Skip to main content

Ajal Maut dan Jodoh Itu Keja Allah..bukan Keja Manusia

sebenarnya aku tak suka marah-marah dalam blog @ juga Fb (walaupun jarang-jarang dapat bukak Fb sekarang ni) oleh sebab tu aku dah buang semua posting dulu-dulu yang melibatkan perasaan kat wall fb.yang ada cuma share benda-benda yang berilmiah.tak guna meluah perasaan kat Facebook ..baiklah FaceToFace je,cepat selesai.entri ni pun mungkin akan diremove akan datang..sapa sempat baca,kira bertuahlah tu ;).sebab aku akan malu sendiri bila baca posting yang tah hapa-hapa.

okey..balik pada citer.tengah hari tadi aku ada masa bukak fb,kan ke lunch time 2 jam..so ada la makhluk dah cucuk aku punya 'nafsu amarah'..sambil baca posting orang lain kat wall..like sana sini dan juga sinun,ada mesej masuk.tegur-tegur aku..okey..aku jawab.dari orang sekampung.budak sangat dari aku..taraf adik la senang citer.



memula tegur tanya khabar pastu tetiba tanya pasal adik aku 'dah kawen ke belum?'eh!silap petik la lu dik..aku jawab 'belum ada jodoh.nak pilih laki bukan macam pilih ikan atas pasar'..terus dia sign off.

emo tak aku?
ye..aku emo dan bengang sebab dia bukan sesiapa.bukan sedara mara dan juga bukan sahabat dekat dan juga bukan kawan adik aku nak tanya soklan macam tu.tak sesuai langsung..ni mesti kes takde keje..dah buat keje umah ke belum?dah masak nasi?dah ambik anak sekolah ker yang sibuk duk berfacebook tegur orang sana sini?..

ingatlah..sapa tak nak kahwin.ada keluarga sendiri?ada suami ada anak?tapi,itu bukan keje kita.kita cuma harus berusaha kalau jodoh belum sampai kita nak buat macam mana?nak rembat je mana-mana jantan tepi jalan tarik gi umah tok kadi mintak dinikahkan?dapat yang baik dan bertanggungjawab alhamdulillah..tapi kalau sebaliknya?macam mana?tak ke tiba-tiba dapat bala..

dah kawen dan ada anak-anak itu bukan bermakna dah cukup segalanya.bukan pengakhiran satu kehidupan tapi bermulanya sebuah kehidupan.banyak lagi dan luas lagi jalan depan sana..

bagi aku yang tak berapa pandai ni..isu jodoh dan anak adalah isu sensitif.kalau orang nak bercerita aku akan dengar tapi kalau orang taknak bercerita..JANGAN SESEKALI BERTANYA.dapat yang emo macam aku..naye je tak pasal-pasal kena jawapan menusuk kalbu.

okey..babai ;) tata titi tutu

Comments

Lady Windsor said…
Bagus gak u jawab gitu...I bukan jenis emo tapi memang tak berapa suka kalau org tanya soalan nikah kahwin dan anak pinak kalau setakat kenal suam2 kuku, lain lah kalau dah kenal lama kan. Bukan tak boleh tanya tapi biarlah dengan cara berhemah..kalau org tu citer dulu, haa ini citer lain la kan...I pernah kena dgn seorang officemate yg mulut stok celaka...Dia kata 'u tak pandai main ek...' ciss I tau niat dia nak buat joke kan tapi tak kena tempat so I jawab balik, suka hati aku le nak main berapa kali, kau Ada!
Kebetulannya si penanya ni pun belum kawin...merah langsat muka dia. I pun terlupa yg dia belum kahwin...Kira pay cash kan...lepas tu langsung dia tak tegur dah...hehe..puas hati mak!
Zareda Norman said…
Ish idh irfa.. Jangan marah marah... Sometimes kita fikir sudut positif juga...

Mgkn dia tanya tu sbb curious aje.. Atau ada kata kata dia yg lain yg buat irfa teraasa hati ke? Klu sekadar tanya dah kawin ke belum mgkn dia tak bermaksud nak busy body tapi klu pertanyaan dia.. Kenapa tak kawin lagi.. Dia memilih ek? Hah tu harus akak pun nak melaser jugak.. Hehehe

Mmg isu kawin dan anak ni sensitif, buat peringatan kak zar jugaklah ni.. Chill irfa.. Selamat berweekend dgn tenang ek
NenetPenne (NP) said…
eh eh..mcm apa entah dia kata mcm tu kat u LW.. eeeee tak senonoh... jangan tanya laa isu2 sensitif tu...

ada gak orang tanya i bila nak dapat anak..
nak je i menjawab, pinjam laki kau boleh?? tapi malang i tak ada selera kat laki dia.. ha ha ha..

hai irfa, sabar lah yer.. i pun kena mcm2.. kadang2 i balas, kadang2 buat bodoh jer...
Unknown said…
Dia nak risik adik ko utk org yg dia kenal kot..huuu..bab jodoh ni sensitip woo..boleh mandi darahhh
~Cik Sweety~ said…
baguss bagussss..sya sokonggg.. ingat cari laki mcm cari ikan kt pasar ke?? tak kawin bkn bemakna kta ne tak laku,ye tak?cuma kta lebih berhati2 dlm memilih bakal pemimpin,bakal imam dlm keluarga.. jodoh mmg sdh dtentukan Allh..samada ada cpt atau lmbt je..(^_^)
zino said…
blog ni pun rasa nya dah lama tak update kan... tak mau la emo2.. take it easy... perangai manusia ni ada pelbagai...
Mak Wardah said…
ALhamdulillah, belum pernah terkena, kalau terkena kena da corak jawapan.
lupekanje said…
tanya tk kena masa tu...haha.
susah nk kawal marah..kawal sensitiviti diri sendiri. Bila kita tesinggung, orang kata kita sensitif. Mmg adakalanya ada perkataan, perlakuan, yg sungguh menghiris hati kita, walaupun pada orang lain mcm 'small matter'. Adakalanya, kita pun terlupa, tercakap, terbuat, tergurau dgn org nyebabkan org pun terasa dgn kita. Nk memaafkan dan meminta maaf itu payah, sbb itu, pd yg mudah memaafkan, dan meminta maaf, pahala buat mereka. Begitu juga buat mereka yang dapat mengawal amarah diri. Hmmm..acik tujukan kata2 ini pd diri sendiri. Kat opis tu dah brapa org tk bercakap dgn acik...semata2 sbb tersinggung dgn acik, ataupun acik yg tersinggung dgn mereka. Sbb ego, sbb sensitiviti, sbb amarah...itu punca nya. Ntah bila acik nk jadi pemaaf dan peminta maaf...huhu..
Ok..blh delete la entry ni dgn komen2nya....acik pun tk sanggup baca pengakuan acik nih..hehe
Irfa said…
Abah...
lama x apdet?eh rasanya 2 kali sehari apdet kecuali hari sabtu dan ahad..ke abah yg lama x datang sini ?hehe
lieynanilaz said…
soalan cepumas pasal jodoh itulah yg merimaskan saya..

bergantung juga pada orang yg bertanya..seandainya ditanya secara berhemah..maka akan dapat jawapan yg berhemah juga tapi kalau tanya laser....jawapannya pun menusk kalbu juga..
amboi garangnye die..he
biasalah..org takkan duduk senang bila tgok orang senang..
ada jek story sal kita..
abaikan orang camtu :)..
new blogger here..visit kita punya and sudi folo la..
saya 180... http://www.blogcomotmomot.blogspot.com
Irfa said…
yelah sgt.
nak risik kat sapa?abang dia pun dah kawen..adik2 dia sume pompuan.
kecik2 lagi..mak dia kawan mak aku.kalau adik aku dah kawen,mestilah mak dia tahu dan otomatik dia juga akan tahu dr mak dia.kan dah panjang penjelasan aku tuh.
Irfa said…
ha kan dah kena?
mesti pasni tak berani tanya lagi
hahahha
Irfa said…
emm..masa tengah panas tak sempat pikir sekarang baru rasa macam over je jawab macam tu..tapi benda dah lepas..
Irfa said…
pinjam?
mesti muka dia bertukar jd asam kecut bila net jawab camtu
balik umah nanti konfem laki dia kena cubit tanpa sebab.hahaha
Irfa said…
Sweet Honesty..
agaknya takde benda lain nak borak isu itu jugak dia nak tanya
cer tanya dah makan ke belum?senang la saya nak jawab
Irfa said…
MAK WARDAH..
simpan jawapan ni nanti senang nak jawab ;)
Irfa said…
ACIK..
saya mmg alert sgt isu-isu macam ni
takut nanti org terasa
rasa sayang la nak delete..biarlah sini
lama2 bosan baca saya delete la ;)
Irfa said…
bergantung pada yang bertanya..betul tu
Irfa said…
hai :) TQ sudi singgah sini
nak panggil apa ni?ayu ke adriana?
mmg garang pun..hari2 makan sup ekor harimau
hahaha
Leney said…
Sayang betul Irfa kat adik. Orang tanya macam tu pun marah. Sabar eh. Saya pernah jugak tanya soalan lebih kurang mcm tu dekat seorang akak ni. Adik dia lelaki. Tapi sebab ada orang suruh carikan jodoh. Kalau tak, takdela nak menyibuk. Saya yang bertanya masa tu malu jugak, sebab saya bagi pihak pompuan.
orang sekarang dik dah tak de modal nak berfacebook soalan yang tak kena mengena ngan kehidupan diri sendiri sibuk nak ditanya. sebab tu cik ina berlegau-legau je kat facebook tinjau kawasan orang kata.
sweetie said…
Irfa, saya pun ada juga sorang adik pompuan yang tak kawin-kawin lagi. Dan saya pun tak suka, kalau orang tanya bila dia nak kawin. Nampak je dia berjalan dengan lelaki, siaplah orang yang nampak tu akan cakap, "apalagi, kawin je lah ngan mamat tu.." Amboiiiii mudahnya bercakap.Bukan saja adik saya yang tension, saya pun tension.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')