Monday, March 26, 2012

Terokai Korea Bersama.................(hehe)

Sekarang duk gila tengok citer Korea.dari makanan dan juga hiasan dalam rumah mereka (dalam citer tu la) aku telek habis-habisan.suka tengok comforter diorang.warnanya ceria je dan nampak kainnya sejuk.(ceh.kalau dah suka tu semuanya cantik aje).dan kat Astro Ria ada pulak rancangan Terokai Korea bersama Awal dan Didie Alias.walaupun aku anti 'kapal merah' tu tapi aku terpaksa tengok semata-mata Korea punya pasal.huhu.

KOREA TOURISM klik sini kalau nak info melawat korea.bila la aku nak gi korea ni.ada akak opis aku ni dah 2 kali gi sana.dia kata tak puas pegi sekali.anak-anak dia pun suka gi sana.last week dia ada bagi souvenier dari korea.simpan je tak nak pakai.sayang pulak.hehe.ops!tak lupa blogger KakPah pun baru balik dari melawat Korea..bestnya tengok blog kakpah..dahlah gambar-gambarnya pun cantik.menambah lagi keterujaan

asik tengok diorang makan dalam drama korea tu tiba-tiba aku teringin nak makan kimchi dan bibimbap.sedap ker?



ni rupa kimchi (sejenis kobis jeruk kalau tak silap)gambar dari sini.katanya pedas.sesuai la ngan tekak aku yang suka makanan pedas ni



bibimbap ni katanya nasi yang dicampur sekali dengan sayur.gambar dari sini

kata Didie dalam rancangan tu makanan ni halal.kalau kata halal dari segi pembuatan pun tapi peralatan yang diguna pun kena ambik kira jugak kan?emm ...aku agak cerewet sikit bab makan ni..lebih rela makan roti 60sen dan mee segera kalau hati rasa was-was.pesan orang tua 'kalau was-was baik jangan makan'.

ada sesapa nak gi korea ker?kirim fridge magnet buleh?hehe

okeylah nak gi makan..tadi bz tak sempat bekfes.
kira 2 dalam 1 la ni.brunch terus :)

12 comments:

Pok Amai-Amai said...

Aku tak nah berangan nak ke Korea. Tapi klu Jepun tu ye....semangat sakura ni. Hahahah!

gerhana luka said...

gila gak ngan benda2 korea ni sejak tengok chanel ONE. betul la rumah2 orang korea ni nampak cantik dan simple je. makanan orang korea plak membuatkan kita terliur jer.
ada satu restoran korea kat mid valley yang halal tau makanan yg paling popular kat situ bibimbab.

Mama Ema said...

cam pelik jer tgk makanan tu

Irfa said...

FARA..
jepun pun suka gak tapi ni terpengaruh ngan channel 393-One tu yang buat pejam mata pun teringat Korea ;)

GERHANA LUKA..
mmg pun..ni One punya pasal la jadi macam ni.huhu.rumah dia simple je kan..tido atas toto je kalau rumah biasa.rumah org kaya je tido atas katil :)

MAMA EMA..
tapi katanya diet yng bagus ialah makanan korea sbb diorang masak rebus-rebus ke tak pakai minyak.sbb tu diorang slim2 susah nak nampak yang gemuk

Asyifa Mustaffa said...

sy pun teringin gak nak rasa kimchi tu camne..sbbnya nie hari2 dok layan citer korea diaorng asik dok sebut kimchi2...smpi sy suka sngt ngan korea....hehehe...

Irfa said...

Asyifa..
hehe.samalah,dah terasa-rasa kat tekak rasa kimchi tu.apa tak nya duk layan citer korea hari-hari,malam ni mcm biasa bermula dgn The First Vives Club pastu Yes Captain dan tunggu lagi untuk While You Are Sleeping dan last sekali Stay With Me,My LOve.baru boleh masuk tido.

Rai said...

irfa,
aku teringin nak belajar jugak bahasa korea..kimchi tu jeruk.. masam masam pedas..ok gak..adeh. bergenang air liur aku..hahaha..

kalau cite korea aku pun suka.. tetiba teringin nak tengok cerita lee min ho..waaahhh..

Aidah said...

Betul tu Irfa. Akak kalau pergi jalan mana2 mesti masuk website Jakim utk check halal tak dapur hotel tu. Tak berani nak amik risiko. Mulai tahun ini halal South East Asia tu pun diorang dah tak boleh pamerkan lagi kan. Akak tengok kat restoran2 biasa ni byk dah tanggalkan logo tu. Hanya logo halal jakim je dia terima.
Baru2 ni ada Matta Fair, Irfa tak pergi ke? Byk pakej murah ke Korea kot.

cheqna said...

berangan gak ni nak g korea..beshnya

Hanis Azla said...

baba entry irfa ni terus akak pun berangan nak ke korea.. kimchi tu mmg teringin benor nak rasa..

m.u.l.a.n said...

order kimchi dgn kak sya.. dia terer buat.. saya pandai makan je..

azieazah said...

Minat Korea gak sikit-sikit. Lelaki Korea ramai hensem. Hahahahaha Sepet depa sepet yang sweet!