Skip to main content

Fisio Day 4 (14/02/2012)

JUST FOR RECORD..

petang semalam aku sampai medical centre tepat jam 4.00 petang.bilik fisio kosong takde pesakit..adik-adik fisio duk borak sebab takde pelanggan :).aku ambik katil tepi cermin.katil ni tak penah aku try lagi..

sesi fisio bermula macam biasa.letak pek pasir panas..urutan pakai gel dan last sekali urutan pakai mesin.aku meniarap sambil baca majalah.kelas kan?macam gi spa je rasa.tapi for info orang yang ada sakit belakang atau pinggang sila elakkan dari tido meniarap.pantang besar tu kata adik fisio.meniarap cuma boleh masa buat fisio je.

borak-borak ngan adik fisio yang assist aku (lupa la nak tanya apa nama dia).aku tanya la macam mana nak ambik course macam diorang belajar ni.kat mana?bape harga?dia jawab semua soalan temuramah tak rasmi aku tu panjang lebar.aku cakap la yang aku ada adik tengah tunggu result spm.tak tahu lagi nak suh adik sambung belajar course apa (eh!aku tak pulak tanya adik minat tak bidang ni.saja la tanya).

katanya kalau nak ambik bidang fisioterapi ni boleh ambil contoh kat kolej swasta atau online dengan KKM melalui spa8.macam dia ambik course ni kat MasterSkill.dia kata ramai kawan dia ambik kat Mahsa..survey la dulu (sebenarnya dia ada puji salah satu dari 2 nama IPTS tu tapi aku malas la nak promote).boleh tahan gak bayarannya..cecah RM70K.

aku mula membayangkan adik-adik yang belum lagi abis belajar tapi dah ada hutang belajar sampai puluh-puluh ribu.kalau lepas belajar terus kawen dan dapat lak laki tak bagi keje (kalau tak bagi keje tapi laki kaya dan tolong bayar loan tu takpe gak) tapi kalau sebaliknya..sungguh kesian.

tengoklah nanti..kalau adik aku berminat boleh la apply.kalau boleh nak suh belajar course yang senang nak dapat keje.

5.15 dah siap..terus balik umah

Comments

Kakzakie Purvit said…
Punca kena sakit pinggang tu macamana sampai kakak rasa dah kian serious dah... Nak kata dah tua masih muda bebenar... ujian Allahlah ye...
muslimah rempit said…
Boleh Kak So tanya,
Macamana nak buat fasio ni... kena daftar kemana2 ker? tempatnya ada kat mana2 ker? bayaran camner?

ehh kalo dah pernah buat entri pertanyaan ni boleh bagi link pada Kak So tak?

Terima kasih *kenyit mata cikit* hehehehe
lieynanilaz said…
irfa...fisio ni kena buat appoinment ke...rege mahai dak??
Irfa said…
KAK ZAKIE..
saya pun tak tahu nak citer apa punca sebenarnya.kata doktor sakit ni berpunca dr banyak sebab.

-penah jatuh
-angkat bebanan berat
-cara duduk dan berjalan tak betul(selalunya duduk gaya malas..
bersandar guna belakang).

semua yg di atas tu mgkin salah satunya atau semua sekali nya ada pada saya ;)cuma bab jatuh tu kecik2 jatuh pokok biasa la..jatuh moto pun penah jugak

dah berumur ni baru nampak kesannya
Irfa said…
KAK SO..
sy pun tak pasti pulak kat mana ada servis fisio ni.dulu masa anak saya jatuh kami penah ke kpj.doktor pakar tulang tu rujuk pada bhgn fisioterapi,dr situ kita akan berjumpa dgn staff fisio.temujanji kena buat sebelum datang sbb takut nanti org ramai dan kena mmunggu lama kalau main terjah je.

bayaran kat hospital saya tak pasti sbb ini disediakan oleh syarikat tpt sy keje.cuma sy intai bil nya satu sesi rm40.kalau spital mgkin lagi mahal la kot

tu je info yg saya tahu..harap2 membantu
Irfa said…
LIENANILAZ..
cer baca komen kat atas..rasanya soklan ko ni dah terjawab ;)bab rega mungkin berbeza kot
muslimah rempit said…
o o o terima kasih atas info yang diberi....
Irfa said…
Kak So..
sama2 ;)
Unknown said…
Salam,
Bagus buat fisio selalu .. ada perubahan ke ?
Irfa said…
UNCLE ..
alhamdulillah..dah banyak kurang dr masa mula-mula tu.tapi sesekali kalau lama duduk dtang la sakit tu.
so bila rasa sakit..cepat2 buat jalan-jalan ;)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')