Skip to main content

Tabung Syiling Hero

Dah banyak hari hero duk menyanyi kat telinga aku 'umie.tabung abang dah penuh.dah tak boleh nak masuk duit lagi.umie hantar la kat bank rakyat.nanti abang nak beli PSP'.hah,itulah yang dia ulang hari-hari kat telinga aku dari minggu lepas.tabungnya ialah tabung bentuk bangunan Tabung Haji macam ni



ini bangunan Tabung Haji ;) dulu-dulu zaman sekolah rendah aku pelik kenapa tabung tu rupanya pelik tak macam tabung ayam yang lain.rupanya dia adalah sebuah bangunan

balik kepada citer si hero dan tabungnya..semalam dia cakap lagi.yang best dia cakap 'bank rakyat' takde pulak dia sebut bank lain..ni mesti pengaruh iklan 'Bank Rakyat,Saya Mesti Pilih'..hehe.

so nak keluar rumah tadi aku capai tabung tu dan keluarkan isinya masuk dalam beg tanpa mengira berapa jumlahnya.jam 11 tadi pegi bank kat airport ni yang katanya 'ini adalah mesin deposit syiling yang pertama di Malaysia'.masuk kad atm dan buka je lubang syiling tu aku terus tuang syiling dalam tu..

sekali keluar ayat kat skrin 'mesin ini rosak,sila berjumpa pegawai di kaunter'.alahai..

kata cik kak tu 'isi borang dulu,nanti kami hantar borang kat HQ pastu HQ hantar orang untuk bukak mesin tu..dan kalau ada duit dalam tu pada waktu yang puan report ni..duit akan di masukkan dalam akaun puan seperti dalam borang yang puan isi ni.sila pastikan no akaun itu betul.proses ambik masa dalam 3 @ 4 hari'.

harap-harap ada lah duit hero tu..sian dia nak beli PSP ;)

----------------------------------------------------------------
KRONOLOGI KISAH SYLING HERO

1-syiling masuk dalam mesin tersebut 06/03/2012(selasa)jam 11.30 lebih kurang.mesin rosak dan buat report.katanya ambil masa 3 @ 4 hari akan masuk dalam akaun

2-setiap hari mulai selasa sampai pagi jumaat tiada pun duit masuk akaun.

3-09/03/2012(Jumaat) sekali lagi ke kaunter 'SI AI EM BI' tapi staff pompuan yang ambik report tak de kat kaunter..dan kebetulan memang takde sapa-sapa untuk aku rujuk tentang kes itu.sabar lagi..bagi diorang masa

4-pada 13/03/2012(selasa) aku ke airport bawak anak-anak serta mak dan adik melawat klia.lalu di kaunter itu dan nampak ada staff..tapi pompuan yang ambik report tu tak kelihatan.so aku merujuk kepada sorang staff lelaki.tapi katanya 'mesin belum buka lagi.staff incharge takde.tapi akan cuba bukak hari ni.tunggu je duit masuk dalam akaun'.boleh?itu adalah 8 hari selepas kejadian.aduhai..takpe,sabar lagi

5-kebetulan singah isi minyak 14/03/2012 aku cuba check lagi kat atm stesen minyak itu tapi duit belum masuk.hati sudah mula panas tapi apa boleh buat kan?sebab aku masih dalam cuti takkan nak ke airport semata-mata untuk itu.buang minyak lagi ada

hari ni..19/03/2012(isnin) 14 hari=2 minggu selepas kejadian.jam 10 pagi lebih kurang la

6-aku dah mula masuk keje selepas cuti seminggu.check website bank tersebut.konfem duit takde masuk.aku buat muka tebal sekali lagi ke kaunter dan kebetulan pompuan yang ambik report tu ada.dia mungkin dah lupa kes aku so terpaksa cerita sekali lagi dari awal.huhu.dia dah ingat barulah dia masuk dalam dan check..maka menunggulah aku dengan sabar.dari luar aku nampak dia sibuk call sana sini.wah!macam lah syiling aku tu ada seguni..hehe

7-lama kendian..dia keluar bagitau kena rujuk staff yang incharge.tapi staff tu keje shift petang.dia mintak no hp aku..nanti dia akan suh staff incharge aku call petang nanti.pulak?sabar lagi..aku nak tunggu petang ni apa citer.sebelum blah dari kaunter aku sempat bagitau dia perasaan aku.dah macam sesi luah perasaan pun ada.aku cakap kat dia 'cik.kes ni dah masuk 2 minggu.saya cuma nak tahu ada ke tak de duit tu?saya tahu duit tu bukan banyak.kalau di kira mungkin tak sampai pun rm100 kot.tapi saya tak kisah pasal jumlahnya,cuma nak tahu kemana duit tu pegi.dahlah saya tak de bukti masa masukkan duit tu.yang ada pun cuma report yang saya buat dengan awak tu je'.tapi dengan muka tak senyum (tensen kot) dia kata 'yelah saya faham.tapi kena tunggu staff yang petang ni.duit tu mesti ada.petang nanti saya akan check ngan staff yang in charge.mesti ada cash yang terlebih hari tu'.

malas nak bertekak aku pun blah..dari segi logik akal..dah 2 minggu takkan takde apa cerita.takpe..aku tunggu lagi dan bagi diorang peluang.

AKHIRNYA.. jam 4.00 petang.aku cuba check kat website sekali lagi sebelum call staff berkenaan.yelah kata keje petang.dah pukul 4.00 petang mesti dah masuk keje kan.

taraaaaaaaaaaaaaaaaaa...waktu tertulis jam 12.11 minit ada masuk RM107.80 SEN.tertulis juga 'NOBOOK CASH DEP'..agaknya itu code menunjukkan ada syiling masuk la tu kan..hehe



so bolehlah aku citer kat hero duit tabung dia dah bertukar jadi duit kertas.malam tadi dia dah buat keputusan katanya 'abang tak jadi la nak beli basikal fixie.abang dah buat keputusan nak beli PSP je'.apa2lah nak oi..kena la menabung lagi.mana cukup rm100 tu nak beli psp.memula mmg dia plan nak beli psp lepas tu tukar nak basikal fixie..dan tukar lagi nak psp ;)agak-agak berapa kali lagi kena penuhkan tabung baru tercapai impian dia tu yer

menyahut seruan 'budi bahasa budaya kita' so aku pun telefonlah kaunter bank dan bercakap ngan staf pompuan yang tak berapa nak senyum tu ari bagitau duit dah masuk dan ucapkan terima kasih kat dia.tak susah kan nak ucap terima kasih w,pun cuma untuk perkara kecik :)

Comments

Unknown said…
tu baru sikit irfa,citer akak plak terjadi masa akak pi bercuti ke sabah,bila nak drow duit kat atm mesin sana,semua atm blackout,rupnya masa tu seluruh mesin atm di sabah blackout,masa tu plak weekend,hanya hari isnin sahaja pihak bank boleh berurusan ...waaaa menangis juga akak mas tuh mana taknya duit dalam genggaman hanya cukup cukup makan jeh....terpaksalah kami makan angin jeh balik tanpa ole ole....!
Kakcik Seroja said…
Alamak! itu yang tak suka tu. Kita masuk duit, alih2 mesin pulak rosak. Mesti si hero tu ternanti2, kan?
Irfa said…
KAK LIENDA..
mesti tensen gile masa tu kan?
mood nak makin angin pun terus terjun ke laut :)

KAKCIK..
harap2 2@3 hari masuk la duit tu..nak beli psp pun rasanya tak cukup..so suh dia simpan lagi :)dah cukup baru boleh beli
aNIe said…
As'Salam Irfa...bestnya ada mesin pendeposit silling ye... kat sini takde lah... tak best betul...hehehe
Irfa said…
KAK ANIE..
selalunya mesin tu okey je,hari ni buat hal pulak.rasanya ini mmg mesin deposit syiling yg pertama di m'sia.kat cimb klia letaknya :)dtglah sini
Unknown said…
gitu plak jadinya..alahai...
Amboi...psp ka? Ko beli je psp utk die.....duit2 die tu ko mskkan dlm sspn...

ke ko dah bt edu plan utk die?
Irfa said…
ILA..
gitu lah kisahnya..
lagi 3 @ 4 hari aku akan apdet apa kesudahannya :) biasalah blog ai ni ala-ala fb.hihi

FARA..
aku tak plan pun nak beli psp..belum masanya ;( sspn belum bukak.cume beli insuran biasa je

FIEDA..
macam astro jugak..macam2 ada ;)
sweetie said…
Aduhai Irfa, suspen lah nak tunggu 2-3 hari lagi tu. Saya tu pasal tak nak guna mesin-mesin atm ni, lebih suka gi terus kaunter walaupun terpaksa beratur panjang, janji hati senang, tahu duit dah masuk terus ke a/c.
Unknown said…
Assalamualaikum Irfa...insyallah ada rezeki anak irfa tu..akak selalu niat dlm hati jika duit tu halal pasti dpt semula...


p/s irfa..akak dok bandar baru salka tinggi..sbtu ahad lepas 2 hari berturut2 pegi Nilai..kat Giant dgn Tecso...tak jauh mana pun...dlm 20 minit sampailah..kalau akak balik melaka naik train dr Nilai ke seremban..
Acik Erna said…
masa dah masuk duit baru bagi tau rosak ye..memang saje la tu
Anonymous said…
suspend menunggu ni Irfa... si Hero tau tak duitnya dah di 'telan' dek mesin atm tu.
Aidah said…
Ini sudah kes haru ni, Irfa. Sabar je lah tunggu jawapan dari bank.
Unknown said…
Heeeee..tak suka kalau kena camtu..kalau boleh , dlm buku pun terus update jam jam tu jugak...baru ada semangat nak menabung lagi.
Irfa said…
SWEETIE..
mmg pun kalau boleh nak ada bukti bertulis dan ada cop duit dah masuk.tunggu lama pun tak kisahlah.tapi kalau nak cepat kena jugak ngadap mesin.w,pun tak banyak sebab bila berlaku kes macam ni..kita takde bukti.tunggu la apa kesudahannya
Irfa said…
KAK IDA..
oh kat bbst je.takdela jauh mana kita yer ;)

KAK ERNA..
ha'ah.dah masuk baru kata rosak.kalau tahu dari awal takde lah saya nak guna mesin tu..cari nahas je ;)

CIK ANON..
sabar itu sbhgn dr iman :)
Unknown said…
mesti hero tak tahu duitnya kena telan ya. Kak yus rasa mesti dia semangat lg menyimpan lps ni. Moga dpt dia beli psp atau basikalnya tu ya.
kujie said…
akhirnya settle juga walau pun melebihi tempoh sepatutnya.... kita ni pengguna mesti mcm tu lah...apalagi kalau kita bawa tu ciput je....
Dekat Maybank dah ada MESIN DEPOSIT DUIT SYILING. Maklumat lanjut di blog saya.. =) http://malaysiabanknotesandcoins.blogspot.com/2014/02/mesin-deposit-duit-syiling-coin-deposit.html
Cik Iman said…
lamanya nak settle benda nie O_o

mana cukup nak beli PSP dik oi ekekeke

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')