Skip to main content

Fisio Day 3 (13/02/2012)

JUST FOR RECORD..
kali ke 3 Fisio..

sampai medical centre tepat jam 4.10 petang (13/02/2012) ramai pulak yang tengah fisio.aku dapat katil tapi mesin fisio tengah guna,so lama la pek pasir panas tu duk atas pinggang aku sementara tunggu mesin tu abis diguna.

hari ni juga orang lain yang buat fisio sebab adik Anis yang comel minggu lepas dah takde.adik fisio baru ni lupa nak tanya nama ;).tak banyak cakap budaknya..tapi buat keje sedikit kelam kabut.naik bulu roma aku bila dia macam kelam kabut nak sambung wayar untuk letak kat badan aku.ish budak ni biar betul..sib baikla adik fisio yang senior tu tolong.yelah orang baru..siap aku sound 'dik.risau akak ni.dah rasa macam bahan eksperimen lak duk atas katil ni'.



macam ni la alat yang digunakan semasa sesi fisio itu(gambar culik dari gugel)

lepas sesi urutan dengan mesin,adik fisio yang senior tu buat urutan guna tangan kat pinggang aku.sapu minyak panas.fuh..lega yang amat.rasa macam taknak balik je.hehe.lepas sesi urut tu sikit sesi dialog antara aku dan adik fisio senior.

Dia Tanya:kat umah pepagi bangun tido tu buat tak senaman yang saya ajar tu?

Aku Jawab:ada buat,sekarang ni akak bangun awal sikit dari biasa sebab nak buat senaman ni

Dia Kata Lagi:bagus.bukan lama pun masa nak buat senaman ni.dapat 5 minit setiap pagi pun dah okey.so takdelah urat-urat akak tu terkejut,bangun tido je terus kena buat keje berat.

Aku Menjawab:yo lah

abis sesi dah jam 5.20..terus balik umah.

Comments

tak baca entry lama, cuma cik ina harap ko cepat sembuh ye. kat opis sekarang ni banyak keja, tak dapat nak berBW sangat.
Irfa said…
CIK INA..
tak baca pun takpe..blog ni diary ke2 saya.tulis kat sini supaya senang nak rujuk :)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')