Skip to main content

DariNya kita datang,kepadaNya kita pergi..AlFatihah

PAGI NI..dapat berita yang pakcik jual jambu depan simpang nak masuk rumah aku telah pulang menemui penciptaNya.(dah lama tak tengok pakcik tu..selalu yang aku nampak cuma isterinya) mungkin dia sakit dah lama.ingatlah,dariNYA kita datang..kepadaNYA kita pergi.

aku nampak ramai jiran-jiran terutama kaum lelaki yang baru pulang dari surau ke rumah arwah..dan kaum perempuan yang tak bekerja berjalan beramai-ramai menziarah kerumah keluarga arwah.aku teringin nak pegi jenguk tapi masa tu aku dah depan simpang nak tunggu member pick up pegi keje.mungkin petang nanti aku akan pergi menziarah.Insya Allah..

teringat pesan ustazah 'ziarah orang meninggal itu harus (maaf kalau silap)'.dan jangan lupa,menziarah orang meninggal juga ada adab-adabnya..jangan pulak sibuk bersembang sedangkan jenazah masih lagi ada diruang tamu itu.

ADAB ZIARAH ORANG MENINGGAL sumber dari SINI.peringatan untuk diri sendiri jugak.tak perlu lah sibuk bertanya sebab musabab arwah meninggal..memang dah sampai ajalnya.buat apa menambah sedih keluarganya untuk bercerita.kecualilah mereka yang relahati nak bercerita.ini tidak,30 orang yang datang ziarah..30 kali isterinya @ keluarganya nak ulang cerita macammana arwah meninggal..baik pasang tape je.prihatinlah sikit bukan susah pun.

Antara adab menziarah orang meninggal ialah:

a) Dilarang orang-orang yang menziarahi keluarga yang baru ditimpa kematian hadir di tempat rumah tersebut dengan bergurau senda dengan teman-teman yang lain. Perkara ini akan menyinggung perasaan keluarga tersebut. Mereka haruslah mengucapkan takziah kepada keluarga tersebut perkataan: "Semoga Allah menambahkan ganjaran pahala kamu, dan memperbaiki kedudukan kamu serta mengampunkan dosa ahli keluarga kamu yang baru meninggal."

b) Disunatkan bagi orang yang menziarahi kematian agar membaca Surah Yasin seperti yang disebutkan di dalam hadis yang bermaksud "Bacalah ke atas mereka yang sedang menghadapi kematian dengan membaca Surah Yasin." (Riwayat Abu Daud)

c) Digalakkan agar dihulurkan bantuan yang berbentuk wang atau makanan kepada keluarga yang ditimpa kematian khususnya bagi keluarga yang miskin.

d) Makruh bagi orang yang menziarahi rumah yang ada kematian, makan/minum di rumah tersebut kerana ianya menyibukkan lagi ahli keluarga tersebut. Melainkan jika makanan atau minuman tersebut disediakan oleh jiran tetangga bagi keluarga yang ditimpa kematian.

dan aku terfikir betapa untung arwah pakcik itu kerana meninggal di pagi yang mulia,Hari Jumaat.bukan semua orang beruntung meninggal hari jumaat (tiba-tiba teringat arwah Paksu dan juga arwah Wo (nenek aku) yang meninggal hari jumaat).alfatihah untuk mereka dan semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman


'Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur'.

petik dari SINI

sama-samalah kita sedekahklan AlFatihah buat pakcik itu dan jugak kepada mereka-mereka yang kita sayang.tak susahkan?

Comments

Unknown said…
Al-Fatihah untuk arwah
Lady Windsor said…
Alfatihah untuk pakcik berkenaan...walaupun tidak mengenaliNya tak mengapa kita niat bersedekah sudah memadaikan.

Irfa, betul sangat kan..kadang2 kita pergi menziarahi keluarga si mati sebagai menghulur simpati dalam bentuk yg paling mudah dan murah tapi tulus. Namun ada juga mereka yg tidak mengetahui adab ini walaupun berpendidikan tinggi. Saya ada pengalaman ini, kebetulan saya duduk berdekatan seorang wanita yg memperkenalkan dirinya sebagai lawyer syariah...dan pernah mengendalikan kes anak si mati..jadinya sepanjang berziarah itu, dia sibuk bercerita pasal jasanya mengendalikan kes mahkamah anak si mati...ya rabbi saya punyalah kurang senang sebab kita nak duduk senyap dan sekurang2nya membaca ayat di dalam hati tapi wanita itu sibuk jaja cerita...nampaknya walaupun dia ada dunia tinggi melangit, belum tentu dia cukup ilmu duniawi walaupun untuk seketika mengormati orang meninggal. Maaf kalau ada lawyer yg terbaca ini, saya tak maksudkan semua lawyer begitu...
Kakzakie Purvit said…
Betullah dan kakak rasa semakin ramai yg sudah arif dan sedar susila bila bersiarah org meninggal...
Irfa said…
ALHAMDULILLAH..sebenarnya dah makin ramai yg tahu dan ambik tahu hal-hal beginia..banyak dalam buku @ juga dalam internet.terpulang pada diri sendiri nak ambik tahu @ tidak..org dulu2 mungkin tak banyak pendedahan dgn ilmu2 sebegini.itu psl bila ada kematian sibuk nak buat majlis makan-makan :(
Irfa said…
terima kasih.utk yang dah 'pergi' itu hadiah yg lebih bermakna
Irfa said…
insyaAllah..niat dan sedekah yang ikhlas akak sampai pada yang memerlukan.

mmg ada yg sebegini,kalau saya berada di tpt Lw pasti sy juga rasa serba salah.nak suh diam nampak cam kurang ajar.patutnya beliau lebih prihatin.
aNIe said…
Terima kasih Irfa dgn perkongsian ini...satu peringatan untuk kita juga kerana kadang kita tau tapi sering terlupa...

Semoga roh ar'ah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman...
Unknown said…
innalillah..irfa..kalau ada orang meninggal mak aku pesan suruh jaga budak kecik elok2..tengok2 si kenit tu..
Irfa said…
mekasih tolong peringat :)
aku tak pasti pegi ke tak sebab kalau dah lewat sgt sampai umah konfem tak pegi la..
Irfa said…
terima kasih kak anie ;)
Norzie hany said…
Al fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan org2 yg beriman.Amin.
betul tu dik daripada menyembang hal yang tak berfeadah kat depan jenazah lebih baik sedekah Al-Fatihah untuk simati. peringatan unuk diri sendiri gak

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')