Skip to main content

Pencen Nanti Nak Duk Mana?

baca kat blog IBU IKA tentang percutiannya ke Penang.ramai yang komen Penang tempat yang best.dan terus aku teringat dialog aku bersama cik abe satu ketika dulu.masa tu kami bercerita tentang nak beraya kat mana tahun ni..tahun lepas raya kampung aku di Klate..dan aku plan tahun ni nak beraya belah Perak dan kalau ada bajet boleh jalan-jalan ke Penang.sedara mara cik abe pun ramai area sana.cuma sedihnya raya tahun ni cik abe dah takde nenek,yang di panggil Pah.arwah meninggal awal tahun ari tu.alfatihah.

CIK ABE:abang suka suasana kat Penang.dah pencen nanti boleh la kita duk sana.

AKU:(muka ala-ala tercekik biji kurma) hah!penang.dalam banyak2 negeri abang pilih nak duk penang.tetiba rasa jauh la pulak nak balik kampung.

CIK ABE:apa yang jauh.eh dulu bukan ke ada hati nak berhijrah duk kat New Zealand(usik ai le tew).

AKU LAGI:emm apa yang best kat penang?

CIK ABE:makan-makan,suasananya..semua la best

AKU LAGI DAN LAGI:(pandang luar tingkap dalam mood masih tak percaya).Penang?kenapa Penang?

CIK ABE TERUS BERKATA-KATA:itu perancangan je,borak-borak kosong

okey..borak-borak kosong abis disitu je.dialog itu tidak 100 persen betul tapi isi penting tetap ada.

penah tak korang terfikir dah pencen nanti korang nak balik duk kampung atau tinggal je kat rumah sekarang?meh kita share angan-angan.

AKU BERANGAN..bila dah pencen nanti.umur 55 tahun la senang citer,beza umur aku dan cik abe 4 tahun.so mesti cik abe pencen dulu.

eh anak-anak aku mana?
oh kakak masa tu dah jadi doktor @ pensyarah

abang pula dah jadi pilot.

adik?emm..umur 24 tahun.(setelah ditegur oleh Ummi MIM..TQ DEAR (tadi aku silap kira umur si adik..ingat 16 tahun.rupanya dah 24 tahun umur adik bila aku pencen.InsyaAllah).

berangan yang hebat-hebat je ;)

korang dah pencen nak duk umah sekarang atau balik buat umah kat kampung?

Comments

Aidah said…
Memang Penang best, Irfa. Satu masa dulu akak tiap2 tahun bercuti ke Penang. Lama pulak tu. Kadangkala seminggu lebih duduk kat sana. Bukan ada sedara mara pun tapi rasa macam balik kampung pulak setiap kali ke sana. Tapi dah lama akak tak kesana sekarang ni sebab susah nak travel jauh2 lagi, badan tak berapa sihat.
potpetmama said…
irfa; kami nak dok melake aje..kat rumah yg bakal diduduki nanti; dah setpon..rumah tu dengan bilik yg cukup utk semua anak2..senang berkumpul bila anak2 da berkeluarga nanti (chewah, pencen pon lagi 17 tahun)
cheqna said…
erm..kena fikir nanti...
tapi rasanya duk trg jugak...sbb incik bakal suami keje sendiri =)
Yunus Badawi said…
Saya nak duduk rumah sekarang aje. Kampung saya pun di Datuk Keramat aje. Tapi rumah famili di sana dah takde sebab diambil kerajaan utk buat landasan lrt.
Izza - Jiejah said…
kami duduk kat rumah skrg rasanya .. nak duduk kg pun bkn ada siapa ,plus rmh skrg dgn kg me & hubby kat tgh² ..sejam je perjalanan .

mmppp x nmpk tmpt lain nak dituju tp x tau la kalau tetiba cik abe kene tranfer ke kan?

penang best jugak , i likeee .
Ummi M.I.M.S said…
cikpuan irfa...
eh.. bukan ker kalau dah pencen 55.. yang kecit tu dah 20 an lebih.. sebab rasanya kita ni baya2 jer kan.. yg kecit kita pun sama jugak.. nak masuk 2 thn.

sorry ler.. saya kecoh bebenor ni sebab saya pun sama le dgn irfa.. asyik duk kire.. kalau dah pencen anak dah besar mana.. heheheh...

sorry ler kalau salah kire yerr..
Biarlah rahsia said…
k.bi...Alhamdulillah stay kat klate...klu ada rezeki...angan2 gak nk menetap kat mekah ke amdinah ke...

Penang...selalu juga pegi atas tuntutan keje, dah headquarters kat situ...bercuti sekali sekala boleh lah kot...
tp klu penang nk balik klate lg dekat 5 jam aje berbanding dgn KL- klate 7-8 jam.
kenapa abe ko sama nagn yuyi nak duk penang. cik ina buka tak suka ngan penang, jalan makan angin okeylah, tapi nak duk tu tak berapa nak
suka sebab keadaan jalannya yang sempit. akak duk rumah sekarang kot, tak de kampung ngan tak de tanah.
pB said…
dok taiping best
Ummi said…
ummi selalu cakap kalau ada duit banyak nak beli rumah kat CH sebabnya nyaman aje kat situ, sejuk macma dok oversea :)

angan2.... selalu gak cakap kat encik abah kalau dah tua nanti nak dok kg, tak nak dok bandar, nak pergi mengaji, surau dan nak berkebun :)
al-lavendari said…
soalan itu dah tak relevan lagi dengan saya sbb dah pencen.

cuma nak share .. saya duduk di sini selepas pencen sememangnya langsung tidak ada dalam perancangan.
Anaasuria said…
haha IRfa,
saya pencen nak dok umah skang.. ngan nak jadi pengetua kat tempat anak sekolah tadika skang.. dah apply ngan gurubesar skang dah.. kakaka...
dee said…
aku balik kuala selngor kot.kat kl aku tak de umah, kat kuala ada sebijik umah kecik.. nnt ada duit aku buat cantik2.mgkin tak tunggu pencen kot aku balik sana.tgk lah nnt. encik aku kerja sini.aku mmg le boleh nak transfer.tapi dah 2 kali aku mintak kuala selangor tak dapat.
zue said…
klu kzue pencen..nak duduk kek n9 sbb suka dgn suasana kg...tapi rumahnya x ado lagi cuma mak mertua dah bagi kek abang tapak tanah nun atas bukit...kena nengok budget juga.
Unknown said…
Rasanya kalau suami tak tukar tempat kerja mana2 duduk sini jelah kot...:)
Luna said…
hehe mai la dok penang....boleh menghabiskan masa pencen bersama2...(tp ko pencen dulu la..h)..penang mmg best...ada laut..ada juga sungai...ada pekan..ada juga kampung...ada jambatan, ada feri..ada kapal terbang..x jugak jauh dr kelantan..boleh blk kelantan ikut butterworth-kulim expressway..
Asmara said…
balik kampung usahakan tanah. hehe..
Mulan said…
kami kat area ni memang dah area kampung2.. memang rasanya foreber eber best duduk kampung..
Zareda Norman said…
Irfa

Terselit jugak nama kakzar ek.. Hehehe. Penang memang best.. Makanannnya, suasananya, orgnya ramah tamah.. Tp tanahnya mahal ya ampunnnnnn... Hehehe

Kak zar lps pencen tak kisah duduk mana pun.. Kl ke, perak ke pahangke.. Tapimesti dekat dgn anak.. Kalu boleh rumah sebeleh menyebelah.. Klu dia migrate ke obersi pun makanya dok obersi lah kakzar hehehe
Mak anak enam said…
pencen....anak dah siap2 warning mama & papa jgn balik dok kedah jauh susah kakak & adik badik nak balik...so di selangorlah nampaknya pencen
Mak Piah said…
pencen sok nak duk kampung kut. kalau boleh. tapi maybe akan menghabiskan masa di rumah seri kenangan...hik Irfa dtg melawat yer.

x

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')