Friday, April 6, 2012

Terima Kasih NUFFNANG dan Ter'Delete' Tak Boleh Undo :(

HARI JUMAAT yang mulia datang lagi..
pagi ni ada yang pemurah telah menaja bekfes kami satu opis (menu nasi lemak+teh tarik).semoga makin murah rezki mereka2 itu..amin

memula sekali nak ucapkan TERIMA KASIH KAT NUFFNANG..cek yang aku dah cash out 20 Februari lepas dah selamat sampai kat peti pos aku petang semalam.emm 45 hari lah kiranya.

okey..itu berita gembira ;) dan ini ada citer sedih :( sikit tapi salah sendiri dah tak boleh nak buat apa

malam tadi..
sambil layan citer korea..snap pic dan gelagat kenit (aku memang suka ambik gambar anak hari-hari tambah lagi si kenit tu..fenomena biasa bagi ibu-ibu.hehe)..aku pakaikan dia tudung pesen turban ala Yuna tu.suka ambik gambar anak-anak sebagai modal nak letak kat blog bila dah kekeringan idea (aku la tu)



cenggini ler rupa pesen turban tu.tak suka Yuna?takpe..janji aku suka so aku akan letak lagi 600 keping gambar yuna dalam blog kesayangan aku ni ;).ai like Yuna 600 kali.hehe

lepas dah ambik gaya dengan macam-macam pesen aku nak kecikkan gambar-gambar tersebut.nak 'shrink' katanya tapi aku ambik jalan mudah.sepatutnya aku cuma 'mark' gambar yang nak di 'shrink' je tapi aku pilih 'all mark' dan kendian aku tersalah pilih 'delete' bukannya 'shrink'.

dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn penyudahnya abis semua gambar dalam henpon ku itu terdelete begitu saja tanpa belas kasihan.

tensen tak kalau kena kat korang?bila tensen aku akan jadi cepat lapar..
(dah 2 ari berturut makan nasi lemak ni.alahai)

15 comments:

Rumah Kuning said...

hehehe kesiannya. kesian boleh gelak ke? Sorry.... benda nak jadi. macam tu le. kita tak terniat pun nak delete. tiba2 habis terdelete. takpe...lepas ni snap byk2 lagi ya.

Irfa said...

KAK RUMAH KUNING
mmg boleh snap lagi lagi takkan sama dgn yg terdelete itu.huhu

muslimah rempit said...

kui kui kui...

Kak So rasa ni mesti tak minta kebenaran kat Model ni kui kui kui...

kan dah kena tulah kui kui kui

Irfa said...

KAK SO..
model dah bagi green light tau.posing baik smpi nampak gigi geraham..bukan senang dia nak bagi kerjasama..tup tup terdelete..huhu

pB said...

Tok suko kor Yuna ...

Irfa said...

PB..
bakpo?
takpolah..nok suko jugak ;)

JD Jen said...

Lain kali kalu tensen terus pekena roti canai!
1 roti canai = 5 nasik lemak.
haa..kan terus ilang tensen kan?
;D

bangsawan nilai said...

guna pic utk letak dlm blog tu taktik lama.
taktik baru irfa ialah bubuh entri kontot & saiz font besor2....ha ha

Irfa said...

JD JEN..
hah?
1 roti canai + 5 nasi lemak?
bape round kena lari pusing padang utk bakar kalori kalau makan banyak camtu?tak sanggup..

BANGSAWAN NILAI..
en3 kontot dan font besar tu hanya sesuai utk blogger femes je kot.aku ni blogger suam kuku tak sesuai lor

Aidah said...

Adoooiiii..terasa akak kesakitan Irfa. Akak pun camtu. Kalau tension gi makan. Tu lah pasal makin makmur.

Irfa said...

Kak Aidah..
masa tgh delete tu sejuk je mata mandang..nak kensel pun xde butang kensel ;(.'makan la selagi boleh makan.dah sakit nanti semua benda tak leh makan' sesuai kot motto hidup tu ngan kita berdua.hehe

Pok Amai-Amai said...

Ala ko nie. Nape nak rs bersalah dgn diri sendiri bila mkn nasi lemak! C'mon! enjoy ur food. Takdehal punye! Chill! Hehehehe...

aNIe said...

Irfa...kalau akak pun memang confirm tensyen... sedih...maklumlah gambar tu semua gambar kenangan...sebab tu lah akak lepas amik gambar dgn hp akak terus upload computer...dari komputer terus masuk USB...masuk CD... supaya tak hilang segala kenangan...

Acik Erna said...

tesen bukan alasan lapo tau.he he

Mak Wardah said...

irfa, wardah gelakkan akak, earning nuffnang baru singgit. akakpun gelak.