Wednesday, March 21, 2012

SPM Diumumkan Hari Ini..Tetiba Aku Yang Nebes.Pehal?

HARI NI 21 MAC 2012..
keputusan SPM akan di umumkan.
dari malam tadi aku yang tak lena tido.
padahal zaman aku ambik spm dah berlalu 15tahun yang lalu.

sapa kata SPM tak penting?
bagi aku SPM penting kerana itu anak tangga pertama untuk menuju menara gading ataupun nak memulakan alam pekerjaan.tapi SPM sekarang kalau nak keje dah tak berapa laku.paling koman pun nak ada Diploma..zaman aku dulu lainlah.

hari ni..
sudah semestinya debaran aku tidak sehebat debaran adik pompuan aku yang akan ambil result tu.dia sekarang dalam tren dari seremban nak balik kampung..masa entri ni ditulis dia belum lagi sampai kampung..biasalah perjalanan ngan tren kan lama.

harap-harap dia dapat result yang membanggakan.aku sentiasa doakan adik-adik aku yang 5 orang itu berjaya dalam hidup mereka dunia akhirat dan bertemu jodoh yang beriman serta bertanggung jawab.mungkin sebagai kakak aku seorang yang garang tapi segarang-garang aku,adik-adik tetap dihati kerana kami berkongsi perut yang sama.

korang doakan untuk adik aku yer ;)

7 comments:

Rai said...

insya allah irfa..

tapi entah kenapa sekarang aku tak rasa SPM tu penting mana pun.. ramai yg aku kenal belajar ada ada je sekarang lebih berjaya dari aku..

malu nak mengaku ada degree..

*SiRibenMerah said...

insyaAllah..

Yellow said...

ko nebes sebab ko hamik SPM jugak kot... :P


wow muda belia giteewww

cheqna said...

cheqna gagal dalam spm tapi tak putus asa..bangkit dan teruskan perjuangan dalan stpm..alhamdulillah berjaya masuk U dan menjadi seseorang skang alhamdulillah....
yang penting jangan putus asa

Pok Amai-Amai said...

Betul beb. SPM tu penting. Tak cemerlang, tak apa janji masih mampu untuk mendaki tangga ke menara gading......

pB said...

insyaallah , ok

Irfa said...

RAI..
Mmglah ada yang berjaya tanpa sijil apa pun janji ada usaha.
Businessman Berjaya ada jugak yang skolah smpai darjah 6 je,.
tapi kalau nak isi borang tu tetap ada soklan ttg result SPM.
Kira kelulusan paling minimum la

SIRIBEN MERAH..
Dah dapat result pun..cukup makan je

YELLOW..
Haha..kalau suh aku ambik sekali lagi pun aku tak berani.
Silap2 langsung takde subject yang kredit

CHEQNA..
Tahniah kerana terus berusaha
Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
Harap2 adik saya juga tak putus asa

FARA..
Itu la maksud aku.
Org kata anak tangga pertama

KAKPB..
agak sedih juga tapi dah redha ;(