Friday, February 10, 2012

Malam Tadi dan Pagi Ini

MALAM TADI aku tertido awal.anak-anak buat apa kat bawah pun aku tak tahu.yang aku ingat last sekali hero dan si kenit main dalam bilik kakak.aku plan nak baring kejap je lepas tu nak turun masak yang simple-simple untuk diner.pinggang masih sakit dan tambah sakit sebab fisio tak jadi petang semalam.

aku cuma sedar bila cik abe kejut bangun makan roti john katanya.masa tu jam dah kul 11.00 malam.si kenit elok je tido sebelah aku.pun aku tak sedar bila masa dia nak tido.sejak dia berenti 'susu badan' minggu lepas sikenit pandai berdikari.pandai turun dan naik ke bilik sendiri.cuma aku risau dia tak berapa nak minum susu.tapi sib baik dia lalu makan.kalau pisang tu lagi la dia suka.ops..dia panggil pisang sebagai 'PITAM'.hehe.

YaAllah..aku ni tido ke pengsan ni?sib baik la cik abe balik awal...bila aku tengok henpon ada sms dari cik abe tanya 'anak-anak dah makan ke belum'.tapi aku tak dengar pun sms masuk.huhu..

turun je bawah tengok hero tengah makan roti john.mulut tengah penuh dia bagitau 'tadi umie tido.abang tunggu lama sebab abang ingat umie nak turun masak.tapi umie tak turun.abang pun makan pisang je'.alahai kesiannya hero..aku cakap 'sori.umie tak sihat.umie tido tak sedar pun'

kenapa yer?badan aku cepat sangat letih sekarang ni.

PAGI NI..
beli bihun putih kat kafe sebelah.orang depan aku ambik 2 keping roti celup telur kena caj rm2.mak ai..pakcik kafe tu makin melampau.ramai dah komplen makanan semakin mahal..

ingat kena bangun awal dan buat bekal dari rumah la.

oklah..hari ni aku nak gi fisio awal..kang pegi petang takde pulak budak2 fisio tu
bye korang

8 comments:

lienda said...

sian boboy,makan roti john jeh hi hi,takpe umi tak sihat kan,doa umi cepat baik yea...!

NenetPenne (NP) said...

gaji naik tapi harga makanan naik
so apa maknanya gaji naik?
hhh untuk naikkan harga barang je lah...

u jaga diri ya..

Pok Amai-Amai said...

Penangan ubat ke beb? Ke ada isi? Hehehehe...

Irfa said...

KAK LIENDA..
dia la yang jaga adik malam tadi..
tapi katanya 'adik naik sendiri tido'.lepas ni saya nak ajar dia buat susu untuk adik.hehe

NET..
mmg pun..gaji naik sikit,tapi rega barang naik banyak sampai lupa kita naik gaji ke tak.huhu

FARA..
eh ko biar betul.jangan di buat bergurau,aku pulak yang risau.hehe
harap2 ini cuma penangan ubat tahan sakit itu

Rumah Kuning said...

wah...adik pun dah pandai. mungkin dah faham uminya sakit.

Irfa said...

RUMAH KUNING..
saya perasan adik dah pandai berdikari sejak dah cukup umur 2 tahun ni.sy pun dah ada masa nak belek novel macam dulu2.hehe

Kakzakie said...

Anak-anak behave well itu yg boleh buat ibu tidur lena. Di tambah tak sihat. En Abe pun alhamdulillah dah nama pun suami faham keadaan isteri.

Kesian pulak kalau asyik nak kena buat fisio. ALternatif tradisi ada tak?

Irfa said...

KAK ZAKIE..
alhamdulillah..pandai diorang bawak diri bila tgk umie tido tak sedar bom meletup.hehe

org sakit ni lagi sensitif..rasa macam rendah diri pun ada.huhu

tak pasti la rawatan alternatif tu..belum tanya kat mana2.cube fisio la dulu.harap2 tak melarat