Monday, February 13, 2012

Makan Sedap Di Rumah Kenduri

Sabtu lepas dapat undangan dari Kak Erna,anak sedaranya kawen.kebetulan adik-adik aku sudi meneman dan bawak aku ke sana so aku apalagi..kecik tapak tangan stadium bukit jalil aku tadahkan.Cik Abe keje..so tak dapat lah join sama.

jam 11.00 pagi adik pompuan ambik aku kat umah dan kami pecut ke Senawang ambik adik lelaki yang lebih arif jalan untuk ke majlis.(aku ni bab baca peta memang fail la).kami selamat tiba ke majlis jam 12.15..boleh tahan jugak jauhnya dari rumah aku.tapi seronok bila nampak muka kak Erna yang menyambut kedatangan kami dengan senyum manisnya.

makan-makan yang sangat best..yang aku ingat ialah gulai lemak daging salai dan ayam bakar percik tu..eh juga cendol yang sedap dan sejuk sesuai untuk hari yang panas terik.lepas makan kebetulan pengantin sampai..di arak dengan pengusung.tapi sayang tak sempat ambik gambar masa tengah usung tu..gambar yang ada pun pengantin dah turun dari pengusung.

yang best ada tarian piring.pertama kali tengok tarian piring depan mata.selalu penah tengok dalam tv je.

okey..layan gambar :)



pengantin dah turun dari pengusung.orang panggil apa pengusung ni yer?aku rasa ada nama khas untuk pengusung ni kan?sapa tau..



selamat bersanding atas pelamin..selamat pengantin baru buat pasangan pengantin.moga bahagia hingga akhir hayat.amin



tarian piring..aku memula rasa pelik kenapa penari tu saja ketuk-ketuk piring rapat-rapat kat muka pengantin..aku agak la dia saja mengusik nak bagi pengantin gelak kot.tapi muka pengantin lelaki serius je,tahan gelak ye bang?



suara pakcik ni boleh tahan sedapnya..walaupun aku tak paham sangat lagu apa yang pakcik ni nyanyi..tapi muka pakcik ceria sungguh,meriah majlis dengan suara dia





okey..penyudah ambik gambar dengan tukang menjemput.sebelum mengundurkan diri kami terserempak dengan Bro Zino tapi tak sempat beramah mesra sebab dah nak balik dan diorang baru je sampai..sempat salam ngan mem je ;)

apa-apapun..sampai sekarang masih teringat kat gulai lemak daging salai yang letak pisang tu :) dan juga cendolnya.

NOTE:
terima kasih pada Bangsawan Nilai yang tolong bagitau pengusung itu di panggil Tandu.(aku dah agak namanya tandu tapi tak yakin nak tulis tu pasal letak nama pengusung):P

6 comments:

lieynanilaz said...

irfa...ko suruhlah acik erna masak lauk yg sedap tu..keh keh.

bangsawan nilai said...

irfa,
pengusung pengantin tu org negori panggil 'tandu'

Aidah said...

Pengantin tu orang nogoghi ya. Siap ada gulai daging salai bagai tuh. Sedap kan. Akak suka gulai daging salai dengan pucuk ubi je. Sangat mengancam.

MOKCIK AZWA said...

Bestnya dapat jalan2 ke kenduri kawen kan Irfa hehehe..jumpa pulak kawan blogger la best hehehe

Zareda Norman said...

Sedapnya.. Terliur che nemon :-)

Irfa said...

LIENANILAZ..
mmg pun.hujung bulan ni kak erna janji nak buatkan cendol sedap tu.hehe

BANGSAWAN NILAI..
mekasih :) aku dah agak cuma tak yakin je nak tulis

KAK AIDAH..
konfem org nogori :) kat Rembau ni

KAK AZWA..
makan kenduri mmg best.bukan selalu dapat tu..kita pulak bila nak jumpa lagi :)

KAK ZAR..
rugi cik memon :P