleh gi jengok dia lagi, kan.
Irfa said…
KAK AIDAH..
tq atas pujian itu ;)
tu la pasal..kadang2 ada soklan camtu saya ignore je.tak paham jugak sendiri mau igt la.mak saya pun kata 'korang je rasa dah besar.tapi dimata ma korang masih macam kecik2 dulu'.tak call seminggu dia dah gelisah.kalau ada rezki insya Allah boleh balik lagi
oren said…
sebak pula membaca perenggan yg last...

masa belajar dulu, pernah la buat keje nakal..tak balik umha masa cuti sem, pegi berhu-ha ke kampung kawan..tak rasa rindu ke, hapa ke..

bila dh jadi ibu nih, Ya Allah..barulah tahu..agaknya, mak akak pun rindukan akak masa tu..cuma yalah, org dulu tak pandai nak zahirkan rasa kasih sayang tuh...
Irfa said…
KAK OREN..
jadi ibu baru tahu,sbb tu bila dengar citer org kurang ajar ngan ibubapa saya cakap dalam hati
'kalau pjg umur korang akan jadi ibu bapa baru korang tahu.harap2 sempat bertaubat sebelum terlambat'
Lady Windsor said…
tak pa ke kakak berpisah lama-lama dengan maknya? ke maknya yang sedey habes habesan?

tapu skul kat kg pun bagus juga...
mummY daniSha said…
kak ,kalau x keberatan nak tanye,nape akak antar anak sekolah kat kg eh?
Irfa said…
LW..
so far belum lagi ada kes dia nanges mintak nak balik.umie je yang nanges dalam diam.huhu.itu skolah saya dulu..nak kata bagus sgt pun tak jugak tapi saya harap dai dapat yang terbaik di situ
Irfa said…
MUMMY DANISHA,,
kenapa?banyak sebabnya..salah satu sebab dia dah besar dan tak selesa duk rumah pengasuh lagi.nak duduk rumah sendirian akak tak benarkan.
risau..kalau ada org intai tiada org dewasa kat umah.boleh di terima tak alasan itu?hehe
mummY daniSha said…
bole..bole...bole...hehhe....better duk ngan nenek dr duk ngan pengasuh kan...=)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')