Tuesday, April 17, 2012

Nostalgia Aku Dan Nasi Lemak Daun Pisang

nasi lemak dan rakyat malaysia adalah ibarat irama dan lagu.tak boleh dipisahkan.nak pulak nasi lemak bungkus dengan daun pisang.harum semerbak baunya.bekfes nasi lemak setiap pagi kalau boleh di elakkan..sekali seminggu boleh la dimaafkan.tapi kalau tiap-tiap pagi..cukup 40hari,konfem naik timbang terus nanges takde lagu.masa tu nak nyesal pun takde gunanya lagi ;)

pehal la cik kak ni tetiba bercerita perihal nasi lemak ni?inila orangnya FARA POK AMAI-AMAI yang buat aku tetiba teringat nasi lemak sedap forever and ever after yang tak mungkin aku dapat makan lagi.



gambar hiasan ini di petik dari sini NASI LEMAK LOVER

ni kisah kat kampung,zaman aku sekolah dulu ada sorang makcik ni kitorang panggil dia Kak Nah.aku pun pelik kenapa kami yang budak-budak pun panggil dia Kak Nah sedangkan dia sebaya ngan mak aku..hahaha..patutnya panggil Mak Cik Nah lah kan?

nasi lemak dia rega 20sen je sebungkus.comel je sizenya.ada sambal ikan bilis + telur rebus dan sepotong timun (eh!motif nak kena cerita tu semua?memang itu wajib ada ape dalam nasi lemak.huhu).

umah Kak Nah tu atas bukit..bila dari jauh kami nampak Kak Nah tu melenggang turun bukit dari rumahnya sambil ditangan kanannya sebakul nasi lemak,kami budak-budak yang tunggu bas sekolah ni dah beratur kat gerai yang Kak Nah tumpang jual nasi lemaknya itu..konsep sapa cepat dia dapat.punya sedap nasi lemak Kak Nah tu..tak pasal-pasal aku tolong ambik order dari kawan-kawan sekelas,gigih tu sambil sandang beg sekolah, tangan kanan dan kiri bawak plastik nasi lemak.bukan sikit-sikit..kadang2 sampai 10 bungkus..bukan ambik komisen pun saja suka-suka :).

aku pun tak tahu kak Nah tu masih hidup lagi ke tak..lupa nak tanya mak aku.nanti balik kampung nak tanya la..w,pun dah lama,tapi rasa nasi lemak tu aku ingat sampai sekarang..setakat ni aku belum jumpa nasi lemak yang lebih sedap dari nasi lemak Kak Nah tu..

ops..satu lagi,aku tak berapa minat nasi lemak yang sambalnya banyak bawang tu.aku lebih suka sambal yang dimasak terus dengan ikan bilis..bukannya yang sambal bawang lepas tu letak ikan bilis goreng.yang tu tak berapa sesuai ngan tekak aku..tapi masih boleh di makan..

hebatkan?so korang share la nasi lemak mana yang paling sedap bagi korang sampai sekarang rasanya tak boleh dilupakan :P

12 comments:

~adeQ~ said...

macam tahu-tahu jek saya makan nasi lemak daun pisang pagi ni. Nak beli nasi lemak makcik tu punya lah susah. Rasanya sejak mengandung ni, hari2 zikir kat telinga ubby nak beli nasi lemak makcik tu. Kedai dia depan umah dia je, tapi tepi jalan betul. Lepas selekoh pulak tuh...Mencabar nak beli. Tu yang susah nak berhenti..

Hari ni line clear pulak, dapat le makan...=)

Nasi lemak daun pisang memang sedap kan...

kakcik said...

Eh! hari ni hari nasi lemak sedunia ke? Hehehe....

pB said...

nasi lemak tok ma terbaik ...
he he he


kak pB lagi suko makae nasi berlauk

hernyhafiz ^_^ said...

sserius.lapar nasi lemak!!

Rai Ourkizuna said...

tetiba teringat sambal tumis tersedap mak aku dalam peti sejukk... waaa

Acik Erna said...

kenanagn nasi lemak..masa dok kuaters klia dulu..sama2 kelompok tu ada 2 orang yang menjual nasi lemak.setiap petang akan terbau sambal untuk nasi lemak..sampai akhirnya akak dah tak boleh nak makan nasik lemak walau dibeli dimana saja.kecuali masak sendiri

Aidah said...

Adooiyaii. Baru citer je dah kecur air liur. Padahal bungkusan nasi lemak tu tak terbukak pun, akak dah terasa2 kesedapannya. Memang dasar pemakan akak ni. Huhuhu.

Pok Amai-Amai said...

Beb, aku igt nasi lemak yg aku cite tu la yg plg murah. Upenye, nasi lemak ko lagi murah. Gila murah. Cite ko sebijik mcm cite aku gak. Member2 aku dok kirim suh beli. Sampai lebih 10 bgks pun ade. Huhuhuhu....

Kakzakie said...

Kakak dah baca N3 Fara tu sekarang baca yg ini pulak. Memang nasi lemak dulu mesti bungkus daun pisang - aroma daun pisang itulah juga yg menambah selera...

bangsawan nilai said...

aku x boley mkn nasi lemak kosong... mesti ada kerang ke, ayam ke, sotong ke, paru-paru ke...ha ha
lepas tu komplen "mahalnya nasi lemak ni kak...!"

gerhana luka said...

saya suka nasi lemak yang dimasak atas dapur kayu masa kecik2 dulu, bila dah kering nasik tu mak tutup periuk dengan daun pisang baunya harum. sambal bilis ngan telur ayam kampung rebus fuhh tak hengatt sedapnya.

Lady Windsor said...

Saya suka nasi lemak kat ulu klang, kedainya tak jauh dari giant ulu klang..peniaganya adalah jejaka2 separa handsome dan yg paling tak tahan ialah ialah nama gerai tu, gerai nasi lemak Sri lentuk...lepas makan memang terlentuk mengantuk..kikiki tapi siyes sedap!