Skip to main content

Seminggu Bersama Kakak

Sebelum baca entri ni kalau free dan nak tahu kisah DUIT TABUNG HERO SILA KLIK..tak nak pun takpe..tiada unsur paksaan disitu ;)

Alhamdulillah..
cuti sekolah minggu lepas kakak balik sini selepas 42 hari tak bersua muka.cuma sms dan suara di telefon mengubat rindu.last bersama kakak ialah 27 Jan 2012.cuti raya cina tu hari.setiap hari belek kalendar mengira bila kakak nak balik sini.keje si hero ialah pangkah kalendar bila kakak nak balik.

kakak selamat sampai rumah jam 7.30 malam bersama atok dan mok juga paksu.(adik lelaki yang bujang tu baik hati balik kampung hari jumaat tu dan balik sini semula hari sabtu bawak diorang ke sini.TQ Ichik) tapi malam tu mak ayah aku tak tido umah kami sebab dah janji nak tido rumah adik lelaki.so diorang cuma singgah hantar kakak je.malam tu tido sekatil ngan kakak.rindu sangat kat dia.tadah la telinga dengar cerita-cerita kakak.tentang sekolah la yang banyak.aku gembira bila dia kata seronok kat sekolah baru tu..cuma bila kat rumah bosan sikit la sebab takde adik,takde ayah takde umie.sebak hati bila dia cakap camtu.huhu.



kakak rindu adik ;)

HARI KE 2 BERSAMA KAKAK(AHAD).
-ayahnya keje so takde apa-apa plan.tengah hari tu sebelum cik abe gi keje kami ke umah adik lelaki,makan tengah hari kat sana dan melepak kat umah dia sampai ke malam.

HARI KE 3 (ISNIN).
-adalah besday cik abe yang ke37 tahun.tapi tuan punya badan boleh ingat besday dia yang ke 38.aik..tak sabar-sabar nak tua ker?hehe.dan sangat kebetulan dengan kakak balik so pagi itu kami ke JJ s'ban2..makan pizza pastu tengok wayang.memula nak tengok citer Seafood tapi tayangan waktu petang (cik abe kena masuk keje) so kami ambil keputusan tengok je citer The Lorax (makhluk jenis apa kah aku pun tak tahu) so layanlah kami 5 beranak dari jam 12.45 sampai jam 2.30 petang.si kenit siap tepuk tangan..seronok sangat kot bagi dia.



kisah sebuah bandar ciptaan yang memerlukan kita membeli udara.takde pokok sebenar kat bandar tu..semua pokok adalah tiruan.tetapi ada seorang budak lelaki yang cuba menanam sebatang pokok sebenar kerana ingin memikat seorang gadis..nak tahu berjaya ke tidak tengokla sendiri yer :).balik umah semua dah keletihan.

malamnya..mak ayah aku datang dan tido umah kami

HARI KE 4 (SELASA)
-emm apa aktiviti ari tu yer?oooooooooo..aku bawak mak,adik dan anak-anak jalan-jalan ke airport.kata mak ada mak sedara aku akan balik dari umrah dengan flight jam 11.30 pagi.kebetulan rumah tak jauh dari situ kami konon nak wat seprise la tunggu makcik balik.tapi kami yang kena seprise.dari jam 11.30 kami terpacak menunggu rupanya makcik dan rombongan umrahnya sudah sampai ke Pahang.salah info dari anak makcik,rupa-rupanya diorang turun kat klia jam 5.30 pagi.hahaha..takpelah.takde rezki nak jumpa..so kami pusing-pusing tengok orang tengok kapal terbang (padahal aku sendiri dah nak muntah 5x seminggu duk kat airport ni).makan-makan kat food court,dah kenyang terus balik umah.

-malam tu makan besar sebab ayah aku yang ikut adik hantar barang ke Ganu balik dengan seplastik besar lokan sebesar penumbuk dan jugak ikan sungai (mak masak gulai,goreng dan belen buat pekasam).



ini le rupa lokan tu (cilok dari gugel)pertama kali aku makan lokan size besar.bagi aku rasanya agak liat.aku lebih suka kerang kot.adik aku lagi pulak katanya 'geli nak makan.besar sangat'.

HARI KE 5 (RABU)
-pagi tu bekfes ala-ala je sebab nak simpan perut makan nasi arab kat cyberjaya.jam 11.30 kami keluar rumah 2 buah keta layan nasi arab.pertama kali mak ayah mencuba nasi arab dan aku mula-mula cuak kalau-kalau tak kena dengan selera mereka.alhamdulillah..licin.

lepas tu aku pelawa mak ayah ziarah mil n fil kat cheras.kebetulan memang kami nak balik tido sana.kakak belum jumpa atok dan makwan lagi sejak balik dari kampung.mak ayah ikut kami dan kat sana mil dah masak penuh meja.sian mil susah payah w,pun kami dah bagitau yang kami dah lunch.agaknya mil segan kalau tak jamu besannya..so makan lagi.borak-borak dan jam 3.00 diorang balik semula ke rumah adik lelaki.kami anak beranak tido umah mil malam tu.kakak happy dapat jumpa sepupu kamcengnya,Ayong.

HARI KE 6 (KHAMIS)
-masih di cheras..lepas makan tengahari kami gerak ke putrajaya konon nak tengok belon udara.mil,adik ipar (lelaki) dan juga 5 anak buah cik abe ikut sama..konvoi 2 keta konon nak tengok belon tapi wrong timing..masa kami sampai jam 2.30 tapi belon mula jam 5.30 so kami cuci mata sambil makan kek kat medan selera tepi tasik kat masjid tu..

-5.30 datang balik ke tapak pertunjukkan belon tapi cuma dapat tengok orang dan gerai je.cuaca kurang baik dengan angin kuat dan hujan dah mula turun so kami berlari masuk keta terus balik umah.sian kakak tak dapat nak naik belon.nak datang besok pun tak boleh sebab esoknya kakak dah nak balik kampung.

HARI KE 7 (JUMAAT)
-pagi tu agak sedih sikit sebab kakak dah nak balik.aku sempat buatkan nasi goreng untuk sarapan dan 8.00 pagi kami semua bersama kakak di Terminal One Seremban.kakak bersama atok,mok dan ishu naik bas jam 8.30 pagi..kakak teruja nak naik bas 2 tingkat.

bila bas bertolak,mata aku tiba-tiba masuk habuk.huhu..sekarang menghitung hari untuk cuti sekolah hujung bulan Mei (cuti sekolah 2 minggu).

ada sikit gambar tapi lupa bawak usb untuk kamera..next time la kalau aku rajin aku letak sini

okey..selesai sudah ;)

Comments

Fuh! Ko punye diary! Excited aku baca. Tapi kan beb, makan nasi arab kat Cyberjaya? Kat ne tu?
Irfa said…
FARA..
panjang giler kan?sambil taip sambil belek diari.ko mampu?gigih sgt kan?
nama restoren Saba' kat cyberjaya.
setakat ni nasi arab kat situ je menepati tekak kami anak beranak.
Unknown said…
panjang berjela diari ko eh.. sakan betul berjimba jimba.. hehe.. cam bes je saba tu irfa.. range harga macam mana?
Unknown said…
kakak dah sekolah di kampung ya irfa? Kenapa? Apa pun kakak semestinya seorang yg berdikari sbb tu tetap kuat walau berjauhan dr ibu, ayah dan adik2nya. Anak2 kak yus belum boleh mcm tu huhu.
Acik Erna said…
betul la..mata akak pun masuk abuk jugak baca cite kakak ni..
Kakcik Seroja said…
Satu catatan harian yang lengkap. :)
Cikja said…
huhuhu..part yang last tue sedih..aku pulak rasa nak nangis..:(
Mummy Rizq said…
Dah lama x mengikuti perkembangan.. Why kakak sekolah kat kampung sekarang? Aku sedih la...
Zareda Norman said…
Seminggu bersama kakak sgt berharga kan. Kak zar berpisah 2-3 hari pun dok mengira waktu nak balik. Tambah anak dara tu dah pandai emo.. Suka suruh kak zar peluk peluk dia kalau nak pi outstation, manalah hati tak rawan

Tak apalah moga kakak baik baik dan rajin belajar, masing masing berkorban tu kan..
Irfa said…
RAI..
aku rasa rega maih boleh diterima akal.bajet rm15 je kot satu kepala :)

KAK YUS..
emm citer dalam en3 yang lepas.hehe
apa yg boleh saya kata ini terbaik untuk dia setakat ini.rindu berpisah ngan anak tetap ada
Irfa said…
KAK ERNA..
masuk habuk dalam mata yer?meh saya tolong tiupkan ;)

KAKCIK..
sy mmg seorang yang detail ;)

CIKJA..
ko jgn la nanges..nanti aku nanges jugak ;(
Irfa said…
MUMMY RIZQ..
tahu ko jarang singgah sini ;)
spt jawapan kat komen kat yus.itu terbaik setakat ini

KAK ZAR..
mmg berkorban sungguh la.
jiwa dan raga semua berkorban
moga pengorbanan ini berbaloi
Kakzakie Purvit said…
Kalau dah nama ibu bila anak balik ke asrama je mulalah mata masuk abuk kan... tapi nak buat macam mana kena tabah juga demi masa depan dia...
lieynanilaz said…
seronok pulak aku baca percutian keluarga ni...
Anna said…
Irfa, nice...kuatnya hati mu..kalau daku tak sanggup berpisah.....sabar menanti May ye
bangsawan nilai said…
org ckp kalau anak duk jauh, dia cepat matured...
Unknown said…
seronok and sgt enjoy...dah lama x makan lokan...

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')