Friday, January 6, 2012

Sms Itu Buatku Merindu

tq untuk follower yang ke 130 SALAM KENAL UNTUK KAMU..maaf saya tak boleh tinggal komen kat blog awak tapi boleh baca kat gugel readers sahaja..so baca tanpa komen :P

kejap tadi dapat sms dari kakak

'kakak tadi tengok biawak besar atuk pegang tadi tapi dah mati'

mungkin sms yang takde makna bagi orang lain tapi hati aku macam ditusuk ngan sembilu(er..sembilu tu apa?..sejenis pisau ke tombak?)

kerana apa?

aku rasa macam nak terbang balik kampung ambik dia balik sini.aku tahu dia banyak bende nak citer tapi terhad setakat call dan sms sahaja.mesti dia tak puas nak bercakap dan bercerita ngan aku tanpa tengok mata(aku juga begitu..kalau bercakap mesti kena tengok mata.kalau aku tak tengok mata bila bercakap mungkin kerana aku marah @ aku menyampah).

kalau kat sini..ada je bende yang dia nak citer.kejap,kejap 'umie..umie..tadi kan...bla bla bla.pot pet pot pet'..

sungguh aku merindu..dah 4 ari tak nampak muka kakak.hanya wall paper di hp dan di pc pengubat rindu ;(



buat masa ni,inilah wallpaper henpon aku..kakak,miss u so much

18 comments:

gedek! said...

rindu jadi dendam?

Yellow said...

tetiba, aku plak yg sedih..

Lady Windsor said...

rindu, syahdu!

Rai said...

aku ingat ko rindu aku.. hahaha..

MamaEma said...

jgn sedih2...

Aisyah Rafaei said...

irfa....try line ni...xleh nak comment dr hari tu lg..

Aisyah Rafaei said...

irfa...akak try lagi ni nak comment kat blog irfa...sejak hari tu tak boleh..nape ek?

Aidah said...

Alahai Irfa, akak pulak berair mata. Sedih lah. Tapi tak pe nanti cuti CNY pegilah jengok dia.

MamaYatie said...

huk3x..tak leh pisah la ngan anak2..mama yg sasau nnt..

aNIe said...

Irfa...sayunya akak dengar...semoga kakak akan dpt menyesuaikan diri tanpa Irfa di sana... biarlah rindu itu terhimpun...

[z@ck] said...

wah.hot mum ni.maintain muda =)

Papa Mifz said...

harap tgk wallpaper tuh hilang la sikit rindu nyer yer..:)

Original CikTeddy said...

oloh..sweetnya :)

ashrafi said...

Assalamualaikum.

Apabila berjauhan dengan orang yang kita sayangi terutamanya ahli keluarga, kerinduan itu memang sangat dirasakan.

Salam ukhuwwah.

Cik Ina Do Do Cheng said...

muka ko ngan kakak sama ye : ) anak irfa , tak sampai sesaat berpisah pun dah rindu.

lieynanilaz said...

bila kakak nak balik...boleh lepas rindu...

Irfa said...

thks untuk semua yang sudi tinggal komen.Bro Gedek,Yellow,LW,Rai-rindu la jugak..sibuk sungguh sampaikan emel pun dah tak terjawab yer,takpe..aku paham

juga untuk Mamaema.Untuk Yong Aishah-ruang komen saya tu mmg kena approve baru kuar..takpe,akak komen je nanti saya publishkan

Kak Aidah..insya Allah,CNY ni kalau ada bajet nak balik suprise kat dia..tak nak bagitau awal takut dia tertunggu-tunggu

MamaYatie..berpisah dimata tapi dihati sentiasa mengingatinya

KakAnie..so far dia tak komplen bosan mungkin dalam proses nak sesuaikan diri je ambik masa sikit

Z@AK..emm muda la sangat ;)

PAPA MIFZ..dengar suara dan tengok gambar..terubat sikit la rindu ni

Cik Teddy :-) hai

ASHRAFI..
terima kasih sudi singgah sini.
salam kenal juga dri saya

CIK INA..
sama yer?konfem la anak saya.hehe

LIENALINAZ..
kakak mungkin balik sini cuti skolah bulan 3..tapi kami akan balik bila2 masa je jika bajet mengizinkan

Angah said...

sembilu itu adalah buluh.

haih rindu anak tak sama mcm rindu suami kan..