Friday, March 23, 2012

Aktiviti Malam Hari Ku

memula nak komplen 'napa entri aku takde tarikh pada setiap posting?'dulu aku rasa ada,sekarang takde.adakah kerana aku tersangat bijak godek sana sini terus hilang tarikh tu?huhu..sapa mau tolong,bagitau cepat......

emm semalam takde keje..ambik gambar kanak-kanak ribena tu sambil layan citer kegemaran aku,drama Korea la apa lagi :)








malam tadi aku perasan si adik ni main masak-masak sambil bercakap ngan babydoll dia tu.dialog lebih kurang gini

'akan nak'(makan nak?)sambil kepala angguk2 kat doll tu.

'akan yer'(makan yer?) macam la doll tu paham dan boleh mengganguk

'emm..tedap'(emm sedap)

siap dia atur doll ngan bear atas anak tangga tu.bila doll jatuh,menjerit suh abang tolong ambikkan.tensen je abang bila kena paksa ngan adik.seingat aku masa kakak baya dia,aku tak nampak pun kakak bercakap ngan babydoll@bear ni.yelah kan.10 anak 10 perangai walaupun lahir dari perut yang sama.





bosan main dengan doll kacau abang baca buku.sekarang abang makin lancar membaca.so semua benda dia nak baca,tu ari cuba baca diari aku..siap komplen 'umie tulis apa ni?bahasa apa?tak paham la abang huruf apa ni?'..aku cakap 'rahsia.umie je paham.mana boleh baca diari orang.itukan rahsia'.oh bahaya ini budak,nak baca diari umie.nampak gaya kena tulis diari pakai kod rahsia la :)

okey..selamat berhujung minggu.mini contest suka suki masi terbuka sampai isnin.jangan malu-malu untuk join ye :)

12 comments:

Rumah Kuning said...

comelnya dia....sedap je dok atas belakang abang.

Irfa said...

KAK RUMAH KUNING..
takat duduk je okeylah lagi..ni siap henjut-henjut lagi :)adik punya pasal abang redha je lah

Yellow said...

uit!!! pipi anak ko labuh la... macam pipi anak aku..!! kah kah kah

kakcik said...

Selamat berhujung minggu Irfa. :)

Acik Erna said...

abang sayang adik.buat la apa pun..redho je menerima

Rai said...

ko ada cite korea apa weh? nak finjam..hahaha...

Cik Ina Do Do Cheng said...

sedapnya duk bertengek atas abang ye. nasib baik abang cool. seronokkan masa anank -anak kecik cam ni., nanti dah besar tak dapat nak tengok gelagat dorang main doll lagi.

cheqna said...

hahahaha
sib baik abang jenis melayan adik
kalau tak haru jugak..=)

Zareda Norman said...

Adik pandai bermanja dengan abang tu ek :-)

Aidah said...

Elok je abang layan adik dia. Lawak betul dialog adik dgn baby doll tu. Memang fasa umur dia macam tu kot. Anak akak masa baya2 adik ni pun suka jugak cakap dgn doll dan teddy bear.

oren said...

oowwhh..awatif mmg menurun perangai kakak..main siap imaginasi tinggi..dia tanya bear, dia jugaklah yg jawap..kadang dia jadi ibu, bear tu jd anak dia..ehehehe..

Angah said...

sama je perangai bebudak ni kan, sedap sungguh dia kudakan abang dia

nanti dah besar tentu kita rindu masa2 camni kan