Thursday, April 12, 2012

9 Dari Pintu Rezki Adalah Berniaga

hebatkan tajuk tu?mesti ada yang terus klik tanpa fikir banyak kali.hahaha..macam bagus je.sedangkan kisah disebaliknya bukanlah kisah aku tapi kisah orang lain :)



gambar adalah hiasan,pic kat SINI

alkisah..area rumah aku adalah taman perumahan yang nak kata baru tak baru jugak tapi adalah dalam 7 tahun..cuma sedih sikit sebab kawasan ini lambat membangun mungkin kerana ada kawasan perumahan lain yang lebih banyak kemudahan dan menjadi tumpuan pemaju untuk dibangunkan (agak berbelit-belit ayat itu..hehe).kena tunggu rumah-rumah dikawasan lain habis jual barulah pemaju akan celik mata untuk bangunkan kawasan perumahan aku tu.okey..itu kisah lain.

yang aku peratikan ni ialah penduduk taman aku ni rajin jugak berniaga.kat taman ni ada 2 fasa tapi cuma ada satu kedai je (nak kata kedai sangat pun tak jugak ada satu rumah corner lot yang disewa oleh seorang kaum india dan dia jadikan kedai runcit) itu jelah tempat kalau nak beli garam @ bawang waktu kecemasan..kalau nak cari tikar getah ker atau kepala paip memang takde jual la.dia jual barang2 basic je.aku pun hanya beli kat situ bila kecemasan..biasa beli mini market luar sebelum balik rumah.

tapi waktu pagi ada 1 gerai nasi lemak dan 1 gerai roti canai (roti canai dia sedap sangat...lembut dan gebu je.kuah dhalnya pun sedap) mungkin dia tebar roti dengan kasih sayang ;) dan waktu petang ada 1 gerai jual goreng pisang/keropok lekor..simple je gerainya..meja kecik dan payung je..pembelinya adalah majoriti kanak-kanak dan juga orang yang balik keje singgah beli untuk minum petang (balik dah 6.00 petang tak sempat nak goreng cucur pun..alasan jua disitu) nak senang setakat nak kunyah-kunyah tu beli je lah..macam aku je :).

sejak minggu lepas tumbuh lagi satu gerai..dia jual sate ayam.memang sate ayam je takde pilihan nak sate daging ke sate perut.dari hari isnin hero dah cakap 'tadi kawan abang,aiman tu bagi abang satu sate.murah je 50 sen.beli kat depan tu.abang nak beli jugak tapi umie balik lambat' aku yang tak tahu menahu ada gerai sate tu terus je sms cik abe bagitau yang abam nak makan sate..(plan cuti2 nanti boleh la keluar makan sate kat mana2) biasalah mak-mak ni bila anak sebut nak makan sesuatu selagi boleh nak tunaikan.terus cik abe cakap 'kat simpang tu ada kawan abang baru berniaga sate.orang kata sedap.tapi kena pegi awal sebab dia buat tak banyak..cepat abis'.aku tengok jam dah pukul 7.00 malam..so aku cakap kat hero 'esoklah ye kita beli sate..balik keje nanti umie ambik abang dan adik,kita pegi beli yer'..dia okey je

hari selasa..balik keje awal sikit ambik kanak2 ribena tu dan terus ke gerai sate.brother tu tengah panaskan tempat bakar sate dan kanak-kanak dah berkerumun menunggu dia membakar.tak menang tangan dia membakar di bantu sorang anak lelaki..anak dia la kot.

yang buat aku gelak..budak2 tu beli cuma 2 cucuk sate je sorang.ada jugak beli 1 cucuk..cute je rasanya.letak secucuk sate dan tuang kuah kacang terus dalam plastik tu..hero je yang order 10 cucuk.itupun sebab aku datang sama..budak-budak lain datang dengan kengkawan (aku kan ibu yang cerewet.jangan harap lah nak kesana sini sorang diri..mesti aku akan temankan jugak). aku makan secucuk..nak kata sedap sangat tu bagi aku biasa je..memang rasa sate la takde la pulak rasa piza.hehe

balik rumah aku terfikir 'berapa la untung orang berniaga sate tu.1 cucuk 50sen..sehari bape dia dapat yer.kalau 2 ekor ayam baru bape RM.balik modal ke tak'..sibuk je duk kira untung rugi orang.macam la aku ada share.hehe.

yelah,daripada takde buat apa petang-petang tu bagus juga kalau berniaga kecil-kecilan ni..boleh tambah duit poket,rajin ngan malas je..kalau rasa nak banyak masa rehat memang takde duit masuk la kan..kena usaha barulah berhasil.

teringat kat kakak.dia penah cakap ngan aku 'nanti umie buka la kedai macam Cosway tu..boleh kakak jaga'..dia suka masuk kedai Cosway tu sebab kedai tu baru buka..barangan tersusun cantik dan ekonnya sangat sejuk.tak sangka dia boleh berangan sampai ke situ.emm..tengah fikir nak berniaga apa ye petang2..aku memang suka berangan.buatnya tak pun :P.

10 comments:

izawani said...

Berniaga la... Kak Mar berniaga... dia dah kaya... hehehe...

leney said...

Saya baru message kat kawan kalau dia nak buat part time. Cari tempat printing yang murah kat Kl tu. Sebab kat sini, nak print name card ke, bill book ke agak mahal. Kalau Irfa ada jumpa yang murah, kalau ada order, saya fwd the order to you. Kalau minat ler. :)

bangsawan nilai said...

ambik francais rojak enstek (branch)...kui kui

ainnoraini said...

terpikir jugak nak berniaga tapi..tak tahu apa nak di jualkanye tuu..akhirnya angan2 tingal angan2 jer la...

Acik Erna said...

aimi dan bang ngah selalu cakap..klau mak jual laku ni katny..setap pa yng kk masak..akak jawab..mak dah tua..dh tak larat..he he

lienda said...

simpang nak masuk umah akak,ada satu gerai juai mee rebus,sedap beb wa cakap luuu,mak akak lau datang sini mesti pekena dulu...baru puas katanya !

mokwo® said...

mokwo tak suka peniaga yg bermuka masam mencuka...mcm tak ikhlas..so tak yah niaga kan!...lately ramai jiran tetangga mokwo sudah berniaga kecil2kecilan...adakah petanda bahwa mereka terlalu rajin atau ekonomi sekrang yg memang tak memberansangkan...meniaga makan nih memang menghasilkan pendapatan yg lumayan...tapi manyak penat orrrr!

Lady Windsor said...

berniaga dalam talian pun best juga Irfa...cer try kita fikir macam mana nak niaga satay dalam talian...kalau ada idea bitau ya...hehe

paridah said...

ye irfa rezeki dlm bidang niaga ni sgt luas abah ank2 akak jd jutawan just jual ikan masin je...xcaya?

Rumah Kuning said...

dua hari lepas saya dikunjungi sahabat sek menengah (cikgu juga) yg dah berpuluh thn tak jumpa. Rupa-rupanya dia datang untuk menjual kain.... rajin kan?