Wednesday, February 15, 2012

Kakak Anggun

itu hari aku baca BLOG NI..sebab tulis dalam BI so lambat sikit la nak khatam ;) apapun sangat menarik untuk dibaca dan dikongsi.free boleh la ke sana.

opss..entri hari ni tentang seseorang.nama adalah Rahsia(sebenarnya aku pun tak tahu nama dia)

Aku akan jumpa dia kadang2 kat surau
Kadang-kadang masa beli makan kat kafe
Dia akan senyum dan aku balas senyuman itu

Aku suka tengok cara dia berpakaian
Suka tengok baju dia..tudung dia..kasut dia
Suka tengok mekap dia yang simple tapi manis
Umur dia mungkin pertengahan 40an
tapi dia masih cantik

Kakak tu Anggun,Manis dan Sejuk mata memandang
Anggun bagi aku bukan kerana mekap tebal atau baju labuci penuh
atau juga handbag yang mahal dan kasut berjenama
kakak tu biasa-biasa je

Siapa Dia?
Dia adalah KAKAK ANGGUN.. (dia tak tahu pun aku gelar dia camtu)
Aku tak tahu apa nama dia



ni Anggun gak namanya tapi bukan Anggun ini yang aku maksudkan.(gambar sekadar hiasan gitu)


Agak-agak la kalau panjang umur aku
Di usia 40an nanti camner le rupa aku?
Adakah anggun seperti kakak itu?

hehe

dari saya,
peminat Kakak Anggun

7 comments:

Leney said...

Kelakar pulak baca entry ni. Saya pun ada admire sorang kakak aka jiran saya ni. First time berbual, saya tak tahu nak address dia apa, sebab saya tak tahu umur dia. Ingat baya2 saya. Saya panggil dia awak je. Sekali dia bahasakan diri dia akak. Umur pun 44/45 gitulah. Tapi nampak muda sangat. 10 years younger. Makeupnya simple, bak kata irfa, anggun. Anak saya cerita, jiran2 akak tu cakap dia rajin jogging pagi2, tu pasal awet muda. :).

Irfa said...

LENEY..
hehe..samalah kita.kalau yg macam x boleh agak umur tu panggil awak je kecuali dia sendiri yang bgtau 'kita bukan sebaya.panggil akak je'.nampak gaya kena rajin jogging la baru nampak awet muda :)

NenetPenne (NP) said...

kalau u tengok i pun u tak percaya i umur dah 40++... ha ha ha...
tapi i tak adalah anggun...

Irfa said...

NET..
hehe..silap2 sy pulak yang nampak lagi tua bia jumpa net.huhu

Rumah Kuning said...

kalau kurus, mesti nampak muda kan? hehehe

Zareda Norman said...

Hehehe nak jadi kakak anggun gak nanti.. Tahun last tiga series.. Tahun depan dh masuk empat series tapi sekrang pun rasanya anggun gak.. Hahahaha

Irfa said...

RUMAH KUNING..
selalunya gitu lah.tapi saya nak kurus yang sihat..taknak kurus keding macam rangka bergerak ;)

KAK ZAR..
for me,kak zar dah cukup anggun :)
tahun ni last 3 series.eh,bukan kita sebaya ke?hehe..(suka la tu nampak muda)