Skip to main content

'Kakak Nampak Lain' katanya

alhamdulillah..
semangkuk bubur nasi lengkap dengan telur masin+ikan bilis+kacang tanah dan juga cili potong dan kicap selamat masuk dalam perut aku.reganya rm3..pedasnya cili kicap itu memungkinkan aku berjumpa enTan kali kedua pagi ini.hehe

kali pertama pagi tadi aku dah jumpa enTan dan tak sangka ada kisahnya.

masuk-masuk je nampak cleaner Indon yang kecik comel tu tengah lap sinki.aku senyum dan senyumku berbalas.tapi dia pandang aku lama dengan muka pelik..

Dia:kakak nampak lain hari ni

Aku:apa yang lain..oh.mungkin sebab saya pakai tudung awning hari ni,selalu sy pakai tudung syria @ shawl kan?

Dia:tak.akak nampak cantik mungkin sebab akak mekap.selalu saya tak penah nampak akak mekap

kalau korang ingat aku kembang bila di kata begitu..amat silap,sebenarnya aku rasa 'oh!selama ni mesti muka aku kusam sebab tak mekap.huhu'.

aku tak pandai mekap..cukuplah pakai pelembab+bedak+lipstik..No eye shadow,Eyeliner dan No mascara.bukan tak teringin tapi memang tak pandai..silap haribulan kalau aku mencuba tak mustahil muka aku berubah jadi clown.so kalau tak pandai mekap tu buatlah cara tak pandai.asalkan muka tak berjerawat itu dah cukup bagi aku.mekap paling tebal aku penah pakai ialah masa aku kawen 12 tahun yang dulu.gila lama kan?

pepagi je aku akan mekap sikit (bedak+lipstik lor)..tapi lepas bekfes lipstik pun dah hilang kalernya lepas belasah nasi lemak yang sambalnya berminyak.konfem minyak itu dah hilangkan kesan lipstik aku..

lepas lunch lagilah..muka dah pucat.bukan tak kagum kalau gi surau lepas solat tengok orang sibuk touch up balik mekap diorang.aku je yang lepas solat,lipat telekong dan terus sarung tudung keluar..huhu

korang pulak camner?lepas solat topup mekap balik ke?

Comments

Unknown said…
aku mekap pun tidak irfa oii.. confirm muka aku kusam..agak2 kalau aku bermekap ada tak org sound cam tu..hahaha..

silap silap dia tanya..nak pergi sarkis mana kak.. :P
pB said…
kak pB lagi terukkkk

datang kerja pakai bedak debu johnson Adam punya jer
lipstick pun tak pakai walaupun ada lipstick dalam beg ...

hu hu hu
Acik Erna said…
dik jangan malas sangat..kena ingat apa yang aka pernah cakap.."nampak anak orang teringat anak kita..nampak bini orang tak ingat pulak kat bini kita"
tahun 80'an lagi akak dah dengar benda ni bila pi kursus..peserta2 lelaki selalu gunakan ayat2 ni. bukan nak mekap sangat pun seperti pernah akak cakap..biarlah bila dia pandang orang lain pun..dalam hati dia tetap kata..cantik lagi bini aku..
haaaaa kan dah panjang kena bebel..saja la tu..he he
mummY daniSha said…
heeee..sy pun x make up...setakat lip gloss je....make up time kawen ngan tunang je...x pe kot kalau x make up...muke lambat sket tue heee..betul ke camtu?heee
lieynanilaz said…
samalah....saya pun tak pandai mekap...lepas solat zohor takdenya nak tounch up mekap..

tapi syukur gak sebab kulit saya cerah dan kadang walau tak mekap orang akan kata mekap..haha.

p/s : baru2 ni turun ke klia..ingat nak jumpa irfa tapi takde rezekilah...bertolak ke kota kinabalu 08/04 dan balik ke langkawi semalam..huhu. mungkin lain kali kita boleh bertemu...:)
Aidah said…
Itulah rahsia akak sebab tak nak letak muka lam blog. Kalau jumpa kat luar nanti, kot ada yang terbaca blog akak nampak, kompom tanjat. (macamlah ramai yang baca, hehehe) Sebab muka akak pucat, kusam je. Lipstick pun jarang pakai, Irfa. Akak kalau keluar rumah, fokus kat kepala, jangan pening dan pitam je. Rupa tu belakang citer. Hahaha.
Leney said…
Sama la kita. Tak reti make up. Tapi saya touch up jugak lepas solat. Lipstick saje pun cukup, tak nak nampak pucat. Maklum ler sekarang, suami kat kedai sebelah je.
Lady Windsor said…
saya akan topup bergantung pada appt. kalau ada job lagi hari tu memang kena polish muka sket..terpaksa la...kalau tak memang tak kuasa nak topup petang2 sebab dalam hati ingat nak balik jer dah..
~adeQ~ said…
hahaha...kak, kita serupa...takdemaknanya nak sapu bedak lagi pas solat zuhur. dah ler kena kat tudung kalau tudung kaler cerah...baik tak payah. Compact powder tu tahan ler setahun kalau tak jatuh pecah...heheheh...selalu lip balm dalam beg ni, anak dara yang melaram..maknya...haram...merah semulajadi katanya...hahahah
Anonymous said…
sama la gan sy...saya tak meak up pun cm seblm pegi keje pakai la pelembap n sunblock n bedak compact n lipstik...lepas zhr sahih muka dah jd mcm kat umah jer...mls pun ada lgpun rsnya kalo nak bercantik2 lbh elok meak up2 kat umah...bkn ke haram berhias tuk bkn suami(alasan org mls meak up)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')