Skip to main content

'Kawan 3 Hari' Katanya

NI KISAH PETANG SEMALAM..

aku ambik si adik dari pintu belakang.hero pulak keluar dari pintu depan.so aku tak tengok muka si hero masa ambik diorang dari rumah pengasuh.tapi pengasuh bagitau 'nanti tengok muka irfan.ada calar tepi mata dia,dekat sangat dengan mata.dia kata jatuh kat sekolah tapi anak kak I nampak dia main bertumbuk (budak darjah 2 kepit kepala dia celah ketiak) dan hempas ke tanah'.

kalau korang jadi aku.apa korang rasa?aci hantuk kepala kat tembok memang aku sakit hati dan geram sangat kat dia.sampai je kat rumah,aku pandang dia..dia pandang aku.dia ingat aku tak tahu apa jadi.aku pulak nak tengok akal dia..kot la dia nak bercerita tapi non ado.

aku tak bercakap dengan dia geram punya pasal.masa nak kunci pintu aku tanya

'mata lebam tu kenapa?'

'abang jatuh kat sekolah'

'jatuh sendiri ke orang buat?'

diam..muka tunduk

'cakap betul-betul.jatuh sendiri @ orang buat?'

'abang main-main je dengan kawan.lepas tu terjatuh'

'jangan tipu umie.ada orang bagitau abang main bertumbuk dengan dia.dia kepit kepala abang celah ketiak dan hempas abang kat tanah.betul?'

'ye'.

'sapa budak tu?dah lama kawan ngan dia?'

'budak darjah 2.abang dah kawan 3 hari'

'kawan 3 hari?masa kena abang nanges tak?

'masa kawan 2 hari dia tak buat abang.hari ni je dia buat.abang nanges sikit'

'bila abang nanges,dia buat apa?'

'dia lari'

'dia lari bila abang nanges,itu bukan kawan namanya.itu buli orang.kalau kawan dia tak buat orang sampai sakit macam tu.lagi sikit nak kena mata.kalau buta macam mana?'

maaf..aku kalau tahu sakitnya sebab tak dengar cakap memang aku tenyeh sekali lagi kat tempat yang sakit tu.biar dapat double sakit.takde nak kesian-kesian.lagi aku geram ada.

'nak skolah lagi ke tak?kalau nak sekolah buat cara nak sekolah.umie hantar sekolah suruh belajar.bukan suruh berkawan dengan budak nakal.tak payah ada kawan kalau berkawan dengan budak macam tu.esok nak buat lagi?'

'tak nak'

habis disitu..aku tak salahkan anak orang tu.aku tahu anak aku macam mana.dia seronok dapat kawan w,pun orang itu buli dia.suka main kasar-kasar.dekat rumah dia sorang je lelaki (eh!ayahnya pun lelaki tapi bukan budak lagi).so dia kat rumah tak dapat nak main kasar-kasar.tak boleh nak praktikkan main bertumbuk bersepak macam orang lain yang ada adik beradik lelaki.main dengan kakak dan adik sopan-sopan je.kalau ada kakak bolehlah main kasar sikit tapi masih tak boleh main bertumbuk.sekarang cuma ada adik je..lagilah pulak si adik 'manja kededek'.baru usik sikit dah ngadu kat umie 'abam uat (abang buat)'.mana tak tensi kawan tu.

setiap pagi gi keje hati duk teringat kat anak-anak.2 anak kat skolah dan 1 anak kat rumah pengasuh.setiap hari tak lupa doa 'YaAllah.peliharalah anak-anakku dari malapetaka dan bahaya'.

pagi ni aku saja je aku doa macam tu kuat-kuat depan dia..bagi dia dengar.aduhai..letih sungguh nak tunggu berakal bagi paham yang aku membebel kerana aku sayangkan dia.

Comments

Lady Windsor said…
sorry to hear hero kena tumbuk..cabaran ya membesarkan anak sekarang..dan kalau saya kat tempat Irfa sure saya dah menyinga terhadap kawannya tu tapi ye lah kan...budak2..hidup mereka main, makan, p sekolah dan gaduh2 sikit..nak tunggu besar memang banyak lah air mata tumpah...melihat adik saya didik dua anaknya...saya kagum dan begitu juga ibu-ibu lain termasuk Irfa...
Kakzakie Purvit said…
Kakak tak ada pengalaman anak lelaki so tak tahu. Betul mungkin sebab dia lelaki agak lasak. Tapi kalau kakak tak boleh terima kalau anak kakak kena buli. Sekarang ramai budak nakal... mana dia tahu kawan yg baru dia jumpa tu budak nakal sebab baru masuk hari ke 3. Selepas ini tahulah dia mesti tak mahu kawan dgn budak tu lagi... (mujur tak serious)
Unknown said…
garang jugak eh ko..nasib baik tak jadi resaksa gorgon..hehehe..

si atiqah pun sama kuat ngadu.. tang manja kededek tu dua dua pun manja..
rintzpalil said…
Kadang2 anak2 ni tak tau pun kita membebel sebab sayangkan dia. Pada dia bila kita bebel bermakna kita tak sukakan dia.
amaniammar said…
salam

sis...ketawa pun da bila si adik ngadu abam uat...cmne si abg x kn buli..psl kita mmg didik dia utk tdk mengkasari org lain...

tp sis cm sy jg tegas...kena perhatikan selalu jg keadaan dia tu...klu lbh teruk jgn bg dia kwn bdk tu lg...psl ank kita x melawan lg dia suke buat

p/s: sy pun ad ank sepasang. si kakak so lemah lembut si adik more agressif...mudahan anak kecil kita ini dijauhi sgl bahaya yer...
ni belum skolah lg..dah mula risau akn perwatakan ank pompuan sy tu..xleh berkasar sket...takut di buli kelak...(bz dgn wtak mak dia...hihih..more brutal but soft...)
Munn Jaafar said…
xpe la, insyaAllah lepas ni dia tak buat dh tu...asyik nak kena buli je mana tahan...tp akak kena tgk gak 3,4 hari ni, kot2 jd lg
Daddylicious said…
tapi budak2 mmg begitu tak perlu la marah dia kasihan dia...
Beb, bile aku baca entri ko...tibe2 aku kagum dgn cara ko berfikir. Bila aku bace, aku pulak skt ati dgn bdk yg bt kat abang mcm tu. Tapi ko tak salahkan pun budak tu. Thats y aku kagum. Aku tatau samada aku terdaya atau tak, mengajar anak aku apa saja perbuatan yg mendatangkan keburukan adalah salah sendiri dan bkn org lain. Serius berat rasanya...
Biarlah rahsia said…
kesian abang...harap2 tak berlaku lg kejadian spt ini slps ni...
aNIe said…
Sian abang tu kena tumbuk...tapi memang geram bila dpt tau camtu... akak kalau anak kena camtu pun akak geram jugak... sebab nak berkawan kena buli pun takpe...

Kita sebagai mak memang tak pernah lupa mendoakan keselamatan anak2 kan?
cheqna said…
bagus gak akak bagitahu cam gitu
moga2 x de la kejadian buruk lagi terjadi
insyaallah
Aidah said…
Geram jugak akak bila dengar abang kena buli. Memang budak lelaki ni nakal2 dan lasak. Tapi kalau sampai ganas sangat tu, bahaya jugak, Irfa. Alhamdulillah tak de apa2 pada kepalanya bila terjatuh tu. Akak rasa ini pelajaran pertama untuk abang agar pandai memilih kawan. InsyaAllah dia tak silap lagi, Irfa. Cukuplah 3 hari tu.
Acik Erna said…
dik anak lelaki camtu la..bila dapat berkawan..dibuatkan apa pun tak peduli..janji ada kawan..
Anna said…
Dulu Delin selalu kena buli..now lega sbb tak lagi dah. Amal jenis berani..x pernah dgr dia dibuli..lgun Amal kat sekolah mmg dicop bdak baaaaaaaaaik sgt dek cekgu padahal kat umah ..masaalah pnye nakal dan suka mengusik
Mulan said…
kesian nya... moga takde la jadi gitu lagi..
sweetie said…
Aduhai Irfa, geramnya saya bila baca cerita Irfa ni. Saya bukan geram dan marah ngan Hero tapi saya geram ngan budak yang tumbuk dia tu. Ngeri bila baca nyaris tak kena mata. Serius! saya pernah ada pengalaman ni. Tapi bukan si abang yang buat nakal, cuma bekal air milonya tumpah atas tudung kawan perempuan sekelasnya. Yang budak perempuan tu terus mengadu pada mak dia. Mak budak tu dengan tak usul periksa dtg dan cubit si abang sampai luka. Maknya tu siap warning saya kalau tak pandai ajar anak bagi dia ajarkan. Sekarang si abang di sheffield universiti UK, anak pompuan tu non ado.
Angah said…
Itu la ragam bebudak kan..anak aku pun kengkadang balik lebam tangan la kaki la sebab katanya bergurau smackdown. Puas la membebel cakap itu ini..

sekarang ni ok sikit sebab dia tau dah kalau balik camtu gayanya aku plak smackdown dia nanti

nak menerangkan yang gurauan ni tak boleh sampai sakit ni payah sikit. Aku risau gak nanti terbawa2 bila besar..pad dia ok pada orang mana kita tau kan..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')