Skip to main content

Pertemuan Yang Tak Di Rancang Dengan Cik Ja

sebenarnya nak citer pasal 'Seminggu Bersama Kakak' tapi belum karang lagi citer pasal tu..huhu.nanti-nantilah yer.cumanya nak citer pagi tadi aku terserempak dengan blogger.nak kata baru kenal tak jugak..kategori dah lama kenal la cuma belum penah bersua muka.

alkisah...macam biasa la pagi-pagi aku kena collect document kat opis lama.ontheway balik opis lalu kat bahagian orang menunggu ketibaan penumpang.aku nampak seseorang yang 'eh!cam kenal.adakah dia?'..pandang yang duk sebelah dia.seorang lelaki bertopi yang khusyuk tengah main games Angry Bird.hehe sorry encik Azam.ye ye..betul la dia.(muka sama cam dalam blog dia)..jerit-jerit sambil lompat bintang kat situ(adegan lompat bintang itu adalah rekaan semata-mata).hilang akal ke nak lompat bintang di khalayak ramai.

dia pandang aku dan aku pandang dia.dan aku pun tercakap 'eh.kau.buat apa kat sini?'dia pun sama-sama terperanjat boboi cam aku jugak.sib baik la aku tak silap orang.kalau tak memang malu free je tegur orang cam nak cari gaduh je.

kami peluk peluk sambil kiss kat pipi :) jangan jeles..pipi dia mmg gebu la penangan Tabita ..serius tak tipu :).dia dan suami menunggu ketibaan mak mentua (kalau tak silap la) pulang dari oversea.

tak caya tengok gambar..(bukti aku jumpa dia..hehe)

tara............Cik Ja..takpe ke aku letak gambar kat sini?kalau tak okey..bagitau yer nanti aku remove



ikhlas untuk tatapan korang dari kamera henpon aku..gambar kabur tu memang dah biasa la kalau kamera henpon cap ayam serama cam ni.itupun gambar ni dah di tapis 16kali tapi tetap jugak tak menghasilkan muka berbentuk bujur sireh ;) kan cikja kan?


CikJa..
maaf ye kalau aku macam gelabah sikit bila jumpa ko tadi..aku kan pemalu siput

sesapa yang datang sini nampak aku lalu lalang sambil catwalk tu jangan malu-malu nak tegur.kalau korang malu nak tegur,jangan risau..kalau aku nampak gerenti aku tegur korang..hehe

okey,cikja pun dah apdet blog dia tentang pertemuan tak dirancang itu KLIK SINI KALAU NAK BACA..TAK NAK TAKPE ;)

Comments

*SiRibenMerah said…
wahhhh.. jumpe blogger.. hepi2.. hehehe~
Aku tau ko mmg peramah orgnye...heheh!
samalah cik ina pun pemalu siput, cam gelabah je kalau jumpa orang. muka ko semakin runcing nampak, dah kurus ye.
Cikja said…
alo alo..konpem kalau letak bola sebelah muka aku..ko salah kiss..ehehhe..aku sebenarnyakan teringat2 muka ko terpegun*perasan* tenung aku..ahahhahah..kelako..

betullah muka ko runcing..jelessss..heheheh... harap2 boleh jumpa lagi ye..aku lupa mintak no hp ko..

aku tak leh lupa ko cubit pipi aku *malu i*
Mak Wardah said…
Hepe2 Irfa dah back to blog. Now I can blogwalking
Acik Erna said…
seronok kan kalau dapat jumpa..,acam akak pagi minggu tu jumpa tijah lagi..di pasar tani..'menunggu cerita seminggu dengan kakak..sabar menanti..nak tau kaka balik ngan sape..anta ke..tidak..
kat mana ni... nak jumpa jugak.. he..he..
Biarlah rahsia said…
alahai...k.bi selalu klu di KLIA awal pg dgn lewat mlm...sure irfa takde ms tu...sbb selalu amik flight yg 6.45 dr KB...blk plak flight last sekali...bila agaknya boleh jumpa kwn senegeri ni...
Mummy Rizq said…
Itu ari aku ke KLIA.. teringat nak carik ko jugak. Tup tup nombor plak hilang.. cesss....
Unknown said…
aku tau ko kan memang "pemalu" hehehe...

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')