Tuesday, March 20, 2012

Rindunya Pada 'Mok'

cuti memang best.tapi yang tak bestnya bila masuk keje selepas bercuti itu.huhu.sampai hari ni keje masih belum setel.aku punya penyakit tak boleh blah ni,bila keje banyak lagilah rasa nak post entri.boleh?

tadi aku call ma kat kampung,tanya pasal nenek.aku kini ada 1 nenek je(belah mak).nenek belah ayah dah meninggal tahun lepas.atok pun semua dah takde.aku sangat rapat dengan nenek belah mak yang aku panggil 'mok'.sekarang nenek dah tak sihat sangat.



aku rasa mok makin tak sihat selepas 'kehilangan 2 lelaki kesayangannya ' 4 tahun yang lalu.mula-mula mok kehilangan anak bongsunya yang ku panggil 'poksu' pada bulan November 2008.4 bulan selepas itu pada April 2009 'tok' pula menyusul.sejak itu mok selalu tak sihat.sakit-sakit badan tu biasalah bagi orang tua macam mok.tapi yang paling aku sedih dan airmata cepat je nak meleleh bila mok selalu menyebut tentang arwah poksu dan tok.

yang paling buat aku sedih bila ma cakap,mok dah mula 'lupa-lupa' orang keliling.sebelum ni okey je.semalam mok boleh tanya tentang tok dan poksu.mok tanya 'bila diorang meninggal.kenapa tak cakap kat dia diorang meninggal'.mok juga duk ulang cakap nak balik rumah lama (sekarang mok duduk rumah adik lelaki mak aku..memang buat bilik khas untuk mok yang cukup selesa) tapi mok duk sebut nak balik rumah lama.katanya tok dan poksu panggil suh balik.

masa menaip ni pun aku dah rasa sebak sangat.tadi call pakcik yang duduk sama ngan mok pun,dia citer benda sama.katanya mok duk ulang cakap 'kenapa tak bagitau poksu meninggal.kuburnya kat mana?'YaAllah..kalau dekat-dekat aku dah drive balik.setiap kali ada berita pasal sedara mara sakit kat kampung,inilah perkara yang merisaukan aku.bukan dekat perjalanan aku nak balik kampung.

mok adalah insan kesayangan aku masa kecik.waktu umur sebelum masuk darjah 1,banyak masa aku dihabiskan bersama mok.cucu sulung,pompuan pulak tu..memang dah semua maklum aku kesayangan mok.w,pun dah kawen dan ada anak-anak..sesekali balik kampung aku akan tido dengan mok..penah mok halau aku suh tido dalam bilik katanya 'pegi tido dalam bilik nun.tak baik biar laki tido sorang'.aku cakap 'abang tak kisah pun.bukan selalu nak tido dengan mok'.bila aku berdegil barulah mok diam.aku akan peluk mok dari belakang dan picit badan mok.sambil baring mok akan pesan macam-macam.selalunya bab agama,bab solat,bab baca Qur'an..alam kubur dan juga alam akhirat.walaupun dah ulang kali aku dengar benda yang sama sejak aku kecil tapi aku suka dengar..aku diam je bila dengar mok bercerita walaupun benda yang sama.mok selalu cakap 'kalau boleh nak mati senang.tak sakit lama-lama.tak nak susahkan anak cucu yang duk jauh balik tengok dia sakit.biarlah mati sebelum jemu orang menjaga'

YaAllah..aku mintak sangat kalau umur mok tak panjang..bagilah aku peluang jumpa mok sebelum mok tutup mata.aku ingin berbakti 'memandikan' mok kali terakhir.tu je aku mintak.

maaf..entri ni agak emo :(

8 comments:

cheqna said...

putaran kehidupan gitulah..kita seksok seksok camana nasibnya ni.....
insyaallah moga Allah bagi MOK kesihatan yang baik....

Pok Amai-Amai said...

ISh...jgnlah emo beb. T aku pun emo teringat Tok Ki aku kat kmpg tu...

Chill ok?

Hanis Azla said...

sebab akak baca entry ni.. bercerita ttg org2 yg kita sayang mmg kita akan selalu emo..

m.u.l.a.n said...

teringat pulak kat atok & tok kat kuantan..

mummY daniSha said...

sebak bula bace..sebab baru melawat pakcik sakit td....semoga ALLAH beri kesembuhan pada MOK irfa dan pakcik sy..amin..

Acik Erna said...

dik..memang jauh nak balik kampung kan.masa pi machang..setiap kali nampak nama tempat dan kampung manik urai..teringat..kaka ada disitu.

Ann Ishak said...

rindu mok dekat arwah agaknya tu, semoga nenek sihat selepas ni ye

gerhana luka said...

begitu la bila usia dah lanjut, teringat jugak saya pada aruah mok asben yang meninggal awal tahun ari tu bertahun2 menghidapi nyanyuk yang dia ingat cuma kisah2 lama jer benda yang baru berlaku walau baru sejam dua dia tak ingat. kengkadang orang2 yang dah lama tak ada pun dia kata masih ada. Kalau rindu jenguk2 la nenek tu ya bila cuti.