Friday, February 17, 2012

Bila Dah Mula..Susah Nak Berenti

Apa yang dah mula dan susah dah berhenti?

cer teka..

cer teka..

kalau macam aku ni paling tak suka ngan teka teki.nampak sangat kurang sabar kan?hehe

sapa-sapa dah mula menulis blog bila tak tulis ada rasa kekosongan kalau tak menulis walaupun cuma satu ayat.pernah terniat nak tutup je blog (satu ketika dulu) tapi tak jadi..rasa macam ada sesuatu yang 'kosong' bila tak menulis.

aku perasan ada blogger yang dah lama tak menulis..ingat dah tak nak menulis lagi tapi rupanya buka blog lain dan pakai nama lain..mesti rindu kan?tu pasal buka blog balik cuma mungkin nak cari kawan baru so tukar nama..

sesekali terasa rindu pada kawan2 blog yang aku kenal masa tahun 2006.ramai yang dah tutup atau private blog...

macam aku..kalau dah biasa dengan nama Irfa dan blog Happyirfa ni,kalau tukar nama mesti rasa kekok.kawan-kawan pun mesti dah biasa panggil nama tu :).

agak-agak berapa lama lagi blogspot ni akan bertahan yer?

6 comments:

cheqna said...

cheqna bukak blog 31 ogos 2009
x tahulah sampai bila boleh bertahan

Pok Amai-Amai said...

Hrpnye kekallah...klu tak, aku mls nak berblog lagi. Hahahaha...

luahfikiran ... mari kita said...

Salam,
Seronok dan rasa puas berblogging ni ... Tapi mengambil masa ... satu dua jam dalam sehari sudah tentu ...belum ambilkira lagi blogwalking ! LF sekarang ni sedang fikir2 nak renti blogging ... ada tuntutan tanggungjawb yang lain yang memerlukan lebih banyak tumpuan. Tengok nanti macam mana

Nida said...

baru tadi Nida buka blog lama (radinsah.blogspot.com)... rindu sesangat pada blog lama Nida tu..hehe.


Sekarang ni kami tengah demam drama Melayu online..:)

Luna said...

masih berblog sbb dari blog la kenal ramai kawan2.. :)

Mak Piah said...

blog lama private sebab dah ada yang menghidu itu siapa. And blog skg pun once ada yg bertanya tanya.. rasanya akan bukak lain lagik. Hik. buleh cengitu?

x