Skip to main content

Mari Membaca Novel Sambil Layan Drama Korea Juga

last week member bagi pinjam 3 novel (tiba-tiba mood nak baca novel datang balik)



sekarang tengah baca yang ni(oh!dia pun ada blog rupanya)



komen aku tentang novel ni:
-emm agak membosankan di awal pembacaan..banyak sangat unsur lawak sengal.melampau-lampau pulak unsur lawaknya sampai tahap nak pulangkan balik pada tuan punya novel itu.tapi aku teruskan sesi pembacaan kerana ingat pesan orang tua,tak elok buat keje separuh jalan.hehe.sekarang dah okey sikit ada jugak lah 'air mata' yang tumpah.malu nak ngaku nampak brutal tapi dalam hati ada taman bunga mawar sedang kembang mekar :)

bila dah agak bosan lambat sikitlah nak abis.kalau best konfem boleh abis dalam masa 2 hari je.yang ni pun aku baca pun bila menunggu transport nak gi keje.adalah 10 helai sehari kot.kat umah langsung tak sentuh almaklumlah asyik masyuk ngadap citer Korea.

ops!citer korea kegemaran aku dah hampir ke garisan penamat.mungkin minggu depan abis la kot sebab dah kuar iklan citer baru.ada juga rasa macam tak nak follow citer baru tu nanti.bukan apa,kalau dah tersangkut susah nak lepaskan diri.nak kuar malam pun tak berapa ada mood takut miss :)

Comments

Mulan said…
kalo baca je mesti terus ngantuk.. nyampah betol... citer korea tu boleh je layan tapi takleh lama jgk, asyik ngnatuk je.. tak tau la, umor dah melompat2 ke atas agaknya (memang pon)...
lieynanilaz said…
kalau aku mula baca dah bosan terus aku selak page yg last...haha.
Acik Erna said…
cakap je tak nak tengok.tapi bila dah tertengok terus melekat..he he..cam tu lah akak ni
baca blog lawak tak pelah kan, kita nak baca novel yang boleh feeling ye dak.irfa tak hipokrit jujur mengaku baca 10 helai sehari , inilah orang yg kita cari.kwang kwang kwang
Irfa said…
Mulan..
citer yg saya follow tu ada 3..
akan habis jam 1pg..kerana tersangkut punya pasal sanggup tunggu smpi jam 1.00 pagi/huhu//nak bangun pagi punyala susah.lepas ni tak nak follow dah..tgk lah nanti :)

LIENANILAZ..
eh itu biasa.dapat novel memula baca sinopsis..pastu belek depan sikit..tengah sikit pastu page last.menarik baru baca ;)
Irfa said…
KAK ERNA..
huhu..tau takpe.
pasni tak nak dah
seksa jiwa raga.
airmata yg di bazirkan pun boleh tadah guna baldi..hehe

CIK INA..
mgkin saya dah tua.so tak berapa nak masuk sgt dgn lawak sengal camtu.tp katanya mmg novel dia katanya dr blog jugak..letih nak abiskan sebiji tu
myzzz noor said…
Apa nama cerita korea yang best tu kak? Nak download. Hehe
Irfa said…
myzzzzzzz noor..
citer korea yg saya layan dan wajib tengok ialah

THE FIRST WIVES CLUB
WHILE YOU ARE SLEEPING
dan
STAY WITH ME,MY LOVE
dan YES CAPTAIN..kadang2 je

hehe
Anonymous said…
da x suke bace novel sbb mals nk bace smpai abis..lau bace pon, amek ending je...hehehe ~cikviva~

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')