Skip to main content

Dulu Sinetron,Kini Drama Korea

boleh gitu?tetiba beralih arah..sangat tak tetap pendirian.tapi bukan salah aku.dah lama aku bagi peluang dengan sinetron ni.balik-balik itu jugak jalan citer.kalau tak hilang anak..tertukar anak..bosan la..sama la ngan citer Filipina tu.ek eleh..dulu tak sedar diri sanggup pecut laju-laju balik keje takut ketinggalan.last sinetron yang aku layan ialah Nada Cinta tu semakin hari makin mengarut.tetiba je watak baru muncul,lepas satu..satu watak baru muncul.bila tahun nak abes ni...dah tukar cenel terus.

so sebelum mulut mula membebel,aku beralih dari channel 104 Astro Ria ke channel 393One.(ni gara-gara tukar dekoder beyond la ni..ada kisah jugak tukar dekoder ni..nanti la aku citer kalau ingat).sekarang ni pantang masa terluang (alasan sekarang sakit pinggang lagi la banyak rehat je).remote kat tangan aku je sampai hero komplen 'umie tengok citer apa ni?asik-asik citer cina je..dia mana tahu beza citer cina ke citer korea.nampak muka putih dan mata sepet je terus cop 'citer cina'alahai abang.sori tak dapat tengok citer katun ;P

okey.ni la citer yang aku tengah layan sekarang (gambar ambik kat SINI).satu je masalah aku ni..selalu lupa waktu siaran.huhu.kena buat reminder nampak gaya ni.ai,bersungguh nampak.



sila tekan channel 393 di Astro



Yes Captain..kisah suka duka pilot dan anak-anak kapal.rasa macam dekat dengan kehidupan aku walaupun aku buka keje macam diorang.hehe.siap boleh cakap kat hero 'dah besar nanti abang jadi pilot yer?nanti boleh la abang bawak kapal terbang.umie dan ayah duk belakang' tapi korang tahu apa dia jawab 'abang tak nak bawak kapal terbang.abang tak pandai bawak.abang bawak keta api je boleh tak?'.ish dia ni kan.kalau kita suruh ada je alasan..(sbb tu kena komplen ngan cikgu).



Lie To Me..citer ni tak jelas sangat sebab baru tengok sekali.tapi kisah tentang seorang gadis yang menipu tentang perkahwinan.nanti la aku citer kalau dah tahu apa kisah sebenarnya.



oh yang ni paling aku suka..suara sapa la yang diguna untuk alih bahasa tu?gelak je aku dengan ayat-ayat pedasnya.kisah sebuah keluarga.ibu yang ditinggal oleh suami berbelas tahun lamanya tapi akhirnya si suami kembali ke pangkuannya dalam keadaan lumpuh.tapi ibu itu bukan saja terima suaminya sahaja..pompuan simpanan suami pun duk sama dlm satu rumah.setakat ni madunya itu pandai bawak diri.dan juga kisah anak-anaknya yang juga mengadapi masalah dalam rumahtangga..suka duka dan gelak tawa mereka.dalam tangis ada tawa gitu kekdahnya :)



yang ni kisah seorang gadis dari keluarga kaya yang tiba-tiba jatuh muflis bila ibunya (usahawan berjaya) masuk penjara kerana fitnah oleh rakan baik dan suami sendiri.baru 2 kali tengok sudah jatuh cinta dengan cerita ni.

cuma satu yang aku pelik dengan pelakon citer korea ni.lelaki dan pompuan muka lebih kurang sama je,gigi pulak tersusun macam gigi palsu :).dulu penah baca artikel..kat korea ramai remaja menjalani pembedahan kosmetik.aku rasa mungkin ada benarnya.kalau bedah kasi lagi cantik oklah kot..tapi takut nanti lagi buruk dari sedia ada lagi mendatang masalah.

tapi apa-apapun aku suka tengok muka diorang..sweet je ;)tapi jangan tanya hero dan heroin yang mana aku minat sebab sorang pun aku belum hapal nama diorang.kata baru berkenalan kan?hahaha

Comments

cheqna said…
cheqna memang tak layan sinetron
kalukorea memang esh layan =)
♥cikmOt♥ said…
jeles...kat umah takde beyond lagi...kalu idak memang channel 393 jelah dok pasang hari2...hehehe
Rumah Kuning said…
dlm rumah ni ada sorang minat nada cinta. tak lain tak bukan si budak sekolah tahun 4 tu.hehehe entah ape2 citer tu.
Acik Erna said…
dik dah hampir 2 tahun akak melekat ngan 393 ni..sampai dulu emi cakap..mak tak payah ambik canel lain..rugi je bayar..he he.
kebanayakan kan cerita dah ulangan..cuma ye captain je baru tengok.
Irfa said…
CHEQNA..
saya jarang bukak channel KBSW/One ni sbb tu tak tahu..namanya kat umah ada astro tapi tak suka tukar2 channel..
setia konon :)

CIKMOT..
saya terpaksa tuar sbb dekoder dan remote kontrol rosak..so budak astro tu kata tukar dekoder percuma je tapi kena caj dalam bil rm20 sebulan selama 12bulan.percuma kebenda..macam kita bayar jugak la..balik2 kitaaaaaaaa jugak yg kena
Irfa said…
RUMAH KUNING..
masa si kakak kat umah pun dia peminat si nada dan ricky tu dan saya suka sakat dia kata Rasti lagi lawa..haha.now dia kat kg cuma ada tv1.tv2 dan tv3 je..

KAK ERNA..
bagus tu..so takde peluang org lain nak tukar channel :)
Kayna said…
pukul berapa? hari apa...

kayna pun tak suka citer indon / philippine.. sama je jalannya. tapi ketika cinta bertasbih.. layannnnn.. hehehe... yang keagamaan tuu.. bestlah. yang lain hampeh.
MOKCIK AZWA said…
Mokcik memang tak layan sinetron yang merapu2 nie.. sesekali tertengok citer korea.. lagi best tengok skrin di 9 atau cerekarama hehehe
Waqheh said…
perhhh layan korea tahap gaban ni..hahaaa gua penah layan dulu 1 citer jer.. sad sonata..itupun sebab awek gua soh layan..gua enteten jer..sejak layan tak boleh tinggal plk episod..
Zareda Norman said…
Akak dah try cuba test tengok.. Tapi tetap x boleh masuk citer korea.. Hhhuu
dee said…
aku sanggup tak tdo malam tgk cite korea cousin aku download kat internet. serious hensem2 ko hero dia. tapi muka budak2 lah kan.. tak sesuai ngan akak..hahahahaha
Dinas Aldi said…
Akak dah lama tak tengok tv, estro pun takdak, tapi macam best ja cerita2 yg Irfa tulis tu :)
Unknown said…
tak pernah layan citer korea lagi...tak berminat la...huhu
Unknown said…
sinopsisi first wives club tu macam tak betul je..perempuan simpanan suami dia tak dok sekali.dia dok lain sebab ada kedai makan..
rasanya yang dok sekali ialah perempuan simpanan anak lelaki dia.

saya pun penggiler drama korea jugak..kalau ada peluang tengok tv memang bukak 393 je.dah 2 tahun setia dengan 393 ni..
drama indon dari dulu tak boleh masuk.heheh
mummY daniSha said…
sinetron memang merapu tp sy dok tgk jugak heheee...tp sambil tgk sambil membebel2..."eeeee tah ape2 cite indon ni hehee"
Asmara said…
iyer muka plastik je byk. saya pernah buat sedikit artikel tentang pembedahan plastik di korea. ;D
Aidah said…
Akak dari dulu suka tengok drama cina Hongkong TVB tu. Tapi takkan nak langgan astro on demand lak kan. Jadi akak beli box set je selalunya. Tapi bila dah beli bersawang pulak jadinya sebab asik bertangguh nak menengoknya.
Papa-NtiQ said…
Anak2 saya suka sesangat nengok citer korea kat ONE HD...tambah bila ada K-Pop tuh...
Irfa said…
KAYNA..
Haha..susah nak jawab tu sbb asal bukak tv je tekan 393.ulangan pun ulangan la.sbb tak tahu citer tu main kul bape.
Yg saya tahu The First Wives Club tu isnin-jumaat jam 7.50ptg
Yes Captain jam malam jugak (lupa time) isnin dan selasa je
Ketika Cinta Bertasbih tu channel berbayar kan?so sy tak tengok la ;(

KAK AZWA..
Banyak sangat channel sampai lupa dah kat channel berapa.tapi skrg setia kat 393 ;)

WAGHEH..
Kalau dah layan sekali mesti tersangkut punya lah.susah nak buat bende lain nanti

KAK ZAR..
Oh takpe..janji kita masih citarasa sama dalam berblog :)

DEE-DEE..
Wah lagi hebat siap download lagi.satu citer bape hari boleh abis ni?
Kita dah tua ker?rasanya belum lagi kot.hehe

DINAS ALDI..
Terpengaruh ker?apalagi tunggu jomlah join de club ;)

PAPA MIFZ..
Dah layan nanti mesti terminat :)

DIANA..
Saya tak silap..mmg bini muda dah duk sekali last week lagi.
Bini tua gi jemput kat kedai siap tolong punggah barang lagi.dia kesian kat pompuan tu sbb tido kat kedai.
tp sekarang asik bertekak sebab laki dia yg tak padan ngan sakit tu nak suh bini muda tido sebelah tpi bini tua tak bagi..
diorang tido bertiga..bini tua duk tengah2..hahaha..kelakar sangat
yang di anak lelaki pun duk gila talak sekarang ni.pompuan simpanan dia pun tak nak mengalah.


MUMMY DANISHA..
Tu la pasal..dalam merapu2 pun layan gak tapi mulut sama naik.pot pet pot pet je ;)
Irfa said…
ASMARA..
Tu la pasal..sy penah terbaca pasal artikel pembedahan plastik di Korea ni.
Katanya muka tak lawa susah nak dapat keje.sian kan?sib baik la kita duk kat Malaysia
Sambil layan citer sambil belek muka diorang ;) tang gigi tu mmg sama je..tersusun mcm gigi palsu

KAK AIDAH..
Mahal ker?kalau murah boleh la beli jugak..penat la tunggu episod2 ni

PAPA-NtiQ..
Saya layan drama je..kpop takleh masuk la..dah tak sejiwa ;)
Hanis Azla said…
lama betul kaka tak tgk sinertron.. sbb berjela2 lah juga.. citer korea lagi lama tak layan.. dah bertahun2 dah rasanya.. tp baca entry irfa ni mcm terbuka hati pulak nak tgk semula citer korea...
Aidah said…
Selalunya dalam Rm39 sekotak atau lebih utk yang byk episod tu. Kat Speedy video banyak jual, Irfa.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')