Skip to main content

Gembira+Sedih+Cemas Bergabung Jadi Satu

Okey..baru je balik dari kedai kasut yang aku pegi semalam.sib baik aku balik dengan senyuman..kalau tak konfem nanges takde lagu.nak tahu apa citer?

GEMBIRA..
semalam dapat beli kasut baru.yang kisah nya DISINI tapi tak beli pun yang aku booking tu sebab dah tergoda dengan new arrival yang lain.hahaha.nampak sangat tak tetap pendirian..okey aku beli yang ini..takde kaler merah so aku pilih kaler biru.nampak tak kat situ aku telah memilih kaler yang menjadi pilihan cik abe.emm..

ini dia ..



lawa tak?bagi aku lawa tapi ada yang kata 'menyerlah sangat'.selera kita tak sama ;( takpelah..selalu begitu,kalau beli yang itu orang akan tanya kenapa beli yang ini?kenapa tak beli yang itu?sedangkan yang membayar adalah kita..lain kali nak beli jangan tanya pendapat orang.hahaha

tapi kegembiraan tak lama.bila balik rumah dah jadi cerita lain

SEDIH..
itulah perasaan aku bila aku rasa kasut tu macam ketat.huhu.tapi sempat pujuk hati 'ni kulit..nanti lama-lama pakai longgar la kot'.cik abe pun ada tegur 'lawa kasut (yelah.kan tu ari dia pun pilih kaler biru).tapi macam ketat je nampak.tak ketat ker?'..aku buat muka selamba cakap taklah..okey je ni.nak cover malu punya pasal.

CEMAS...
malam tu tak lena tido.pertama kali beli kasut mahal..(mahal bagi aku tapi mungkin murah bagi orang lain).tak boleh jadi ni,tak jadi nak tido..turun bawah ambik kasut tu dan kotaknya sekali pastu capai kamera..bersihkan kasut tu (ala..kotor sikit tapak sebab dah pakai masa beli tu jalan sampai opis dan balik umah) tapi bila dah cuci ngan kain basah tak nampak kesan pun.ambik gambar 4,5,6 keping dari pelbagai posisi konon nak jual kat Lelong @ Mudah.com sebab adik aku tu ari jual kasut sukan yang dia baru beli tapi nak beli lain dia jual..tak sampai 2 hari dah dapat pembeli.macam senang je dan dah siap fikir nak letak harga berapa.walaupun tak dapat balik harga yang aku beli sekurang-kurang boleh buat modal beli kasut lain.hati tetap nak kasut camtu jugak cuma size 40.yang ni size 39.macam mana lah aku boleh tak perasan sizenya salah.huhu..sila berhati-hati di masa akan datang ye adik kakak sekalian..

dipendekkan citer (mesti korang tak sabar nak tahu apa endingnya kan?.bajet macam ada orang kisah..hahaha).masa nak datang keje tadi gatal mulut tercerita ngan kawan yang aku tumpang keta tu.sebab dia pun tahu aku beli kasut baru (kes kantoi masa kuar kedai jinjing paperbag kedai kasut).bila aku cakap 'tengah sedih ni.kasut tu ketat.salah beli size.saya dah ambik gambar nak jual kat kat internet'.katanya 'nape nak jual murah-murah?kan ke baru beli semalam.bawak je resit tu pegi balik kedai dan tukar size'.

dengan muka sangat terkejut macam menang rm1 juta..aku tiba-tiba gembira.tapi cuak jugak sebab fikir mana aku letak resit tu.aku ni jenis tak suka simpan resit.kadang tu keluar je kedai terus sumbat resit dalam tong sampah.tapi syukur bila masuk opis nampak elok je resit tu celah telefon opis.setel satu masalah.tinggal satu je lagi masalah..nak ke kedai dan jumpa promoter tu.bagi ke dia aku nak tukar sedangkan kasut dah pakai.walaupun pakai tak sampai 24jam tetap jugak dah pakai kan?

sambil menuju ke kedai tu macam-macam ayat aku baca.hehe.kelakar kan?adik promoter semalam tak de pulak.aduh..camner ni?ah lantaklah..cuba nasib.jumpa je amoi tu..citer serba sikit terus dia ambik kotak kasut aku dan pegi check kat belakang dan ambik size 40 kasut yang sama cuma kaler je lain.sebab color tu dah abis stok.nak yang hitam pun takde.yang ada size 40 pun cuma kaler cokolat.cokolat pun cokolatlah..janji aku boleh pakai dengan selesa...

okey..happy ending kan?mesti korang berdebar-debar masa baca kisah aku ni kan?so moral of the story...jangan beli kasut waktu pagi.kaki belum kembang..kalau boleh beli kasut waktu kaki ko dah puas berjalan sana-sini.dan pastikan size itu memang size kaki korang.jangan pulak size adik atau sepupu belah mak ayah korang.nanti free-free je jadi macam aku.walaupun happy ending tapi ia sungguh mendebarkan sampai tido malam tadi letak tangan atas dahi.hehe

so tak jadilah aku nak lelong kasut tu.kalau betul aku jadi nak jual tadi,ada ke orang nak beli yer?

Comments

amaniammar said…
lor...
jgn le citer dah pakai..gi pun kita dah bersihkan...


I'Allah sure boleh pyer..as long as resit da then size kita nak tukar tu ada...
cm sy kes terjadi salah beli beg (citer jenis kulit beg tu piggy skin..sy tukar tnpa bg sebab musabab..as long the item seperti sedia ada ms beli kira dia terima..)me refund duit...
aNIe said…
Irfa... kaler kasut tu cantik...biru.. kalau ada beg tangan biru memang sesuai...tapi akak takde pulak beg biru...hehehe...kalau tak boleh beli...

Kalau yang cokolat tu memang mudah nak match...

Beli mahal...jadi kenalah gunakan selalu...hehehe... kalau irfa rasa kasut tu mahal...akak pun rasa gitu biarpun ada yang kata tidak...sebab kita bukan jenis beli kasut yang beratus2 tu selalu kan?
herny ridzwan said…
cantik juga..petang ni boleh la keluar beli kasut.. pagi2 kaki kembang ni kurang kembang.. petang baru kembang betul kan :p
Setau aku,brg yg dibeli klu nak tuka, valid seminggu. Kire oklah tu!
Kakcik Seroja said…
Alhamdulillah, akhirnya selesai masalah. Sekarang kakcik suka beli kasut warna hitam je, senang nak padankan dengan pakaian warna apa pun. :)
Unknown said…
ahahaha..macam macam lah ko ni irfa..buat panic je..aku dah terfikir dah..eh kaki aku muat tak..haha..
Irfa said…
amaniammar..
take boleh la nak tipu.huhu
rasa cam berdosa lak lagipun sticker tanda harga bawah tapak tu dah koyak.(boleh je buang sticker tu tahla..mmg tak pandai nak menipu.rasa macam gelabah je)

oh kes pig skin memang tahap wajib tukar la.sib baik dapat duit balik ye
Irfa said…
mmg cantik kak anie..tapi itulah takde size 40 nak tukar.
akak sama size ngan saya ker?nampak badan comel je takkan kaki size 39 kot.pegi je kat sembonia konfem jumpa ;)

ye..mahal bagi saya yang jarang2 dapat beli kasut lebih dr rm50++
~adeQ~ said…
kak, saiz kta sama...=)
Irfa said…
saya pegi masa tu waktu lunch.jam 1.00 tgh hari..so balik keje dah 6.00 petang,,lagi kembangla jawabnya
Irfa said…
oh ko tahu yer?
aku baru tahu..hahaha
sib baik ada org bagitau..itupun sib baik jugak aku bukak citer
kalau tak..mmg rezki org beli online la
Irfa said…
ko mana muat.ko pakai size 4 kan?
hehe
Irfa said…
hitam dah selalu kononnya..
sesekali nak jugak yang menyerlah.dari jauh 4 kilometer org nampak kasut dulu ;)
Irfa said…
This comment has been removed by the author.
Aidah said…
Alhamdulillah selesai masalah. Memang haru kalau terpaksa beli baru buat ganti. Dah tak de rezeki nak pakai kasut kaler biru kan.
Irfa said…
eh bukan ke awak comel je..masa kita jumpa kat alamanda beberapa tahun dulu
tak sangka lak kita sama size :)
Irfa said…
mmg takde rezki.takpela..kalau rindu sama kasut tu tengok jelah gambar kat blog ni.hehe
Elly said…
Wah! I like happy ending..:). Santik sangat....nampak macam selesa giler.
NenetPenne (NP) said…
i tak jumpa kotak komen so i main komen je kat mana2 kotak yang i jumpa...

dulu i penah beli kasut brand GUESS... beli size 6, besar..beli size 5, kecik pulak... pastu tak ada pulak size 5 1/2.. nak tak nak beli gak size 5 sebab promoter tu kata kasut tu expand... jenuh gaklah nak tunggu expand tu... sebab kasut tu bukan totally leather, dia mixed with pvc kot...

mcm i kalau brand clark's kena pakai size 4

flat shoe mcm ni i dah ada, siap ada labuci lagi kat depan tu sebesar bunga tu.. beli kat Sach's .. tu pun tunggu sales, kalau tak sales..RM300.00..tak dayo mak...
Irfa said…
sebelum happy ending tu gelabah biawak jugaklah ;)
Irfa said…
okey tak kotak komen saya ni?igt nak buat pop up balik tapi dah tersuka ngan yang ni sbb senang nak reply ;).cuma kalau orang nak komen tu lama sikit la loadingnya.tak terus kuar kotak komen tu

tak penah lagi jenama Guess ;(
ni pun rasanya bukan totally leather kot

rm300 letak kat kaki je..org kaya boleh la
Irfa said…
hahaha..lupa la
patutlah rasa pedih2 je..kena gigit rupanya
dah pakai tak sampai ati la nak geget
Mak Su said…
sori, maksu speed reading, cuma nampak kasut yang cantik tu jer :)
Unknown said…
comel lak rasa citer ko ni Irfa...

kalau akak mmg awal2 dah fikir nak tukar kat kedai dulu, akak suka simpan resit kurang2 dua tiga hari...
rumah kuning said…
hari ni pakai kasut baru ke? hehehe
Irfa said…
maksu..
oh kalau speed reading mesti tak dapat feel mcm mana gelabah dan cemasnya saya hari ni ;)
Irfa said…
memula datang keje tadi pakai kasut lama
lepas dah dapat tukar,terus pakai kasut baru lah.

mata asik pandang bawah je *kelip-kelip*
Irfa said…
lepas ni saya pasti akan simpan resit sekurang2nya 3 hari mcm akak
belajar dr pengalaman ;)
berdebar-debar aku baca kisah ko ni Irfa hehe
NenetPenne (NP) said…
i mana2 pun boleh janji i boleh komen.. yang tak boleh komen tu yang sentap tu..ha ha ha..

orang kaya tak pakai kasut RM300 u... depa pakai kasut RM3000...

one day u ada rezeki, usahkan RM300, kasut Rm3,000 pun u boleh pakai... i dulu pun mana penah terpikir nak pakai kasut rega mcm tu?? kalau nak beli barang guess pun bukan semua cantik, kena pandai pilih gak...tak semua barang branded tu cantik...

kalau pegi guongzhou, pergghhhh menggila tengok barangan branded tipu..siyes mcm original punya.... kalah yang jual kat petaling street tu...
Zareda Norman said…
Tu lar kak zar heran kenapa nak jual kat lelong plak.. Pi jelah tukar bawa resit. Kak zar ni bab kasut mmg particular sbb kaki dah seken hand kena pakai kasut terpilih aje. So mmg akan simpan resit, rasa tak best aje mmg confirm tukar saiz.

Sekarang mengidam nak pakai geok.. Rasa selesa sgt kasut tu

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')