Skip to main content

Mini Contest Itu,Kini Sudah Ada Pemenang.Siapakah?

SELAMAT PAGI KAWAN-KAWAN ;)



sangat ceria kan siap usaha cari gambar selamat pagi untuk menunjukkan betapa cerianya aku hari ni





memula nak ucap jutaan terima kasih pada yang sudi join mini contest aku tu.tak ramai pun yang join.huhu.tapi takpelah..lagi senang nak pilih pemenang.kang ramai-ramai sangat susah nak pilih (ayat pujuk ati).korang tahu kenapa aku buat contest tu?hahaha..saja je nak korek rahsia lama korang lepas spm belasan tahun dulu.seronok baca..nak gelak pun ada.tapi itu semua pengalaman dan kenangan yang indah kan?

hadiah tu biasa-biasa je..(aku belum fikir lagi nak bagi hadiah apa.boleh?tapi hadiah itu akan dipos secepat yang mungkin.kena fikir kotak apa nak packing ni..maklumlah hadiahnya sangatlah besar) yang mintak basikal fixie tu amboi..tak hagak-hagak ko punya permintaan yer.apa kata kalau aku bagi loceng basikal je dulu.basikalnya ko beli la sendiri.hehe

okey..pemilihan dibuat dengan cara

1-aku baca semua komen

2-tulis semua nama yang join (maksud aku yang komen dengan cerita sekali la) dalam kertas kecik yang digulung-gulung

3-letak kertas gulung-gulung dalam satu bekas dan goncang sampai senak perut kasi sebati ;)

4-suh kenit seluk tangan dalam bekas itu dan pilih satu kertas



muka tak berapa ceria sebab tiba-tiba diserang selsema..badan agak panas



goncang-goncang kita tengok sapa yang kena..



intai dulu 'emm..sama je nak pilih yang mana satu ni'



okey..pemenangnya ialah..jeng jeng jeng



taraaaaaaaaaaaaaaa..jatuh kepada AnnaSupermummy dan Arena.

mula-mula aku nak pilih satu pemenang je.tapi aku tengok ada yang komen pendek dan ada jugak yang komen panjang (seronok baca pengalaman orang).dan aku buat keputusan nak buat 2 kategori pemenang.yang ada 'bintang merah' tu kategori bagi komen agak panjang.

kategori 1 yang komen agak panjang di menangi oleh AnnaSupermummy
kategori 2 yang join contest w,pun komen pendek je..cabutan jatuh pada Arena.

kalau boleh aku nak bagi hadiah pada semua yang join.tapi hadiah adalah terhad.lagipun ini suka suka je..maybe next time aku buat contest lagi gempak.kalau rezki lebih yer ;)

pada 2 pemenang itu harap tinggalkan alamat kat kotak komen..aku janji tak publish komen tersebut.

cau..nak gi tapau bekfes jap :P

Comments

Hahahaha! Cutenye ko bt contest mcm nie beb. Lelagi bile si kecik tomei tu jdk juri tetap. Hahahah!

Tahniah pd pemenang!
MOKCIK AZWA said…
tahniah pada para pemenang..kreatif sungguh cara memilih pemenang hehehe..suka suka..
Unknown said…
saguhati takdak keh....! penat komen tau.... :-)
Unknown said…
Tahniah buat pemenang :)
Leney said…
la..terlepas. Tak tahu pun ada contest. Nanti buat lagi eh?
bangsawan nilai said…
hu hu tak dapek la beskal...!
Irfa said…
FIEDA..
tahniah utk mereka w,pun hadiahnya cuma kecik aje :)

FARA..
ko pulak tak nak join.kecik ati aku tau.huhu(gurau aje)kenit dgn hingus sbb selsema kena paksa goncang kertas undi.sib baik aku tak kena baling ngan tupperware tu.hehe.tp undian adalah telus..tarak tipu punya ;)
Irfa said…
KAK AZWA..
kalau saya yg pilih takut nanti ada yg pilih kasih..so suh kenit pilih,konfem telus sbb dia main pilih je..abang yang jeles sbb takde peluang nak cabut undi :)

KAK LIENDA..
akak nak gak ker?gi jelah kat GB sebelah tu kalau nak hadiah..saya beli kat situ je hadiah tu

HANAFIAH..
contest ala-ala namanya ;)

LENEY..
lambat lagi la kot..saya buat contest 4 tahun sekali je..macam 29feb jugak la.hehe

BANGSAWAN-NILAI..
nak beskal jugak?ko mintak la pinjam ngan bangla potong rumput kat taman petang2 tu..kayuh satu persada.hehe
oren said…
eheh..CheNa menang..tahniah sis...

and tahniah to Annasupermommy too...

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')