Wednesday, April 18, 2012

Rindu Itu Datang Dan Datang Lagi

tq untuk yang komen pada entri REZKI ADA BERMACAM BENTUK tu.dalam banyak-banyak komen (9 komen je pun..hehe) aku tertarik pada komen dari Sis Zareda aka IbuIka

Zareda Norman said...
mmg rezeki allah tu berbagai bentuk.. Anak soleh solehah, suami baik, kesihatan, kawan kawan baik... Klu allah tutup satu pintu rezeki, jgnlah menangis di depan pintu yg tertutup tu sbb allah bukak 1001 lg pintu rezeki yg lain

April 17, 2012 7:46 PM

yang part ni

'Klu allah tutup satu pintu rezeki, jgnlah menangis di depan pintu yg tertutup tu sbb allah bukak 1001 lg pintu rezeki yg lain'

betul dan sangat-sangat betul.kenapa perlu menangis untuk hanya 1 sebab sedangkan kita ada banyakkkkkkkk lagi sebab untuk ketawa.nanti tua sebelum usia :)

tapi kan..malam tadi aku nanges.(sebenarnya malu nak ngaku..huhu) tah kenapa tiba2 rasa sebak sangat kerana rindu pada anak dara ku di kampung.sehingga hari ni dah genap 33 hari aku tak tengok kakak (tengok dalam gambar di henpon saje).sebak sampai tak sedar aku nanges.huhu.walaupun call 4 kali sehari dan sms belas-belas kali tapi takkan sama dengar suara di hendpon berbanding dengan tengok muka.



kakak bersama adik dan juga sepupu kamcengnya,Ayong di tepi tasik Putrajaya masa cuti sekolah bulan Mac yang lepas.

cuti hari pekerja 01Mei jatuh hari selasa pulak..kan bagus kalau jatuh hari isnin..boleh la aku balik kampung hari sabtu,ahad dan isnin.kan?

rindu :(

13 comments:

gerhana luka said...

kalau rindu call je jangan tunggu lagi, skype ke boleh jugak. Memang la rindu kat anak kalau berjauhan rasanya kalau berjauhan dengan suami pun tak serindu pada anak kan.

kakcik said...

Kakcik ambil cuti pada Isnin tu. Kalau sempat dan rajin, nak bawa anak ke Pesta Buku di PWTC. :)

Irfa said...

GL..
call tu memang wajib la..tp x sama dgn tengok muka kan?perasaan ni bukan selalu datang.tp bila dia dtg mmg buat saya nanges :(.nak skype?takde la kemudahan itu

KAKCIK..
emm baru teringat bulan ni ada pesta buku.dah lama x pegi.anak dara saya tu suka sgt dgn buku..
alamak,teringat lagi

Rai Ourkizuna said...

irfa...ambik la cuti isnin.. boleh cuti sabtu ahad isnin selasa.. hahaha..

izawani said...

Errr... terasa plak bab rezeki... tapi akak lebih kepada ujian... ujian dari Allah... satu dia uji skit jer... tapi yang lain dia bagi nikmat...

Hmmm... semalam berdiskus panjang lebar bab ujian nih dengan someone !

Pok Amai-Amai said...

Ko cuti jelah beb Isnin tu. Heheheh...

Aidah said...

Alah...kesian akak baca n3 Irfa nih. Memang akak faham. Mana ada ibu yang tak rindukan anak. Cakap telefon tak sama dgn berdepan. Dapat pegang dan peluk dia kan. Sabar ya, Irfa. InsyaAllah tak lama lagi cuti sekolah panjang sikit, bolehlah lama2 peluk dan cium utk lepas rindu. Take care, dik.

lienda said...

dengaq irfa citer rindu kat anak pun,saya dah terharu geno nie.....

MamaEma said...

elok amik cuti sehari dah dapat 4 hari

lieynanilaz said...

aku setuju cadangan pok amai-amai....amik cuti sehari..

Acik Erna said...

kalau ummi rindu..kakak laaaagiiii rindu

Zareda Norman said...

ohoooo :-)

Lady Windsor said...

Irfa, rindu itu sejagat! Saya setiap hari mengeluarkan air mata sambil memandu ke tempat kerja di awal pagi kerana teringat akan arwah mak dan abah...