Skip to main content

Fisio Day 2 (10/02/2012)

JUST FOR RECORD..

JAM 12.00 tgh hari tadi baru balik dari fisio.sesi mula jam 10.20 sampai 11.30 pagi.saja pegi sesi pagi.tak berani ambik risiko macam semalam..pegi petang konon lepas fisio nak terus balik rumah..tup-tup fisio tutup awal ada hal kecemasan.so ari ni pegi jam 10.00 pagi..nasib aku baik ada satu katil kosong(dalam tu ada 4 katil)kalau semua katil penuh kenalah menunggu sikit.tu pun siap bawak novel konon kalau menunggu boleh baca sambil buang masa.hehe

hari ni tak macam hari pertama..hari pertama letak pack ais.tapi hari ni letak pack pasir panas.sambil borak-borak dengan sorang adik trainee,namanya Anis.comel je muka macam budak-budak..siap suh aku teka umur dia berapa.nampak macam umur 19 tahun rupanya dah 22 tahun.tapi next week dia dah takde kat situ lagi sebab diorang ni selalu kena tukar-tukar.3 bulan je kat sini dan bulan 6 nanti dia dah abis belajar.dia kata 'best la borak ngan akak'.apa yang bestnya dik oi,akak harap ko berjaya dalam pelajaran dan menjadi ahli fisioterapi yang disukai ramai.eh!bukan senang nak jadi fisio yang di sukai ramai ni :)memula aku jumpa dia macam segan dan kurang keyakinan.yelah sebelum ni ngan orang lain..itulah namanya tak kenal maka tak cinta.tapi baru ke nak beramah mesra dah kena tukar.takpelah..

hari ni tambah power elektrik kasi tinggi sikit.harap-harap cepatlah baik.ops!aku juga di offer beli bengkung untuk support bahagian pinggang..dengan harga lebih murah dari biasa.katanya aku kena cukupkan fisio sebanyak 6 sesi dan beli bengkung dengan harga rm60.aku tak pasti la pulak murah ke mahal sebab katanya kat luar reganya rm100 ++.harap-harap takde la aku kena kelentong.

aku dah try bengkung tu..macam selesa.pasni aku akan duduk menegak cam robot la.kata staff tu bengkung ni handmade.dijahit sendiri oleh klinik diorang.aku dengar jela.lagipun rm60 je bukan rm600.kalau rm600 aku pikir lagi 60kali sebelum beli.hehe

abis fisio singgah kafe..masih awal so menu lunch belum banyak pilihan tapi ayam masak kurma menggodaku..terlupa sekejap janji ngan sorang 'kawan blogger-nenek kebaya' konon mulai 01feb nak kontrol dari makan nasi..hehe.sori beb.tapi makan nasi berlauk ayam masak kurma tanpa sambal belacan dan kicap tak umph..tapi dalam tak umph tu pun sedar tak sedar sepinggan nasi licin :P

Comments

Kakcik Seroja said…
Sebelum buat pembedahan dulu, kakcik pernah juga menjalani fisioterapi macam tu. Tapi akhirnya kena bedah dan masuk skru juga. Alhamdulillah, selepas hampir dua tahun rasanya kakcik tiada masalah sukar berjalan, duduk dan bangun lagi.
Irfa said…
KAKCIK..
saya tak boleh komen kat blog..
baca kat gugel reader je..

masuk skru?ada jugak sorang senior yang masuk skru ni..nampak dr luaran dia okey je.sy harap tak la sampai kena masuk skru..ngeri pulak bila dibayangkan.hehe,syukur la kalau kak cik dah ok skrg

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')