Skip to main content

Mari Berkebun Pisang dan Bertanam Sayur

morning kawan-kawan.dah bekfes?pagi tadi bangun awal(azam tahun baru nak pastikan anak bekfes kat umah sebelum ke sekolah)..tadi buat milo segelas dan roti celup telur untuk hero.moga impian nak buat sarapan setiap pagi ni terlaksana..setakat ni masih belum fail w,pun sekadar milo dan roti je.esok lusa boleh la buat cekodok pisang kot..ada bersikat pisang tengah tunggu masak tu.okey citer bab pisang,meh cuci mata tengok kebun pisang aku.tanah tak luas mana pun sempat lagi berkebun pisang yer :)

ni kisah 31hbDisember (tahun lepas la kan).. macam dah lama sangat bila sebut tahun lepas..padahal baru 6 hari yang lalu :)

2 batang pokok pisang belakang rumah hampir-hampir nak menyembah bumi kerana tak dapat menampung tandan pisang itu.siap cik abe tongkat dengan cangkul,takde gading tanduk pun berguna juga.maklumlah,pokoknya rendah je..tapi tandan pisang kemain berat.ada 8 sikat semuanya(pisang orang panggil sesikat kan?)

aku cuma tebang 1 pokok je tu ari..bagi2 kat jiran-jiran belakang rumah sebab aku nak balik kampung takut nanti pisang tu masak sapa nak makan banyak-banyak tu.lagipun kata mil itu 'pisang buruk bakul' jenis pisang cepat masak dan kalau simpan lama dah takleh makan..bukan pisang montel yang wangi itu (i like pisang montel) dan kebetulan lepas tebang pisang tu mil dan fil datang (nak jumpa cucu sebelum si kakak balik kampung) so bagi mil 2 sikat.







baru petang semalam aku tebang lagi sepokok tu..so kita tunggu la sebulan dua lagi untuk anak-anak pokok yang lain tu berbuah





dan ni kebun sawi aku..semua tanam dalam pasu.ada 3 pasu untuk pokok sawi yang lain tu pokok kucai dan pokok daun kesum..pokok kunyit dan pokok sambung nyawa (agak-agak nak sambung nyawa lagi 50 tahun boleh la makan daun tu kot.hehe).





yang dah petik bagi mil..banyak kali dah makan hasil pokok sawi ni.boleh la takat nak buh dalam nasi goreng tu

impian aku bila dah pencen nanti nak rumah ada laman luas dan ada tanah belakang rumah untuk aku berkebun bila aku bosan :)..satu lagi edisi berangan tak sudah dr Puan Irfa :P

Comments

Yellow said…
eh aku ni puas cari benih kuchai la... nak sgt ade pokok kuchai kat umah, boleh buat mcm mcm... bukan tak boleh beli, nak gunanya siket, yg lebih, masuk peti. 2 hari, terus terkulai layu.. tak berselera dah nak guna even letak dlm telor dadar... sian aku... meh la sikit anak kuchai tu..


:) ade hati mintak anak kuchai org kan???
Aidah said…
Seronoknya orang bertanah. Akak ni macam duduk atas keluli dan simen tak bertanah pun hanya berlangit je. Tapi nak cuba gak tanam sayur dalam pasu cam tu. Lepas jugak makan sendiri kan.
Irfa said…
YELLOW..
kucai tu ada kisah,pengasuh aku yg bagi dengan pasu2nya sekali..dia tanam tapi tak penah makan..so aku ambik la dan tukar pasu besar sikit.sedap tu letak dalam cucur.
goreng koew teow letak kucai pun sedap gak..ko beli kucai pastu potong bahagian akar dan cuba tanam..mana tahu boleh hidup

KAK AIDAH..
kebetulan ada tanah,boleh la menanam..itupun time ada mood hari2 la siram.kalau takde mood tunggulah hujan yang tolong siramkan :)
Kakzakie Purvit said…
Kalau kakak ada peluang pun nak buat juga. Tapi org kata kalau jenis tangan sejuk boleh menjadi. Kakak nie jangan kata sayur, pokok orkid pun tanam tak mahu berbunga. Puas dibelai dibaja macam tu juga...
Peh! Best gile ade kebun sayur mcm tu. Klu aku ade umah bwh mcm umah ko, aku pun nak kejekan tanah!
Irfa said…
KAK ZAKIE..
oo kalau nak petua tangan sejuk kena rendam tangan dalam ais 7 hari 7 malam :)..dulu suka gak tanam bunga tapi rasanya tak memberi faedah sgt bukan boleh makan pun..minat masing2 kan

FARA..
bestkan?bila berhasil rasa berbaloi berbudi pada tanah.itu namanya sayang tanah..tanam-tanamkan.hehe
Cik Sibuk said…
Syoknya ada tanam sayur sendiri..saya ni kalo tanam pokok mesti mati. ada orang kalo tanam pokok elok je subur..macam cik irfa la..
Unknown said…
ila pun berangan nak ada rumah yang ada tanah luas..boleh cucuk tanam...tapi entahlah kan..hehehe...
Irfa said…
CIK SIBUK..
pokok pisang tu ayah yang tanam,sy cuma tolong jaga je..cuma sayur tu je yg saya tanam :)

ILA..
jom kita sama2 berangan..bukan kena bayar pun..cuba tanam dalam pasu dulu sebelum dapat tanah
[z@ck] said…
byk gila pisang. boleh buat lempeng,cekodok,bubur,cucuq,serawa,kek bla bla bla =P
sesungguhnya cik ina jeles ngan kebun ko tu : ), tiba-tiba je teringat kebun sekangkang kera kat depan rumah cik ina yang terbiar semenjak dua menjak ni .: (
Irfa said…
Z@CK..
tak sempat nak melempeng..abis dimakan gitu je.kenit akak bangun pagi bukak pintu je 'nak pitam'..
pisang di sebut 'pitam'huhu

CIK INA..
kenapa dibiarkan kebun itu gersang?sian dia..jom le kita berkebun :)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')