Skip to main content

Maggi Saya Sudah Kembang dan Adakah Itu Ulser ?

tiba-tiba je 'anak tekak' mengidam nak makan maggi cup.ops..bukan jenama maggi tapi jenama super ;)

sesekali makan takpe kan?jom layan........
(tengah rendam tu..jangan sampai kembang sangat,tak lalu makan pulak nanti).



ops..sebelum tu nak tanya korang kalau ada sesapa penah mengalami situasi macam hero aku sorang ni (sila rujuk gambar)



(ni gambar snap malam tadi)

sebenarnya ini bukan kali pertama naik biji ni kat bibir dia.senang citer biji ni sentiasa ada kat bibir dia.cuma ada ketika ketika sizenya kecik dan ada ketika size jadi besar.bila tanya katanya 'tak sakit sangat.sakit sikit je'.so far belum rujuk pada pakar..tu ari saja je gi klinik 1Malaysia bawah flat mil.pembantu perubatan tu kata 'ini bukan ulser.kalau nak buang boleh tapi kena pegi hospital besar.benda ni tak bahaya cuma mungkin dia rasa tak selesa'.aku dengar macam tak yakin je..dahlah satu ubat pun tak bagi.redha jelah sebab bayar RM1 takkan nak demand lebih-lebih.

ada pengalaman sila kongsi ngan aku..

Comments

Kakzakie Purvit said…
Masa kakak kecik dulu suka gigit-gigit dalam bibir lama-lama jadi macam tu. Tapi tak lama dia akan hilang. Tapi tak tahulah yg ini sama macam kakak ke tak. Dulu kakak selalu kena marah sebab kalau dok khuysuk buat sesuatu mesti gigit-gigit dah jadi macam itulah...
cheqna said…
la..x de pengalaman la kak
*SiRibenMerah said…
kalo x salah mcm cyst jugak neh.. sbb Tich kecik2 dulu ada masalah neh.. then kitorg buat operate utk buang n now da ok.. takde masalah kalo x buang.. cuma tatau bila nk surut la kann~
Irfa said…
KAK ZAKIE..
itulah jugak pesan pembantu perubatan tu kat hero.katanya 'adik buat tak tahu je.nanti dia makin kecik.kalau adik selalu pegang dn usik dia nanti dia jd lagi besar'.

CHEQNA..
takpe..tumpang baca mana tahu kalau ada org terdekat kita boleh kongsi cerita.
Irfa said…
SIRIBEN MERAH..
oh yer ker?ada jugak yg tahu psl ni..operate tu kat klinik ke kat spital?sakit tak?
*SiRibenMerah said…
operate kat DEMC... buat sekali dgn bersunat dia.. kena la charge 3k jugak. tp baloi sbb kitorg claim insurans. tapi cuba check kalo gov boleh buat jugak.. refer pakar kanak2 je.. slalu kalo gomen neh murah sket.. saya operate appendix pon kena charge rm79 je.. hehehe..
MOKCIK AZWA said…
Irfa,

salam. Bawa jumpa pakar la Irfa.. ianya memang dah ada sejak lahir ker baru2 nie jer dia muncul?

maggi mee sedap dimakan cepat dimasak hehehe..time sejuk2 nie memang sedap menghirup kuahnya..
Irfa said…
SIREBEN MERAH..
terima kasih banyak2 ye atas info tu
mungkin sy akan bawak ke klinik dulu dan jumpa doktor,apa kata nya

KAK AZWA..
baru-baru ni je tapi nak kata baru sgt tak la..dah berbulan cuma sekarang ni je baru say rasa risau
sesekali makan maggi sedap gak ;)mmg tgh sejuk gila kat opis ni
aNIe said…
Irfa... akak dulu pun selalu dpt biji2 kat bibir tu... tapi sekarang dah takde... tak tau pulak nak buat camaner... cuma org kata ... lagi kita main2kan dia nanti lebih besar jadinya...
isabelle said…
woh..mmg bijik tu ada all the time la ye?
hmm..musykil..musykil.

ingatkan on & off.
Munn Jaafar said…
erm..tak pernah jadi pulak mcm ni...
Irfa said…
KAK ANIE..
smlm sy tegur dia jgn usik lagi biji tu nampak pagi ni dah surut sikit.kalau tak merbahaya takpelah,
tapi nak jugak rujuk kepada yg pakar

ISABELLE..
welcome :)
sentiasa ada cuma on off sizenya aje

MUNNAFENDY..
tanya kalau2 ada yg berpengalaman ;) dan kalau yg takde pengalaman boleh buat panduan utk masa akan datang
lupekanje said…
Acik pun rasa sesekali tk apa makan mee segera...heheh.. Bila teringin sgt, baru acik rendam sebungkus gitu. Dalam 3 bln sekali. ok la kan..

Waahh..besarnya tumbuhnya tu.. cuba jugakla tanya pakar. Yg di klinik kajaan tu kekdg cincai je diorg punya jawapan. Rsa buang masa je jumpa peg. perubatan kat klinik kajaan ni (org klinik jgn marah...hehe). Mangsanya kita klu dah teruk nnt..
Irfa said…
ACIK..
saya pun jarang makan maggi.tambah pulak maggi sup.sbb saya lebih suka maggi goreng dan yang pasti maggi goreng yg saya masak sendiri

psl ulser @ tak tu mmg nak kena bawak gi jumpa doktor jugak.nak tahu apa sebab.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')