Skip to main content

1001 Cerita

HAMPIR BERKUBUR..
gara-gara terpengaruh tengok blog orang lain lawa..aku ter'gatal klik kat sini..abis caca marba blog kesayangan ku ini kejap tadi..sib baik lah jugak klik sana sini sinun akhirnya blog ini masih bernyawa.syukur :)

4 HARI CUTI YANG PADAT DENGAN AKTIVITI
dah basi pun tapi tetap gak nak tulis sebagai kenang-kenangan apa yang aku buat sepanjang 4 hari cuti Maulidur Rasul dan Cuti Thaipusam yang lepas.(kalau la Kelantan itu cuma 2 jam harus aku balik kampung jenguk kakak). dah jauh tu redha je la.nak balik ngan kapal malas pulak.

SABTU- lepas zohor kami (aku,anak2 dan 2 adik )ke shah alam ada dua pupu kawen kat masjid besar shah alam.majlis akad nikah jam 5.00 petang.kami datang paling awal..wah!teruja buat lawatan dalam masjid.ada macam-macam aktiviti rupanya.bukan setakat masjid untuk solat semata.ada jugak gerai jual jubah dan macam-macam barang kat ruang legar tu.sempat la rembat selai jubah ala arab untuk hero pakai solat.



dalam dewan akad nikah

lepas majlis akad nikah kami dijamu makan kat bawah khemah dalam kawasan masjid jugak.jimat masa dan jimat tenaga..suka pulak aku dengan konsep akad nikah camtu.mungkin juga ni majlis kawen kali ke2 so orang pun tak kisah sangat la kan.kalau kawen kali pertama mesti la nak grand ada pelamin sume.apa2pun aku doakan pasangan pengantin itu bahagia hendaknya hingga ke akhir hayat.seronok sangat dapat jumpa sedara mara yang dah bertahun tak jumpa.oh!makcik aku pun baru jumpa 'keluaran terbaru' aku sikenit Hajar.dah 2 tahun umurnya baru jumpa sedara mara.



posing pesen apa ni dik?

AHAD-jalan-jalan dengan adik ke Jusco Seremban2..cuci mata.xceli Jusco ni tak luas mana..tapi dah itu yang paling dekat ngan umah.pantang cuti atau free je kesana la kami walaupun takde apa sangat.sejuk-sejuk badan kata orang.hehe

petang itu juga aku mula ada tanda-tanda nak 'sakit pinggang'.serba salah dibuatnya.sakit tak nampak macam ni derita hanya ditanggung oleh tuan badan.kalau luka boleh nampak darahnya.sakit ni tak nampak..boleh lagi ke sana ke mari w,pun muka berkerut menahan sakit

ISNIN-
-hari ni tak kemana-mana,melepak sepanjang hari.layan tv je..basuh kain sikit,kemas umah sikit..serba sikit katanya.sambil masak-masak membina lemak.konon tak nak masak nasi so aku cuma buat makaroni cabonara je..licin seperiuk.tapi petangnya adik lelaki balik,so aku masak la nasi untuk dia..dia punya perut melayu tulen :)

SELASA-saja menjamu adik-adik makan kat umah.masak apa yang diorang teringin nak makan.maklumlah mereka kan jauh dari orang tua.hehe.malamnya ke umah adik lelaki yang baru balik dari kampung.saja ke sana sebab nak ambik tempoyak yang ma kirim.aku memang tak penah beli tempoyak kat kedai..setiap bulan ma akan kirim pada adik-adik yang balik kampung.jangan tak tahu 'sambal mentah' pun ma yang kirim.aku tinggal cedok je.haha..sangat bertuah punya anak.

lepas lepak-lepak adik lelaki yang bujang ajak gi karaoke..(sebenarnya ini kali pertama kami adik beradik ke karaoke bersama-sama).aku memula cam taknak pegi sebab ada budak bawah umur.tapi penyudahnya pegi jugak.aku kena gelak ngan adik-adik.memula cam malu-malu nak pegang mic lepas tu mic asik duk kat tangan aku je.sampai kena sound ngan adik 'eh.orang lain pun nak nyanyi gak la'huhu.malu ai.tak lama pun kami kat sana.sejam je sebab siankan anak-anak (budak bawak umur ada 4 orang.anak aku 2 dan anak sedara 2 orang)si kenit la paling bawah umur.hehe.tapi dia sangat best,baring je minum susu sambil dengar umie me'nyumbang'kan lagu.kalaulah mak ayah aku tahu..abis la.apa taknya,5 beradik gi melalak kat karaoke.huhu



10.30 malam baru sampai umah..malam tu tak lena tido sakit pinggang mula mengganas.tak sabar nak tunggu pagi nak ke medical centre kompeni.aku tak nak gi klinik biasa.paling tidak pun di bagi ubat tahan sakit je.abis kesan ubat tu sakit datang balik.tak nak begitu...aku nak sakit ni hilang terus.boleh?

nanti sambung kisah fisio part 1

Comments

KV said…
irfa, nak no henpon pless. Aku tukar simkad, tak done nk copy. Sila lah sms aku yek.;)
Irfa said…
KV..
eh terpublish la.huhu.okey sms onthe way
Irfa said…
MAK WARDAH ..
hehe..terharu.

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')