Skip to main content

Garang Sikit Je

baca blog Leney dengan tajuk EMAK=SINGA buat aku gelak sendiri.macam kena je dengan aku,rasanya ramai ibu-ibu diluar sana rasa apa yang aku rasa.selalunya kaum ibu lebih garang dari kaum bapa.almaklumlah..kaum ibu lebih banyak masanya dengan anak-anak..memanglah boleh tumbuh tanduk kalau anak buat perangai.ayah ni jarang-jarang ngadap anak (macam cik abe lagilah..keje shift) so sesekali cuti akan layan anak sebaik mungkin.memang takkan dengar la suara beliau marah anak.

aku penah tanya kakak

'kakak,umie ni garang tak?'

dia jawab

'umie garang sikit je' sambil sengih-sengih

emm aku rasa dia tak sampai hati nak cakap 'umie ni memang garang' hahaha

agak-agak nape dia cakap camtu?sudah tentulah sebab ayahnya tak penah marah otomatiknya 'ayah memang baik' dan aku yang garang (tapi garang aku ada sebabnya) di cop 'garang sikit' tapi sib baik jugak ada perkataan 'sikit'..ambik ati la tu.

korang pulak baik garang sikit ke garang banyak?

Comments

emarieys said…
kalau tanya anak ema..mesti dia akan ckp bapaknya..hehehe
Aidah said…
Dulu akak garang banyak. Tapi arwah abah tegur akak supaya janganlah terlalu garang dgn anak2. Dan sekarang ni dah kurang sesangat. Sekarang ni dah jadi macam makcik bawak gula2 pulak. Semua budak kecik nak ikut akak. Hahaha.
asyifamustaffa said…
Sama la kita...klau tnya anak² ..sapa lgi grang..ibu ke ayah...diaorng dgn rela hati ckp ibu lgi grang...adehhh...tp btul la..klau x garang...semua bende x begerak....

Ayah atau ibu msti ada yg kene garang, kalau dua2 cool je...x tau la apa jadi kan...?
mummY daniSha said…
heheh sy garang lg dr papa danisha tp kan..bile tanya danisha sape garang "mesti ckp papa" knp la eh...hahaa
Unknown said…
hehe..akak pun rasa akak garang dengan anak2, cik abe suka je layan mereka, tp kalau tanya mereka siapa lagi garang, mereka jawab abahnya...huhu.

Tp betul, kalau akak marah, lambat sikit jalannya, tp kalau dgr suara abahnya baru ke tinggi sikit, dah mencicit semua...huhu
Aku tatau aku garang ke tak garang. Hahahaha...mcm garang. Garang kot?
Rumah Kuning said…
saya pun garang sikit je. hehehe padahal.....
bangsawan nilai said…
yep, kaum bapak mmg selalunya lebih cool...ha ha
gerhana luka said…
boleh jadi garang cam harimau bila anak2 terlebih nakal hee..
nape ya ibu2 ni suka garang, dah tu suka plak marah2... jawabnya hormon ibu2 sedang bertukar
Zareda Norman said…
kak zar adalah typical emak yg garang tapi sekeras keras hati ibu, tetaplah lembik bila lihat anak sedih atau sakit kena rotan cuma kena keras hati dan niat semua tu adalah utk didik anak. Heheheh

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')