Monday, February 20, 2012

Gerak Hati Seorang Isteri @ Seorang Ibu

bila ada masa lapang yang banyak aku suka singgah satu blog ni.selalunya baca je tak tinggal komen pun.nak tahu siapa dia?tak nak pun aku tetap jugak nak citer kan..hehe

beliau adalah *Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie yang Berpengalaman mengendalikan kes-kes rumahtangga sejak 1998 iaitu Puan Suzana Ghazali.terbaru beliau menulis KUASA GERAK HATI.orang selalu kata 'itu hanya mainan perasaan'.tapi percayalah..sedikit sebanyak bila bergelar isteri@ibu perasaan itu datang tanpa di undang.betul tak?sama la dengan ibu kita..sedikit sebanyak w,pun kita tak bagitau kisah sebenar tapi hati ibu itu boleh agak ada sesuatu yang tak kena.hebat kan?

bila aku sangat susah hati tentang satu-satu perkara,ia akan membawa ke dalam mimpi.penah satu kali tu aku mimpi mak aku..dalam mimpi tu aku cerita semua masalah aku kat mak.sedangkan di alam realiti aku tak penah citer apa-apa kat mak aku.nak kebetulan esoknya..mak aku call tanya 'saja je telefon.tak sedap hati.semua sihat ker?'.mak aku takkan tanya 'ada masalah atau tak?'sebab tahu aku takkan citer apa-apa kat mak.niat aku satu je 'aku taknak mak ayah susah hati pasal aku'.selagi aku boleh handle..insyaAllah aku cuba selesaikan sendiri.

hero ku sorang itu kadang-kadang dia bercerita tentang 'kawan abang'.dan penah dia terperangkap dengan kisah 'kawan abang'.sebenarnya bukan kawan je yang buat perkara tu..dia pun sama.bila aku cakap 'kawan abang tu citer kat mak dia,abang pun buat jugak kan?'boleh dia tanya balik 'sapa citer kat umie abang buat?'..aku jawab 'ni umie la..umie ni ibu yang beranakkan abang,umie tahu sebab Allah bagitau umie'hehe.

korang nampak tak?dia citer pasal orang padahal dia pun sama.itu namanya HATI IBU.dia boleh rasa kalau ada sesuatu yang tak kena.hati seorang isteri jugak begitu.

korang pernah tak alami perkara macam ni?

16 comments:

luahfikiran ... mari kita said...

Salam,
Seharusnya hati ayah juga "merasa" macam hati ibu

oren said...

pernah..dan byk kali..

cuma mmg betul tau..mungkin kita as mom and isteri nih, Allah beri deria ke6 nih..esp bila suami ada buat benda2 yg bukan2 dibelakang isteri..

last week, akak mcm teringat2 jek kat mak..pdhal minggu sebelum tu dh balik jengok..rupanya, mak akak ada kat sini2 jek, dia saja balik tgk umah dia..mmg ada chemistry kut..

Irfa said...

Uncle LF..
hehe..maaf,saya menulis sbg ibu dan isteri je ;)

Cik Ina Do Do Cheng said...

kadang-kadang akak percaya gerak hati sendiri.70% kadang -kadang betul, lebih lagi mengenai anak kita : )

Anaa said...

haha, memang betul.. anak tak leh nak tipu ibu, mesti dia dapat tangkap.. bukan setakat anak, suami pun tak leh nak goreng isteri tau.. kekeke.. ni namanya 6th sense.. hihi..

NenetPenne (NP) said...

i tak penah rasa hati seorang ibu tapi i penah rasa hati seorang isteri...

Pok Amai-Amai said...

Uncle LF,

Tuhlah, pttnye lelaki ade perasaan sensitif mcm ibu2 kan?

Beb...tak sia2 pompuan dilahirkan jadik org yg komplikated. At least, pndi berfikir dan ada naluri yg kuat! Heheheh...

lieynanilaz said...

ibu diakui mempunyai gerak hati yg kuat...

fieda said...

btul tu..mmg ibu mempunyai gerak hati yg kuat..jgn main2..

Mak Wardah said...

Irfa, sangat benar. Naluri ibu...gerak hati ibu Allah jadikan tidak mampu ditipu oleh anak yang dikandung dan dilahirkannya. Itulah kelebihan insan bergelar IBU. Uniknya wanita yang dipanggil ummi, ibu, emak, mom, mummy @ mama. Itu digelar gerak hati.

Nieda said...

Detik hati datang lebih awal dari peristiwa yg akan berlaku samada sedih atau gembira.
Selalu dah alami.

Papa Mifz said...

naluri seorang ibu mmg kuat kan...:)

kakcik said...

Bangcik dan adik@bs, selalu tanya kakcik 'macamana mak tahu?' dan dengan selamba kakcik akan jawab (mereka pun dah tahu jawapan kakcik itu) 'aku kan makkkkkk'... hehehe...

bangsawan nilai said...

pernah dpt gerak hati tgh driving tak pakai seat belt...tup tup dpn ada road block....lega

Aidah said...

Ikatan yang kuat antara ibu dan anak tu yang buat jadi camtu, Irfa. Dulu masa anak akak baby lagi, bila akak stress siangnya, malam tu mesti baby meragam tak boleh tidur. Sekarang ni, kalau ada sesuatu jadi kat sekolah pada anak, akak kat rumah akan terasa macam ada sesuatu tak kena. Selalu jadi, Irfa. Akak percaya perasaan tu sangat unik untuk seorang ibu yang datangnya dari Allah jua. Subhanallah.

PidaSanglang said...

salam irfa....mmg benar kuasa gerak hati adalah 6th sense dariNYA buat sang ibu dan isteri.....gerak hati membuatkan anak2 terselamat drp kesakitan, kepayahan jugak gerak hati sang isteri membuatkan ruamhtangga selamat dan suami dijauhi dari dosa.....loike artike ni