Skip to main content

Asal Mana?

ni kisah anak-anak.
si kakak suka tanya 'umie,kakak asal negeri mana?sama ngan umie ke sama dengan ayah?'

dalam umah aku tu ada 3 negeri yang berlainan.
aku dan hero ic 03-dari negeri kelantan
cik abe no tengah dalam ic nya 08-negeri Perak
kakak dan adik pula no 05-tanda lahir di Negeri Sembilan.

kalau aku dulu senang je nak citer aku asal dari Kelantan sebab mak ayah sudah semestinya berasal dari negeri yang sama.tapi anak-anak aku ni dah campur Kelantan dan Perak.

selalunya orang ikut negeri mak @ ayah?
atau negeri mana kita di lahirkan?

jangan pulak korang jawab kita semua asal dari tanah @ dari Nabi Adam.yang itu aku pun tahu :P

Comments

Acik Erna said…
kakak ngan adik sama ngan acik..suka suka..suka.he he
Kakcik Seroja said…
Senang cakap, kita ikut sajalah di negeri mana kita lahir. :)
Arena said…
Aku lahir KL. So IC tengah2 tu nombor pat belas. Tapi kalau orang tanya aku orang mana, mesti aku cakap aku orang Pahang sebab aku was raised there,and spent most of my chilchood and teen years kat situ.
muslimah rempit said…
haahahah... tak tahan ayat akhir tu... memang deme saja jer nak sakat kalau guna ayat akhir tu kui kui kui...

tapi betul la tu, ikut negeri dilahirkan...

tapi susah gak nak jawabkan kalau ikut pertanyaan anak-anak tu... asal mana?
NenetPenne (NP) said…
asal mana tak kisah, janji malaysian

kalau cakap asal kelantan pun tapi tak boleh converse in lorat kelantan even mak bapak orang kelantan pure makan budu, tak ada makna jugak..same goes to negeri2 lain... (sorry terkenegerian sikit) hehe ...
Anaasuria said…
yep, ikut jer kat mana sepital dia dilahirkan tu terletak.. anak akak 3 sumer KL, sebab HUKM kat cheras.. yang bongsu kat kpj kajang, jadiklah dia ank selangor..sorang pun tak sama ngan akak atau asben..
Nieda said…
Anak zaman moden . Lahir ikut tmpt bermastautin masa tu...
Nieda said…
Anak moden..bukan lahir ikut negeri mak ayah.
Irfa said…
KAK ERNA..
hehe..tu pasal ada orang buat lawak 'anak2 dara saya kena panggil Milah'

KAKCIK..
pun mslh jugak sebab diorang berebut nak sama negeri ngan umie.tapi hero je yang lahir kat kelantan ;)
wahida said…
entah...tak terjawab rasanya...haha...
Irfa said…
ARENA..
oh igt ko mmg lahir kat kuantan.tapi kan,adik lelaki aku ada sorang yang ic tengah tu no 29.tp lahir kelantan jugak..memula dulu aku igt ic tu salah siap gi komplen kat jpn..tp diorang tak tukar pun.ada orang pun ambik negeri dimana dia dibesarkan.
anak2 aku semua di besarkan di n9 la jawabnya
Irfa said…
KAK SO..
sebelum orang buat lawak asal dari tanah tu saya cakap siap-siap :)

NET..
mcm terkena batang hidung sendiri je.huhu.anak2 saya paham kalau sy cakap kelate cuma tak pandai cakap je.nanti kena buat kelas la kot.hehe
bangsawan nilai said…
made in N9, cuma wifey 06
Irfa said…
ANAA..
senang gitu kalau sumer anak-anak lahir satu tempat je.so tak gaduh sorang lahir kat negeri lain2..
Aku pun konpius aku asal mane. Aku lahir KL. Membsr kat KL. Pas SPM, pindah BP. Duduk BP smpi aku kawen. Dah kawen, aku duk KL. Lahirkan Aydin kat KL.

Err....agak2 aku asal mane eh?
Unknown said…
hehe, anak2 akak pun selalu tanya mcm ni, dan biasanya AQil yg kecil hati sbb dia sorang lahir di Melaka so, akak ckp dia asal Melaka dia marah, sbb takde geng. Akak, husband Arif lahir Johor, Alia dan Abid lahir UK, semua ada genglah, dia je sorang2 tu yg merajuk...huhu
aNIe said…
Irfa... akak senang... semua Melaka...hehehe....

Anak2 empat2 semua melaka...termasuk mak ayahnya....
Angah said…
Since aku dah menetap kat kuantan ni, kalau orang tanya aku jawab org pahang. kalau tanya asal mana aku jawab selangor la..anak2 sure akan associate diri mereka ngan pahang sbb membesar di sini mcm arena cakap la..walaupun yang 2 tu lahir kat selangor
NenetPenne (NP) said…
ajar je anak2 u tu cakap lorat kelantan.. kena ajar juga so that lorat tu tak hilang dalam hidup dia..

i nak 'ter'cakap pasal office mate i tu, laki bini asal kelantan pasir mas tapi amboiii kemain anak2 tak boleh nak cakap lorat kelantan...

anak2 sedara i yang makbapak duk bandar KB ni pun boleh lagi cakap lorat kelantan...

hidup lorat kelatan..ha ha ha... semangat betul i kan? hiksss...
Mak Wardah said…
Lagi tak jengok blig Irfa, hari ni rasa rindu nak baca nukilan irfa...Anak2 kita biasanya ikut asal ayah dia.
gerhana luka said…
suka la topik ni.
susah gak ni sebab i/c 08 tapi alamat selangor.
suami plak i/c 14 alamat KL masih tak tukar tapi bila tanya mengaku orang Terengganu heee... cian dia adik beradik semua made in Tganu dia sorang KL.
Anak2 senang semua lahir dan alamat selangor.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')