Skip to main content

Edisi Sharing Is Caring: Guide to A Better Life

Guide to A Better Life

Seorang pesakit kanser pankreas yang meninggal pada tahun 2008 telah menulis sebuah buku yang bertajuk “The Last Lecture” di mana buku ni adalah antara bestsellers pada tahun 2007.Salah satu legasi yang hebat yang ditinggalkan.Dalam surat beliau kepada isteri nya dan anak-anaknya , beliau telah menulis ‘Guide to A Better Life’ untuk menjadi panduan kepada mereka.Diubahsuai dari bahasa inggeris dan dikongsikan melalui forwarded email.

Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita

Personaliti

1. Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.
2. Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini
3. Jangan berlebihan, tetapkan had
4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius
5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’
6. Bermimpilah ketika anda berjaga
7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan
8. Lupakan kisah yang lama. Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang
9. Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa
10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini
11. Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri
12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat
13. Lebihkan senyum dan ketawa
14. Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju

Komuniti

15. Kerap menelefon ahli keluarga
16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain
17. Maafkan semua orang untuk segala galanya
18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun
19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari
20. Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda
21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka

Kehidupan

22. Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan
23. Allah akan mengubati segala galanya
24. Buat perkara yang betul
25. Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah
26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia
27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba
28. Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan
29. Bila anda terjaga di pagi hari,berterima kasihlah kepada Allah
30. Kalau anda dekat dengan Allah,anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah

Sambil sambil anda mempraktikkan semua perkara di atas,kongsikan pengetahuan ini dengan orang-orang yang anda sayang, orang-orang yang anda pernah bersekolah bersama, orang-orang yang anda luangkan masa bersama,orang-orang yang anda bekerja bersama dan orang-orang yang tinggal bersama anda.Ianya bukan sahaja dapat memperbaiki kehidupan anda, juga orang-orang di sekeliling anda.


P/S: artikel ini adalah peringatan untuk diri aku sendiri dan aku kongsikan supaya dapat manfaat bersama untuk kita semua, mudah-mudahan

-----------------------------------------------------------------
EMM..sesuai sangat dengan situasi aku pagi ni.memandangkan pagi ini aku telah melihat RM berterbangan..bukan sikit duit tapi RM1300 tu.bagi yang 'berada' apa sangatlah nilai duit sebanyak itu..tapi bagi yang 'kurang ada'..banyak benda boleh setel dengan jumlah itu.apapun,bersyukurlah seadanya

so...jangan stress :P..hadapi hari anda dengan senyuman

Comments

Kakzakie Purvit said…
Bila membaca N3 macam ini mulalah diri terasa di motivated tapi bila dah concentrate satu-satu benda lupa dah nak senyum pun macam susah...
Irfa said…
KAK ZAKIE..
mee too :(
tapi itu lah namanya motivasi..
sesekali kena jugak baca emel sebegini
Lady Windsor said…
like entry ini...thanks Irfa...banyak sangat yang bertepatan dengan apa yg dihadapi kini..
cheqna said…
thanks =)
pepun hadapai dengan senyuman =)
dan kena always think positif la =)
Irfa said…
LW..
kata pakar..setiap hari kita akan menghadapi sesuatu perkara yg berlainan.maksudnya..semua perkara akan berlalu seiring dengan masa.cth:mgkin kita rasa hari2 yg kita lalui adalah benda yg sama.dtg keje pun jumpa kawan yg sama tapi igt,mesti ada yg berbeza.kawan kita tu semalam pakai tudung plain..ari ni pakai tudung ropol2..lusa mungkin pakai tduung bunga2.sama juga bila kita di jalan raya.kereta yg satu jalan ngan kita adalah kereta yg berbeza dan org yg berbeza ;)
Unknown said…
Salam,
Bagus tips ini
*SiRibenMerah said…
thanks for sharing... info sgt membantu diri ini... :)
Mak Wardah said…
Irfa, Hidup kena positif
Irfa said…
UNCLE LF..
sama2 :) share emel je

SIRIBEN MERAH..
kdg2 ada hari kita down dan memerlukan sedikit suntikan motivasi

MAK WARDAH..
;)
Rinah said…
terkesan baca entry nie! serius terkesan...

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')