Skip to main content

Sepetang Bersama Blog Resepi

'dia'datang lagi.sapa?sakit pinggang la.tapi buat-buat tak sakit.nak pegi fisio takde transport.esok pagi lah aku pegi..terus dari rumah.harap-harap tak jadi macam malam tadi.aku tertido lepas solat,sedar-sedar dah subuh.tah bila si kenit tido sebelah aku.hero pun baik je lena dalam bilik dia.tq untuk en abe yang memahami aku yang sedang sakit.(poyo je masa nak tulis ni..jangan ada yang muntah sudah la ye).orang sakit lebih sensitif,ingat tu yer..

masa masih panjang.lagi 1/2 jam nak balik.bukan takde keje tapi mood belum datang.hehe.gila ke hape dah petang mood belum datang.tadi menjelajah blog kengkawan dan terjengah ke blog resepi *sambil telan air liur*.hebat hebat diorang ni yer.macam-macam resepi ada.dari menu barat ke timur,dari utara ke selatan.klik je mana suka..lepas klik,copy+paste simpan kat folder resepi sendiri ;).bila nak buat tu?nanti nanti lah..ai bz

takde alasan tak pandai masak zaman sekarang.malas ngan rajin je.yelah,dengan sekali klik semua resepi depan mata,zaman mak-mak kita dulu mungkin lah menu ulang tayang.asik-asik menu tu je,nak komplen takut periuk naik atas kepala :).makan je la jangan banyak soal.mak aku senang je 'nak makan,makan.tak nak makan bagi orang lain makan'.

citer pasal menu masa aku kecik dulu

ayam gulai tempoyak
ayam masak merah
ikan aye (tongkol)masak singgang
ikan bawal @ ayam percik putih (ni menu bulan posa)
ikan bawal kukus (ni pun sama,jumpa bulan posa je)
sup tulang@sup daging

atleast makan jugak la ayam ngan daging..(insaf kejap)

senang citer zaman dulu kami makan apa ada je.sedar diri bukan orang senang.tak payahla citer kfc @ mekdi @ kenny rogers mahupun pizza ..dalam mimpi pun aku tak jumpa.sebab tak penah rasa macam mana aku nak mimpi.beza ngan anak-anak aku sekarang.sebut je nak makan apa,cepat ngan lambat mesti dapat.

tiba-tiba tekak rasa macam nak makan nasi arab.tapi sabar,tunggu kakak balik 10hb depan.bukan takleh gi makan sekarang..tak sampai hati nak makan bila kakak takde.10hb tak lama lagi je pun..pejam celik pejam celik sekarang dahpun hujung bulan :P.

Comments

Angah said…
nanti kalau angin masak sudah mari haaaaa memang nak masak jek kerja..

dan memasak itu adalah terapi untuk aku.

pulak tu tengok apaknya, anaknya makan sampai habis..puji2 sikit, suruh buat lagi..lagi mariiii angin nak masak tu

jadi sila la cuba sekali hikhik
NenetPenne (NP) said…
sama jelah kita
kecik2 dulu jangan harap laa nak makan tu semua...
dapat makan kfc sbulan sekali pun dah kira...oohhh nikmatttt

parents i dulu2 pun mana makan kat restoran2 pun, mak masak sendiri...
tu pasal kalau orang tanya apa restoran best kat kb, i tak tahu....

ayam percik atau bawal percik sedap kan?? panggang pulak atas bara api..perghhhhhhhh ...teringat bulan2 posa kat kampung...haishhh
serupa jer ayat macam mak kakain jugak..siap pesan lagi kalau pegi rumah org apa yg dihidang makan jer...sedap makan banyak tak sedap makan sikit jangan nak byk citer..

sekarang ni pesanan penaja tu turun kat anak-anak pulak...
Irfa said…
ANGAH..
aku masuk blog ko buat muffin tu aduhai..jeles beb.rajin ko masak-masak w,pun sibuk sana sini

NET..
igt lagi..kalau ada iklan kat tv psl makanan segera tu mmg berangan je.net okey lagi duk kat kb.saya ni berbatu jauh dr bandar..tak mimpi la nak dapat.pertama kali makan kfc umur 19tahun..kat pkns shah alam.
hehe,nostalgia sungguh
Irfa said…
KAK AIN..
mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.ayat copy paste tu secara otomatik akan menurun kat kita.sedar atau tidak ;)
Aidah said…
Kalau salah sorang anak tak de, memang tak selera nak makan sedap2. Nanti meleleh air mata mengenangkan dia. Tak pe, Irfa. Kejap je lagi cuti skolah ya. Take care ya, Irfa. Bila ada masa rehat, rehat betul2 supaya pinggang tu tak berulang lagi sakitnya.
cheqna said…
betul kak...
cheqna yang tak pandai masak ni pun rasanya boleh buat dgn berpandukan resepi yang ada kat tenet ni
malas ngan rajin je =)
betul tu irfa mak kita dulu memang cam tu, suami cik ina pun selalu cakap cam tu, makan je apa yang ada depan mata, tapi nak wat cam mana tekak ni kadang-kadang gatal nak makan makanan lain dari biasa: )
Biarlah rahsia said…
irfa...k.bi pun gitu gak...klu tengok resepi mmg geram je nak masak semua..semua pun terliur...hebat2 depa ni memasak...walaupun kerja tp sempat semua nya...
Zareda Norman said…
Kak zar dulu kekecik makan kari kari kari.. Tapi biasa makan ikan isi putih.. Sampai skrg tak tahu nak bezakan ikan kembong, ikan selar, ikan sardin.. Heheh sedih kan
MOKCIK AZWA said…
ai pun rajin menjengah blog resepi dan menyimpan resepi..masaknya entah bila hehehehe..

dulu2 mana nak jumpa kfc mekdi segala..burger pun tak pernah nak dengar..masuk u baru pandai makan bende2 tu..tu pun bila dapat duit biasiswa hehehe
emarieys said…
baguslah camtu..tunggu anak balik dapat makan ramai2 lagi seronok

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')